Translate

Thursday, June 11, 2009

SIAPA YANG TIDAK MAHU KERAJAAN PERPADUAN?

Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh.
.
Bila keadaan menjadi kusut dan tidak mudah terurai, barangkali kita perlu mencari seorang economist. Tidak perlu yang terlalu "pakar ekonomi" kerana economist mempunyai penyelesaian yang mudah. Dia hanya perlu "assume" dan terlerailah masalah. "Assuming" membuat mudah untuk kekusutan terurai.

Kerajaan Perpaduan menjadi topik yang terlalu sukar untuk diurai. Si polan A mahukan Kerajaan Perpaduan, si Polan B tidak mahukan kerajaan Perpaduan, si Polan C tidak faham kerajaan Perpaduan dan ramai lagi polan-polan yang mempunyai tanggapan berlainan dan pelbagai mengenai Kerajaan Perpaduan.

Apa, untuk siapa, bagaimana dan bilakah Kerajaan Perpaduan itu wujud?

Jawabannya: Assuming lain-lain faktor tidak berubah, "Apa" ialah Kerajaan Perpaduan; "untuk siapa" ialah untuk rakyat Malaysia keseluruhannya; "bagaimana" ialah dengan PAS menyertai semula Barisan Nasional sebagai PAS dan "Bila" ialah apabila PAS membuat keputusan untuk menyertai Barisan Nasional dan menjadi parti komponen Barisan Nasional seperti UMNO, MIC, MCA, PPP dan parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak.

Masalahnya ialah "kemahuan tidak terhad manakala sumber-sumber terbatas atau berlaku "scarcity" dan terpaksa berdepan dengan "uncertainty". Bukankah ini juga merupakan masalah walaupun dalam mana-mana kerajaan samada BN, Pakatan Rakyat atau Kerajaan Komunis sekalipun?

Siapa yang tidak mahu Kerajaan Perpaduan?

1. Mereka yang memikirkan "utility" berkemungkinan memperolehi keistmewaan lebih dari kerajaan lain. Misalnya mengambil kira Pangkat dan kedudukan dalam kerajaan BN telah diisi kesemuanya dan akan memperolehi "jawatan kosong" dalam kerajaan lain yang bakal diwujudkan. Uncertainty nya pula ialah benarkah akan wujud kerajaan yang lain itu dan adakah "jawatan kosong" itu mereka akan perolehi. Adakah pula akan berlaku kekosongan dalam Kerajaan BN untuk diisi atau memang "NO VACANCY"?

2. Mereka yang mahu morobek kuasa daripada Kerajaan BN.

3. Mereka yang berkemungkinan bakal kehilangan kuasa dalam BN

4. Mereka yang berkemungkinan bakal kehilangan peluang beroleh kuasa bila Kerajaan Perpaduan dapat direalisasikan. Lalu mereka memperkecilkan dan meremehkan "Kerajaan Perpaduan".

5. Mereka yang pro Komunisma, pro konfrantasi, anti perpaduan dan pro terrorisma.

6. Mereka yang kurang yakin bahawa pengaruh dan kekuasaanya akan terhakis apabila bersaing dalam Kerajaan Perpaduan.

7. Mereka yang pesimistik dan menganggap bahawa Kerajaan Perpaduan itu hanyalah "angan-angan kosong".

8. Mereka yang kurang berdaya saing lalu berpegang kepada prinsip dan kaedah "di mana rumput hijau di situlah dia menapak".

9. Mereka yang selalu berfikiran bahawa dia saja yang boleh dan dia saja yang betul.

10. Dan lain-lain lagi. Kita pulangkan kepada ahli-ahli pilosophy dan saintis kemasyarakatan untuk membicarakannya.

Memanglah menjadi lumrah dalam kehidupan. Kita berdepan dengan pilihan. Kita terpaksa membuat pilihan. Kita tidak dapat semua yang kita kehendaki. Kita akan terlepas sesuatu kerana memilih sesuatu seperti kenyataan "Kos Melepas".

ALLAHUWALLAM.

6 comments:

Anonymous said...

Jika 'kerajaan perpaduan' ini benar2 terjadi, maka PKR akan hancur lebur, DAP pula akan kembali lemah seperti asal nya.

MSG said...

Yang perlu diberi keutamaan yang terutaman mestilah didahulukan ialah agenda menjaga kemaslahatan dan kebajikan komuniti atau rakyat Malaysia. Salah dan berdosakah kita kalau kita mengutamakan agenda perpaduan bagi memastikan senario sosio-politik dan ekonomi negara dalam keadaan yang betul-betul stabil bagi memberi ruang dan peluang kepada pihak kerajaan untuk menggerakan agenda pembangunan untuk rakyat. Utamakanlah kepentingan rakyat mengatasi lain-lain pertimbangan, Insyaallah kita akan berjaya kesemuanya.

mrakunman said...

Tiada pilihan bagi PAS, jika parti itu benar-benar cinta dan berkiblat kepada Melayu. Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO merupakan cara menrungkai segala pemasalahan yang ada, baik soal-soal ekonomi, sosial dan penerimaan kaum.

PAS FAN. said...

Guan Eng slams PAS' hypocrisy
Athi Veeranggan Jun 10, 09 4:02pm

DAP leader Lim Guan Eng concurred with his father, Ipoh Timur parliamentarian Kit Siang's sentiment that the Pakatan Rakyat coalition had been hit by a confidence crisis.

At the same time, Guan Eng also slammed PAS' hypocrisy of playing a dual-faced political game by rubbing shoulders with Umno on one side while picking up a fight with it on the other.

"DAP has never been told, nor it ever agreed, with the unity talks between PAS and Umno.

"We have never discussed it in any Pakatan meetings," said the DAP secretary-general during a press conference in Komtar, George Town today.

ADAKAH PAS ITU KERJA MAKAN GAJI KEPADA DAP? BABI PUNYA DAP. Laknatullah.

Penyokong PAS.

SOLYMONE said...

Liza,
isu menarik, penulisan pun menarik..
Secara ideal nya semua kerajaan di dunia ini mahukan perpaduan..
Cuma persoalan yang selalu timbul, ia lah perpaduan berbentuk macam mana?

Dari apa yang saya hayati, saudari sendiri pun, merasa skeptical tentang perpaduan yang di impi-impikan ? bermakna maseh terdapat banyak ruang yang perlu untuk di isi, sabelum impian ini menjadi kenyataan, ya?

Dalam kontek ini, rasa nya DAP, MCA, MIC, PPP, PKR dsn bukan lah kunci utama, tetapi PAS-UMNO.

Untuk itu baru-baru ini, saya telah terbaca artikel rasional lagi menarik yang di utara kan oleh seorang blogger sensasi (rujukan: http://ustazsaid.blogspot.com/2009/06/menunggu-kerajaan-perpaduan.html)

Menurut beliau( dengan izin); 'kerajaan Perpaduan' kan ini, tidak akan di materialisasi kan kerana berdasarkan sejarah; UMNO tidak bersungguh-sungguh mempertahankan hak Islam dan Melayu.
Karena UMNO dalam hal ini, menurut beliau , telah bermula sejak;

i)tahun 1948 Selepas penubuhan UMNO pada tahun 1946 yang menggabungkan 11 Persatuan Melayu Negeri.
ii)Perpecahan Melayu kedua tahun 1951 Dato' Onn Jaafar pengasas dan Presiden UMNO pertama telah keluar dari UMNO setelah cadangan beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu untuk membentuk perpaduan kaum ditentang hebat.

iii)Perpecahan Melayu ketiga tahun 1955 Sekali lagi Melayu berpecah pada 31 Mei 1955. Golongan Ulama di dalam Biro Agama UMNO yang kecewa dengan UMNO kerana tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan telah keluar beramai-ramai dari UMNO dan bergabung dengan Hizbul Muslimin membentuk Persatuan Islam Se-Malaysia yang kemudiannya didaftarkan sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS).

iv)Perpecahan Melayu keempat tahun 1964 Perpecahan Melayu pada tahun 1964 berpunca daripada keputusan Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia.
Keputusan Tunku Abdul Rahman dilihat tidak wajar kerana walaupun kerajaan negeri Singapura dikuasai oleh orang Cina melalui Parti Tindakan Rakyat (PAP), tetapi mereka tidak bermaksud untuk merdeka daripada Malaysia.

v)Perpecahan Melayu kelima tahun 1978 Selepas tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, PAS yang ikhlas berjuang menegakkan Islam telah melakukan satu pengorbanan besar apabila menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1972. Penyertaan PAS dalam BN adalah untuk membantu UMNO menyelamatkan 'survival' politik Melayu yang terhakis akibat rusuhan kaum 1969.

vi)Perpecahan Melayu keenam tahun 1987 Perpecahan orang Melayu paling teruk berlaku pada tahun 1987. Keputusan Tengku Razaleigh mencabar Dr. Mahathir dalam pemilihan UMNO 1987 menyebabkan UMNO terpecah kepada Team A dan Team B. Bukan itu sahaja, perpecahan ini telah diheret ke mahkamah. Akibatnya, Mahkamah Tinggi telah mengharamkan UMNO pada Februari 1988. Berkuburlah UMNO buat selama-lamanya.

vii)Perpecahan Melayu ketujuh tahun 1998 Sekali lagi UMNO menjadi punca kepada perpecahan Melayu apabila Melayu berpecah pada tahun 1998 ekoran pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

Menurut rumusan beliau, UMNO lah yang menjadi punca perpecahan bangsa Melayu sejak dari tahun 1948 hingga kini. Idea & Isu kerajaan perpaduan dengan UMNO sungguh tidak relevan.
Perpaduan Melayu hanya akan tercapai sekiranya orang Melayu bersatu menyertai parti yang benar-benar memperjuangkan Islam dan Melayu iaitu PAS.
Fikir fikirkan lah...
Salam

musli oli said...

Kalau pakar ekonomi yang memberi pandangan bukan sahaja mengandaikan lain-lain hal tidak berubah atau "caterus paribus" tetapi semua jangan berubah dan kekal seperti tahun 1974 bila BN ditubuhkan Tun Razak...Kak liza telah menggunakan istilah-istlah teknikal ekonomi yang tepat pada maksudnya sewaktu membuat ulasan. cuma perlu dijelaskan bahawa teori ekonomi itu bukannya teori yang mempermudahkan sesuatu analisis. menggunakan andaian hanya dalam "teori" sahaja tetapi dalam praktikalnya ada jawapan untuk andaian itu..seperti kerjaan perpaduan, untuk mempermudahkannya boleh dengan mengenepikan kumpulan yang menentang. Tetapi praktiknya tidak semudah itu kerana yang tidak bersetuju juga jumlahnya signifikan. Maka ekonomi ada jawapannya, iaitu "pengagihan secara adil tanpa perlu kos melepas yang banyak".tq