Translate
Saturday, June 13, 2009
Kerajaan Perpaduan: Bila DSAI Tertekan.
Thursday, June 11, 2009
PAS BUKAN PARTI DOMINAN DALAM PAKATAN RAKYAT-KARPAL.
SIAPA YANG TIDAK MAHU KERAJAAN PERPADUAN?
Kerajaan Perpaduan menjadi topik yang terlalu sukar untuk diurai. Si polan A mahukan Kerajaan Perpaduan, si Polan B tidak mahukan kerajaan Perpaduan, si Polan C tidak faham kerajaan Perpaduan dan ramai lagi polan-polan yang mempunyai tanggapan berlainan dan pelbagai mengenai Kerajaan Perpaduan.
Apa, untuk siapa, bagaimana dan bilakah Kerajaan Perpaduan itu wujud?
Jawabannya: Assuming lain-lain faktor tidak berubah, "Apa" ialah Kerajaan Perpaduan; "untuk siapa" ialah untuk rakyat Malaysia keseluruhannya; "bagaimana" ialah dengan PAS menyertai semula Barisan Nasional sebagai PAS dan "Bila" ialah apabila PAS membuat keputusan untuk menyertai Barisan Nasional dan menjadi parti komponen Barisan Nasional seperti UMNO, MIC, MCA, PPP dan parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak.
Masalahnya ialah "kemahuan tidak terhad manakala sumber-sumber terbatas atau berlaku "scarcity" dan terpaksa berdepan dengan "uncertainty". Bukankah ini juga merupakan masalah walaupun dalam mana-mana kerajaan samada BN, Pakatan Rakyat atau Kerajaan Komunis sekalipun?
Siapa yang tidak mahu Kerajaan Perpaduan?
1. Mereka yang memikirkan "utility" berkemungkinan memperolehi keistmewaan lebih dari kerajaan lain. Misalnya mengambil kira Pangkat dan kedudukan dalam kerajaan BN telah diisi kesemuanya dan akan memperolehi "jawatan kosong" dalam kerajaan lain yang bakal diwujudkan. Uncertainty nya pula ialah benarkah akan wujud kerajaan yang lain itu dan adakah "jawatan kosong" itu mereka akan perolehi. Adakah pula akan berlaku kekosongan dalam Kerajaan BN untuk diisi atau memang "NO VACANCY"?
2. Mereka yang mahu morobek kuasa daripada Kerajaan BN.
3. Mereka yang berkemungkinan bakal kehilangan kuasa dalam BN
4. Mereka yang berkemungkinan bakal kehilangan peluang beroleh kuasa bila Kerajaan Perpaduan dapat direalisasikan. Lalu mereka memperkecilkan dan meremehkan "Kerajaan Perpaduan".
5. Mereka yang pro Komunisma, pro konfrantasi, anti perpaduan dan pro terrorisma.
6. Mereka yang kurang yakin bahawa pengaruh dan kekuasaanya akan terhakis apabila bersaing dalam Kerajaan Perpaduan.
7. Mereka yang pesimistik dan menganggap bahawa Kerajaan Perpaduan itu hanyalah "angan-angan kosong".
8. Mereka yang kurang berdaya saing lalu berpegang kepada prinsip dan kaedah "di mana rumput hijau di situlah dia menapak".
9. Mereka yang selalu berfikiran bahawa dia saja yang boleh dan dia saja yang betul.
10. Dan lain-lain lagi. Kita pulangkan kepada ahli-ahli pilosophy dan saintis kemasyarakatan untuk membicarakannya.
Memanglah menjadi lumrah dalam kehidupan. Kita berdepan dengan pilihan. Kita terpaksa membuat pilihan. Kita tidak dapat semua yang kita kehendaki. Kita akan terlepas sesuatu kerana memilih sesuatu seperti kenyataan "Kos Melepas".
ALLAHUWALLAM.
Tuesday, June 9, 2009
KES SITI HAJAR: PENDERAAN YANG MELAMPAUI BATAS KEMANUSIAAN
Selanjutnya:......
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20090609011331/Article/index_html
http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20090608233937/Article/index_html
UPDATE:
Selasa Jun 9, 2009
Majikan direman lima hari bantu siasatan kes dera amah
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan reman selama lima hari bermula hari ini terhadap seorang wanita (Cina) berusia 43 tahun bagi membantu siasatan polis berhubung kes seorang majikan mendera amahnya di Lanai Kiara Kondominium, Mount Kiara semalam. Perintah reman terhadap ibu tunggal kepada dua anak itu dikeluarkan oleh Majistret Hafiza Sauni pada 10 pagi. Wanita itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda dan sebatan jika sabit kesalahan.
NOTA:
Sebaiknya penjenayah yang tidak berhati perut ini juga dikenakan hukuman "membayar ganti rugi" yang setimpal dengan penyeksaan yang dilakukannya plus kos rawatan mengembalikan tahap kesihatan yang baik kepada mangsanya.
Apa kata anda jika dia dihukum dengan menyimbah air panas ke mukanya dan tubuh badannya sehingga melecur seperti yang dilakukannya terhadap Siti Hajar?
Update 12 June
Susilo telefon Siti Hajar. Siti Hajar dalam nada sebak menyatakan kepada Presiden: ''Walaupun badan saya sudah 'hancur', terima kasih kepada semua pihak terutama pemerintah Indonesia yang banyak membantu dan melindungi saya."
PERCATURAN POLITIK MALAYSIA: PAS dan UMNO Pemain Utama.
Hakikat bahawa Melayu dan Bumiputera adalah masyarakat induk dan teras di Malaysia tidak dapat disangkal. Masyarakat Malaysia yang terbentuk dari masyarakat “warna warni’ atau majmuk telah lama menerima hakikat ini dan telah berjaya membina kekuatan silaturahim sehingga rakyat Malaysia menikmati kemakmuran.
Menuntut keadilan dengan mengenepikan kontrak sosial, belum tentu menjamin akan kewujudan keadilan yang mutlak seperti yang dipinta dan diidamkan pihak tertentu. Tanpa kontrak sosial pun, pelaksanaan sesuatu system akan terpaksa berdepan dengan “human error” dalam sistem penyampaian yang memungkinkan kebarangkalian berlakunya ketidakadilan. Adil dan saksama bagi kita belum tentu adil bagi pihak lain. Begitu juga sebaliknya.
Menggelar atau melebel masyarakat teras sebagai apartheid juga tidak akan mengubah hakikat kewujudan masyarakat induk dan teras ini. Malahan mengancam mereka akan menebalkan lagi keterasan dan keindukan masyarakat ini untuk terus mempertahankan hak. Mereka akan lebih bersatu dan lebih kental dalam mempertahankan sifatnya. Oleh yang demikian mengancam kontrak sosial samalah dengan mengancam amalan tolak ansur, toleransi dan persefahaman yang telah sekian lama terjalin.
Menurut fakta sejarah, PAS adalah parti yang lahir dari “tulang rusuk UMNO”. Namun gagasan YM Dato’ Onn Jaafar yang bertindak membuka keahlian UMNO kepada semua, termasuk bukan Melayu menyebabkan “Golongan Ulama” dalam UMNO berpendapat bahawa UMNO pada masa itu sebagai menyeleweng dari perjuangan asal. Golongan alim ulamak itu telah bertindak keluar dan menubuhkan PAS. Perjuangan PAS asalnya berlandaskan Perjuangan Melayu yang disifatkan sebagai teras, “tiang” perjuang agama Islam dan masyarakat induk dan teras Malaya.
Hari ini, parti-parti politik yang mencanangkan perpaduan tidak kurang kelihatan sebagai unsur ancaman kepada perpaduan itu sendiri. Bila saja disebut kerajaan perpaduan, ramai yang merasa janggal dan tidak kurang yang cuba menghalang dari berlakunya ikatan semula masyarakat induk dan teras dalam sebuah Kerajaan Perpaduan.
PAS dan UMNOlah yang kini menjadi “pemain utama” dalam percaturan politik Malaysia. Parti-parti dalam komponen Barisan Nasional tidak menghadapi sebarang masalah rumit dalam permain catur pilitik ini. Bagaimanapun, PKR dan DAP pasti sedang menadah tangan ke langit mendoakan agar perencanaan Kerajaan Perpaduan ini terkubur sekurang-kurangnya sebelum PRU 13 diadakan.
Mukatamar PAS ke 55 yang baru saja selesai menampakkan dengan jelas usaha-usaha Pakatan Rakyat meniupkan jampi serapah dan mentera berbisa agar ideologinya dapat meresap ke dalam fahaman PAS. Usaha menyokong kumpulan erdogan amat ketara. Bagaimanapun jampi serapah dan mentera tidak dapat menembusi kekebalan para ulamak. TGNA sendiri tidak menolak sumbangan positif mereka tetapi dia juga tidak mengatakan bahawa PAS itu mesti menerima ideologi erdogan.
Sebahagian golongan pemikir dalam PAS menolak adanya fahaman erdogan dalam PAS. Mereka menyedari bahawa erdogan berkemampuan memusnahkan PAS dari dalam. Erdogan dikaitkan dengan Mustapa Kamal Aturturk yang fahamannya sejak dahulu ditolak mentah-mentah oleh PAS. Lalu, mereka mesti menjauhkan PAS dari erdogan. Namun menolak kenyataan tidaklah semudah menutupi sampah yang sedikit di bawah permaidani.
UNMO sudah awal-awal lagi menggerakkan anak caturnya dengan membuka pintu perundingan dan muzakarah kepada idea Kerajaan Perpaduan. Pakatan Rakyat pula sudah mula melupakan perkataan perpaduan dan menggengam istilah “kesepakatan”. Seolah-olah perkataan perpaduan itu amat menjijikkan bagi mereka.
Kini tinggal PAS dan UMNO yang mempercaturkan politik Malaysia. UMNO yang sudah mula kelihatan menapak semula keyakinan rakyat dan golongan muda setelah Dato Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara mesti diperinci pergerakanya. PAS pula harus lebih berhati-hati kerana kali ini gilirannya mengatur gerak caturnya.
PAS pernah dijatuhkan ke dalam lubang oleh UMNO. Oleh itu, PAS tidak mahu mengulangi kesilapannya. PAS juga pernah ditinggalkan oleh DAP dalam Barisan alternatif pada September 21, 2001 kerana DAP merasakan bahawa alternatif mereka bersama dengan PAS tidak menguntungkan DAP. Luka PAS sudah sembuh namun parutnya masih ada. Pada waktu DAP meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif, PAS semakin unggul dengan memenangi Terangganu dan menambah kerusi Parlimennya dari 7 ke 27 kerusi. Tetapi DAP telah kehilangan kerusi LKS dan Karpal Singh. Nyata tanpa DAP, PAS masih unggul.
Kepimpinan PR juga pernah melukai PAS. Anwar Ibrahim sendiri pernah mengecam PAS sebagai parti yang menggugat perpaduan ummah semasa Anwar dalam UMNO. Karpal Singh terkenal dengan slogannya “over my dead body” dan DAP sendiri menolak hukum hudud mentah-mentah.
Krisis Perak, Kedudukan Exco di Pulau Pinang, dan Selangor memperlihatkan bahawa PAS bukanlah kuasa dominan dalam kerajaan PR. Mereka hanyalah “pencukup” (compliment) kepada kekuasaan DAP dan PKR yang masih ramai berjiwa DAP. Sesetengah menganggap PAS hanyalah boneka dalam Kerajaan PR di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Mereka ada fakta bagi menyokong kenyataan mereka. Sikap utilitarianism DAP dan PKR semakin lebih jelas apabila berahi merampas kuasa sering mereka laungkan sejak timbulnya formula 916. Tanggapan itu disokong dengan sikap yang ditunjukkan oleh PR yang mengenepikan hampir keseluruhan fungsi Badan Kehakiman dan provokasi yang melampau terhadap institusi raja dan pihak keselamatan khasnya Polis dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. DAP dan PKR kini melihat keberadaan PAS dalam PR mengguntungkan mereka. Sudah pasti mereka tidak mahu menyebut tentang talak lagi dengan PAS seperti yang dilakukan dalam Barisan Alternatif dulu.
Kini PAS dan UMNO sedang bermain catur. Keupayaan dan kekuatan masing-masing tidak boleh diperkecilkan. Dalam masa yang sama, memperjudikan negara, bangsa dan agama sebagai taruhan tidaklah wajar dibentangkan sebaris dengan pangkat dan kedudukan. Sama seperti tidak wajarnya bertanya apa yang "kita dapat". Tanyalah apa yang dapat kamu sumbangkan untuk Agama, bangsa dan tanahair seperti dan selaras dengan yang pernah diungkap JF Kennedy.
Sunday, June 7, 2009
HUSAM SUDAH SEDAR TINGGI RENDAHNYA LANGIT DAN WARNA KAMBING.
Dalam situasi lain, Husam semakin terlalu ghairah dan bangga bila dia disebut-sebut sebagai “orang Anwar” dalam PAS. Dia bangga kerana baginya “Anwar adalah the next Prime Minister of Malaysia". Husam bagaikan alpa bahawa "burung terbang di pipiskan lada”.
Husam memang selalu merasa selesa bagai anak emas TGNA dan bangga sebagai “agen tunggal” Anwar dalam PAS. Sebelum Muktamar 55 PAS, Husam gah dengan tanggapan ini. Kerana itu, Husam terlalu extra ghairah menyebut mengenai idea, formula dan teorinya menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional. Husam siang-siang LAGI mengambil pendirian "BIG NO NO kepada idea Muqabalah". Husam bagaikan terlalu ghairan dan tidak sabar-sabar menghalau Najib dari Puterajaya dan menguburkan idea 1Malaysia. Terlalu ketara niat Husam, bagai kesemuanya di hujung jarinya untuk mentalqin Barisan Nasional terutama UMNO. Tekadang dia kelihatan bagai sudah tidak mengindahkan kata Presidennya, TGHH. Seolah-olah DSAI adalah bossnya dalam politik. Seolah-olah dia adalah PASPKR.
Kini, setelah berakhirnya Muktamar Ke 55 PAS, segala-galanya berubah. Husam sudah mula menyelar partinya sendiri dengan mengatakan perwakilan Muktamar ke 55 dan PAS berat sebelah dan tidak adil. Husam mendakwa bahawa kekalahannya disebabkan sikap parti yang berat sebelah dan elemen luaran yang tidak berpihak kepadanya sepanjang kempen pemilihan kali ini. Kata Husam, "Saya tidak melaksana satu kempen agresif... dan kalau lihat banyak elemen yang tidak menyebelahi saya, termasuk program parti. Pada pendapat saya sedikit sebanyak berlaku berat sebelah dan saya tahu cabaran besar di hadapan saya terutama saya tidak boleh menyatakan secara terbuka kritikan atau pandangan saya yang berbeza“.
Dia juga kesal dengan gelaran “kambing hitam”. Kini baru sedarlah Husam akan tinggi rendahnya langit. Sepak terajang politik menyedarkannya. Bila dia berkata "Saya terima kekalahan ini dengan hati terbuka...“ ini sikap normal yang biasa ditunjukkan orang politik. Tetapi bila dia menyambung ”... sebab saya tahu lebih awal, saya akan kalah....” saya kurang yakin samada dia sebenarnya berkata luhur atau sesungguhnya pernah mengharap manisnya kemenangan.