Translate

Thursday, August 14, 2008

DSAO VS DSAI-PERTEMBUNGAN PERTAMA: BN - PR

DASO VS DSAI = BN VS PR

Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh (P44), pada 26 Ogos ini.

Memang sudah diduga, BN akan meletakkan calon anak tempatan. Datuk Arif Shah Omar Sah-DASO sah kini sebagai calon BN menentang Dato' Sri Anwar Ibrahim-DSAI. Pertembungan yang amat menarik. DASO, adalah ADUN Seberang Jaya.

Pemerhatian saya akan bermula pagi ini..

FACTS AND FIGURES

P44 PERMATANG PAUH: Parliment Permatang Pauh mempunyai 3 DUN iaitu:
N10 SEBERANG JAYA
N11 PERMATANG PASIR
N12 PENANTI

KEPUTUSAN PRU 12

REF:http://pru12.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=819

Pulau Pinang P44, N10, N11, N12
P44 PERMATANG PAUH
Jumlah Pengundi: 58,449
Peratusan Kaum: M: 68.5% C: 24.79% I: 6.3% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.41%
1. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) (30,338)
2. Datuk Pirdaus Ismail (BN) (16,950)
Majoriti: 13,388
Jumlah undi: 47,398
Peratus mengundi: 81.09%
Undi rosak: 110
Penyandang: Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
(Majoriti: 590 undi)

N10 SEBERANG JAYA
Jumlah Pengundi: 22,678
Peratusan Kaum: M: 62.36% C: 23.97% I: 13.13% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.54%
1. Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) (9,395)
2. Ramli Bulat (PKR) (8,862)
Majoriti: 533
Jumlah undi: 18,479
Peratus mengundi: 81.48%
Undi rosak: 222
Penyandang: Datuk Ariff Shah Omar Shah (BN)
(Majoriti: 4,464 undi)

N11 PERMATANG PASIR
Jumlah Pengundi: 20,350
Peratusan Kaum: M: 72.31% C: 25.94% I: 1.61% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.14%
1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) (11,004)
2. Ahmad Sahar Shuib (BN) (5,571)
Majoriti: 5,433
Jumlah undi: 16,802
Peratus mengundi: 82.57%
Undi rosak: 227
Penyandang: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)
(Majoriti: 679 undi)

N12 PENANTI
Jumlah Pengundi: 15,421
Peratusan Kaum: M: 72.51% C: 24.32% I: 2.43 % B/Sab: % B/Swk: % L: 0.57%
1. Mohamad Fairus Khairudin (PKR) (7,346)
2. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) (5,127)
Majoriti: 2,219
Jumlah undi: 12,657
Peratus mengundi: 82.08%
Undi rosak: 184
Penyandang: Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN)
(Majoriti: 667 undi)

(akan dikemaskini dari masa ke semasa sehingga keputusan PRaya diperolehi).

Wednesday, August 13, 2008

PERMATANG PAUH DAN JIHAD SAHRIZAT

Tiada kata setulus kata hati. Shahrizat yang tewas di tangan Nurul, Anak dan murid Anwar


YAB Perdana Menteri tidak dapat umumkan calon BN untuk mencabar Anwar di Permatang Pauh serta merta kerana BN belum membuat keputusan yang padu. Permatang Pauh kubu kuat Anwar. BN tidak mahu kalah dengan teruk. Kalau boleh BN mahu rampas kerusi parliment Permatang Pauh bagi menafikan peluang Anwar jadi MP. YAB Dato Najib Tun Razak berpandangan sama dengan PakLah. Mereka lebih realistik.

Pak Lah dan Pak Najib cukup faham natijah kalah menang di Permatang Pauh. Mereka tak berang. Meraka berdua tenang menghadapi kemungkinan, walaupun masih menampakkan kegusaran. Mereka memang menghadapi masalah mengalahkan Anwar. Kalau tak bermasalah, masakan “tempua bersarang rendah’.

Sharizat pula lain gayanya. Dia muncul dengan gerakan “jihad”nya bagi menghadapi Anwar di Permatang pauh. Dia ternyata lebih kuah dari Nasi. Kekalahanya di Lembah Pantai di tangan “anak kandung Anwar” Nurul Ezah, masih segar dalam ingatan ramai. Nurul Ezah baru anak bapa, anak Anwar. Nurul bagai seminggu dua yang lalu menumbangkan Wanita UMNO no.2 itu, kini berangan-angan mengajak wanita di Permatang Pauh berjihad melawan Tok Guru Nurul, bapanya sendiri.. I nak tau; Jihad begitu jihad yang diredhaiNya atau jihad orang yang memalu “gong yang retak sejuta”?.

Kalau si pipit pipit jua,
takkan jadi si burung merba,
kalau tersepit tersepit juga,
takkan pengundi meraba-raba.

The Star melapurkan bahawa menurut Sharizat, Anwar mestilah ditumbangkan kerana Anwar akan membawa kehancuran kepada kestabilan politik dan kemakmuran negara kiranya diberi peluang menjadi Ahli Parliment. Ini pandangan peribadi Shahrizat. Pastinya semua tahu, di Tanah Semenanjung, tanpa mengambil kira BN Sabah dan BN Sarawak; kerajaan Malaysia telah bertukar dan Shahrizat tidak akan berpeluang membayangi Dr. Tan Yin Yin, Menteri yang menggantikan tempat Shahrizat yang kalah di tangan Nurul Ezah...

Kata Anwar, Politik Malaysia tidak stabil dan ekonomi Malaysia kehilangan dayasaing dan akan runtuh kerana ketidakupayaan pemimpin BN, termasuk Shahrizat, dalam mentadbir urus Negara. Anwar melihat isu yang membelenggu negara dari spektrum yang lebih luas berbanding Shahrizat yang baru nak bangkit dan keluar dari aib dikalahkan “baby PKR’, Nurul Ezah.

Agaknya, panggilan jihad itu ditiupkan Sharizat ke arah lain dan lain halatujunya. Ianya kerana “Pemilihan Wanita UMNO di ambang pintu”. Dia “Ketua Wanita UMNO Menanti” yang dijanjikan mahkota oleh DS Rafidah menjelang 2009. Shahrizat hendaklah mengiklankan diri; "hendaklah muncul sebagai perjuang jihad dalam iklan itu". Jadi Inikah intipati semboyan Jihad Shahrizat?..

Sesungguhnya panggilan jihad itu BUKAN mainan politik. Jihad itu menjurus kepada satu intifadah. Kita tidak mampu untuk "menurunkan harga dan ertinya". Tidak juga kerana ada maksud di sebaliknya atau untuk mencapai pangkat dan harta kekayaan dan sebagainya... Allahu Akbar.

Monday, August 11, 2008

MIMPI SENJA

Tapak kaki Adi dan Abi yang terukir di pantai di senja itu ditolehnya. Satu demi satu semakin terpadam. Abi berhenti berjalan dan Adi membiarkanya. Masih bisa berbayang kilaunya dari merahnya senja. Bagai titik intan mengalir di pipi Abi. Adi enggan mengusik keadaannya. Ketika ini sepatutnya mereka riang dan berkejar-kejaran. Senja semakin merah. Rambut Abi sedikit melayang dihembus angin senja yang lembut. Di biarkan sendirian seketika. Mungkin ada sesuatu yang mengusik jiwanya. Abi sering begitu. Di susana tenang , sesuatu sering mengusik jiwanya.

Abi kaku tiba-tiba. Keras dan kaku betukar menjadi patung batu yang semakin merkah dan pecah. Tiba-tiba runtuh bertabutan di dada pantai; terbakar menjadi abu. berasap kelabu. Ombak sekonyong-konyong menjadi buas. Angin juga tiba-tiba mengganas. Abi semakin runtuh dan runtuh lagi. Tapak-tapak semakin hilang. Meraung Adi memanggil Abi. "Abiiiiiii..abbi..abi". Namun Abi masih tetap runtuh dan menjadi abu. Bertebaran ditiup angin yang kian mengganas. Terus bertebaran ditiup angin dan ditelan ombak ganas. Bagai ghaib. Lenyap ditelan senja yang semakin merah. Abi hilang.

Adi meraung tanpa henti. Remuk hatinya. Memanggil Abi. "Abbbiiiii..Aabi..Abi". Namun Abi terus juga hilang. Ghaib dari pandangannya. Abi telah tiada di pantai itu. Yang tinggal Adi. Abi tak mungkin akan bersamanya lagi. Sendirian dia menangisi Abi yang menjadi abu, ditiup angin, ditelan ombak di senja yang hampir ditelan malam itu. Adi memukul bumi. Adi bagai menyembah bumi. Adi melutut di pantai itu. Angin, pantai dan ombak seolah telah menghukumnya. Tiada siapa di sisinya. Hanya omabak yang buas dan angin yang ganas. Dan senjapun hampir tidur di gigi langit. Tidak tergamak Adi berlalu di pantai itu begitu saja.

Ke mana Abi. Tangisan dan esakan Adi tidak terhenti. Tangisannya tangisan sebuah kematian. Lalu dia terbangkit di kamar sepinya membawa tangisannya. Teresak-esak. Pedih, perit. Cintanya pada Abi telah jadi Abu ditiup angin, ditelan laut.

Lalu dicapainya Handphonenya yang di sisi bantalnya “Les... aku bermimpi Les. Aku bermimpikan kepergian kakakmu. Abi. Tujuh purnama aku mencintainya. Tujuh purnama aku menggenggam erat janjinya. Dia telah hilang... dia pergi... dan aku seakan tahu pemergiannya. Tragis. Jalan yang dilaluinya terbena atas batu-batu yang merkah. Bakal runtuh bagai abu seperti dalam mimpiku. Bila-bila jua..."

"Sabarlah Adi. Saya lebih faham..bertapa tujuh purnama itu lama.." kata les, memujuk. Sedang dia juga menangis. "Adi aku juga berdosa sama kamu". Airmata menyirami pagi hari yang telah matang hari itu...ranjang sepi Adi yang sekian lama sepi - basah.

"Sesungguhnya Tuhan lebih tahu apa yang Dia berikan untuk kamu"....

Sunday, August 10, 2008

WHITHER MALAYSIA

.......Yes we should "Cry the Beloved Country" as Alan Payton said of his South Africa of the Apartheid past.

But crying would take us nowhere.
It is time the silent majority stop being silent.
It is time to speak up and be counted.
If we love our country we must not allow crooks and charlatans to rape and steal it from us.
It is ours, this country of many races and religions.
We must stand together, we the concerned Malaysians, and defend our heritage.......
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.

(We love you Tun..We do..)-Senjaliza

READ MORE.....

http://test.chedet.com/che_det/2008/08/whither-malaysia.html#more