Translate

Saturday, September 18, 2010

72 Wanita PKR Cabang Ipoh Barat Keluar Parti

  IPOH, 17 Sept (Bernama) -- Seramai 72 anggota wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ipoh Barat pada Jumaat mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.
Gambar: Jeffrey Kitingan kena mempertimbangkan antara Pairin dengan Anwar?
Wakil kumpulan itu, Siti Aminah Mansor berkata cabang berkenaan kini menjadi parti perkauman kerana hanya mempunyai anggota daripada satu kaum sahaja.

"Anggota itu juga yang mengisi semua jawatan dalam cabang tersebut dan pemilihan bagi jawatan di peringkat cabang tidak diketahui semua anggota kerana tiada sebarang notis diberikan kepada kami," katanya pada persidangan akhbar di sini.Sepenuhnya di sini
Selepas pemilihan PKR Sabah, berapa pula pemimpin dan ahli PKR akan meninggalkan parti itu dan mengikuti Jejak PKR Perak? Kalo Jeffry Kitingan kena lawan penyokongnya di kawasan tradisinya, sudah pertanda JK perlu meninggalkan PKR. Orang-orang dan penyokong kuat JK diheret ke JK Tatatertib kerana menubuhkan Parti Cinta Sabah. Menafikan pembabitan JK dalam PCS bak mengatakan air laut itu tawar...

Tuesday, September 14, 2010

Menyusuri Laluan Sabah Menerusi Malaysia

By Newmond Tibin

Bernama baru-baru ini menemubual bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak (gambar) mengenai kemasukan Sabah dalam Malaysia, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang julung kali diadakan di Padang Merdeka pada Khamis (16 Sept).

KOTA KINABALU, 14 Sept (Bernama) -- Khamis 16 Sept akan menyaksikan sambutan julung kali Hari Malaysia, 47 tahun selepas Persekutuan Malaysia diwujudkan.

Tanggal itu diisytiharkan sebagai cuti umum tahunan bermula tahun ini dan dikenali sebagai Hari Malaysia, meraikan penubuhan Malaysia pada tarikh yang sama pada 1963. SELANJUTNYA DI SINI

Monday, September 13, 2010

RM4 Juta Hilang dan Pemilik Asal Kebun, sebelum itu, juga dilapurkan telah hilang.

Peguam (tengah) yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Peguam terbabit antara lapan yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu Gambar mStar
Dilapurkan bahwa pemilik asal ladang difahamkan adalah individu yang juga turut hilang sebelum ini. Selain itu, Polis turut menyiasat mengenai kehilangan RM4 juta yang dipercayai dibawa Sosilawati pada hari sebelum beliau dilaporkan hilang.. Read More