Translate

Friday, February 21, 2014

Kajang O Kajang: Ramuan Cancer Politik.

PRK Kajang, Kajang O Kajang, tidak seperti cerita Bangau O Bangau. Kajang O Kajang adalah satu pilihanraya yang dipaksakan kepada rakyat menggunakan wang rakyat dan satu pembajiran berganda... Kajang O Kajang adalah permainan politik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Masalah dalaman PKR perlu diselesaikan dengan formula politik yang mahal. Cancer Politik PKR Selangor khasnya telah mencapai tahap puncak dan malignantnya bakal merebak mengancam Pakatan. Azmin Ali dan Khalid Ibrahim berhentap mahu menjadi "kepala". Di lain sudut, Saiful Bukhari bersedia menghunus kerisnya menegakkan kebenarannya yang sekian lama ditunggunya. Dia tahu, isu DNA yang menjadi sandaran utama keputusan Sodomi II, satu kontrovesi yang menjamin ia dapat menegakkan yang hak dari yang bathil. Ungkapan Peguam Utama tertuduh mengenai "persetujuan secara mutual" sudah menampakkan gambaran jelas walaupun penghakiman mendapati "keraguan" satu elemen untuk membuat keputusan tidak memihak pendakwaan.

Transformasi DS Najib amat membimbangkan Pakatan. Dalam keadaan politik yang tidak stabil, gagasan transformasi telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Pertumbuhan ekonomi negara tetap mencapai pertumbuhan 4.7 peratus walaupun negara-negara maju mengalami kemelesetan ekonomi yang mengancam pertumbuahan ekonomi banyak negara di pelusuk benua. Inilah yang tambah merisaukan Pakatan.

Misi Pakatan merampas Putrajaya melalui demonstrasi telah mencapai tahap memualkan. Rakyat sedar demonstrasi mengambila alih pucuk pimpinan negara di Negara-negara Timur Tengah telah gagal membentuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyatnya. Kemusnahan di Timur Tengah cukup memberi tauladan berguna kepada rakyat Negara bernama Malaysia. Rakyat Malaysia lebih bijak dan berwawasan.

Mudahkah bagi seorang ADUN yang memenangi PRU melepaskan jawatannya dengan hanya mengunakan sekeping surat yang bernilai kurang dari 10 sen tanpa ganjaran yang setimpal?

Kajang O Kajang tidak berjaya merobah kedudukan Kerajaan Selangor. Ia tetap membentuk Kerajaan. Pakatan tetap akan berusaha, samada Anwar menang atau Kalah di Kajang, untuk mempastikan PAS tidak menjadi MB Selangor. Agenda siapa ini?. Sudah pasti bukan agenda Kerajaan Barisan Nasional.

Kajang O Kajang adalah agenda Anwar untuk mengubati Cancer Politik PKR khasnya dan Pakatan Amnya. Khalid Ibrahim sudah semakin jelas tidak mampu membawa Selagor ke tahap negara yang sesuai dan selari dengan visi Nasional samada di mata Anwar maupun kepimpinan Pakatan. Rakyat menjadi saksi. Anwar sudah membayangkan ketidakmampuan Khalid Ibrahim di Kajang O Kajang.  Azmin Ali menyedari hakikat ini. Usaha Khalid Ibrahim mempertahankan kedudukannya dengan membunuh karear dan kekuatan Azmin Ali semakin memuncak dalam isu  "pembuangan" Azmin dan kuncu-kuncuya dalam PKNS. 

Anwar dan PKR khasnya dan Pakatan anya tidak mampu kehilangan Azmin. Azmin adalah "bendahari cum arkib" yang menyimpan khazanah baik dan buruk Anwar. Anwar mesti menjadi penyelamat keadaan. Anwar harus berada di tengah Azmin dan Khalid sebagai Doktor politik yang mengubati cancer politik malignant yang menghancam hidup PKR dan Pakatan.

Bagaimana kedudukan PAS?. Tentu sekali Lim Kit Siang akan mengatakan 'rujuk kepada keputusan Pakatan'. Pakatan adalah senjata cum alat ampuh DAP. Dengan perkataan Pakatan, DAP melalui kepimpinan Pakatan sudah pasi akan berjaya menutup pendirian kepimpinan PAS. Mat Sabu akan pasti menjadi lidah dan jurucakap kepada kemahuan dan agenda DAP. Anwar akan menjadi striker kepada kemahuan DAP...

Kajang O Kajang, DAP pasti menjadi tunjang Anwar bagi memenangi PRK Kajang. PAS hanyalah bonus.

Walaupun Pak Lah mengatakan yakin bahawa BN berpeluang memenangi PRK Kajang namun semakin ramai mengatakan "advantage" bagi Anwar kerana kawasan itu kawasan urban dan dimenangi PKR dalam PRU 13. Apapun PRK Kajang tetap membazirkan wang rakyat. Apakah pembajiran dan PRK Kajang ini sebagai langkah Pakatan membazirkan wang rakyat? 

Bukankah penjimatan wang rakyat itu dapat dielakkan jika Pakatan bertindak dengan meletakkan wakil rakyat PAS sebagai MB Selangor? Bukankah PAS memiliki majoroti yang lebih besar di DUN Selangor berbanding PKR? Tetapi kepada BUKAN PAS yang menjadi pilihan sebagai MB?

Kajang O Kajang... Mungkin ada bangau putih tersenyum melangkah ke Bank-Bank walaupun bukan di swiss...