PKR Sabah "Hilang Kepala" ..Titanik PKR semakin Tenggelam.
PKR Sabah yang baru beberapa minggu "tukar kepala" kini "kehilangan kepala lagi". Khabar terbaharu PKR Sabah-Pajuddin Nordin yang dilantik pucuk pimpinan PKR sebagai pengerusi Perhubungan PKR Sabah kini meninggalkan PKR dan menyertai UMNO.
Semalam SL memerhati perbahasan Suara Rakyat mengenai Buku Jingga. Agak pelik kerana buku jingga cuba menasionalkan perkhidmatan yang telah diserahkan kepada pihak swasta, satu gerakan yang tidak biasa dilakukan di negara maju. Ianya cuma dipraktikkan di Negara komunis dimana segala-gala milik kerajaan. konon merakyatkan kekayaan negara. Cubaan untuk membeli hati rakyat dengan "subsidi" tidak lebih dari janji manis sama manisnya dengan janji 16 September.
Asas buku jingga ialah "Kuasa Politik" yang dikemarukkan Pakatan Rakyat. Samada "plagiat" program kerajaan seperti kata YB Kamalanathan MP Ulu Selangor, PKR cuba mengisi "kehabisan isu" dengan Buku Jingga.
Jika Buku Jingga yang baru seketika dilancarkan benar dan memantapkan PKR, kenapa pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru dilantik meninggalkan PKR? Jika DSAI benar dengan Buku Jingga ciptaanya, kenapa Ketua perhubungan PKR Sabah yang baru dilantik, Pajuddin Nordin, meninggalkan PKR lalu menyertai UMNO dan mengatakan bahawa DSAI adalah pemimpin yang amat dan paling "inconsistance?.
RELATED
Ucapan Anwar bercanggah dengan aqidah Islam
RELATED
Ucapan Anwar bercanggah dengan aqidah Islam