Translate

Showing posts with label Elizabeth Wong Bogel. Show all posts
Showing posts with label Elizabeth Wong Bogel. Show all posts

Monday, March 16, 2009

Kes Elizabeth Wong: kerja jahat Barisan Nasional?.

Siapa yang makan lada, dialah yang rasa pedasnya. Inilah kenyataan yang harus diterima oleh MB Selangor, TS. Khalid Ibrahim, bila terlalu bertangguh-tangguh dalam kes Elizabeth Wong yang gambar bogelnya tersebar meluas di dalam dan di luar negara.

Terkadang hati kecil kita bertanya, kenapa harus TS MB mesti menunggu keputusan Siasatan polis yang selama ini sering diragui integriti mereka oleh pimpinan PR? Apakah ikatan yang tersimpul sehingga "berat hati" TS MB melepaskan EW pergi dan tiada lain pemimpin PKR yang berupaya mengganti kehilangannya?

Dalam kes ini, soal penyebaran gambar bogel adalah soal yang lain. manakal soal moral dan integriti Elizabeth Wong sebagai YB, Pemimpin dan Exco adalah soal yang lain. Soal individu yang menyebarkan foto-foto bogel tersebut juga soal lain, bukan soal pokok, walaupun tidak asing.

Di mata umum, keputusan "menunggu" MB ini ternyata sebagai satu tindakan MB yang "indecesive" terutama dalam soal-soal yang berkaitan dengan maruah dan moraliti yang sudah terang lagi bersuluh.

Walaupun EW telah menyatakan bahawa keputusanya meletakkan jawatan adalah muktamad, TS MB seakan tidak mempercayainya. Apakah precedence dan rekod hendak dicipta oleh kerajaan PR di Selangor? Kerajaan bersih, telus bagaimana?

Umum telah mengetahui bahawa perbuatan EW adalah perbuatan "memakan lada". Dia telah menerima rasa pedasnya. Dalam hal ini, apakah kena-mengena dengan BN sehingga perbuatannya yang bertentangan dengan moral dan norma moraliti pemimpin Malaysia dicampakkan sebagai kerja jahat BN?. Adakah BN yang makan lada? Adakah BN berbogel?

READ MORE...

http://mindaaidc.wordpress.com/2009/03/21/skandal-foto-bogel-memahami-lingkaran-gelap-elizabeth-wong/

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Friday, March 6, 2009

"Give me a break"...

CECILIA CHEUNG VS ELIZABETH WONG. Spot The differences and similarities.

1. “Give Elizabeth Wong a break”..; Kerajaan Selangorpun sudah bagi Eli “a break” malah telah menyambung cutinya sehingga selesai siasatan polis. Namun skandalnya dan gambar bogelnya masih menghantui masyarakat yang teringin melihat YB berbogel. Memang “pisang goreng panas’ bila YB bogel. Bukan macam artis tertentu yang sudah biasa berbogel dan tersebar gambar bogel pelbagai bentuk dalam media.

Artist Hong Kong Cecila Cheung yang juga gambar skandal sexnya tersebar menyesali dan mengakui kesalahannya sehingga “teradanya” skandal sex itu dan tersebarnya gambar bogel itu. Berbeza dengan kes Eli yang menyalahkan “orang lain” bila terjadinya skandal sex dan tersebarnya gambar bogel itu kepada umum. Cecelia Cheung telah bersuami tetapi Elizabeth Wong masih belum berkahwin walaupun pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa teman lelaki.

2. Bila Eli resign, MB Selangor-kerajaan Pakatan Rakyat, tak terima lagi perletakkan jawatanya sebagai ADUN dan EXCO. Barangkali "nak buat catatan dalam Guiness Book of Malaysian Record" sebagai YB yang pertama melakukan skandal dan tersebar gambar bogelnya tetapi masih tetap YB. Apakah PR "menghalalkan YBnya berbogel?. Anehnya di Perak 2 ADUN yang tidak meletakkan jawatan, di “skill” sebagai telahpun meletakkan jawatan mereka. Aneh!!! Yang meletak jawatan tak diterima, yang tak letak jawatan cuba disingkir....

3. Benarkah anda sudah melupakan skandal Eli sehingga PR merasa lega bila kes itu hampir tidak kedengaran? Apakah ini akan tetap menjadi isu hangat sehingga selesai PRK di Sarawak, Kedah dan Perak?
Orang PR bukan main lagi happy bial anda mendiamkan diri mengenai isu gambar bogel YB mereka.....