Translate

Friday, May 22, 2009

Dr Zamby atau Ir Mohd. Nizar sudah terjawab di Mahkamah Rayuan..

Appeal Court Rules Dr Zambry Legitimate Perak MB.
KUALA LUMPUR, May 22 (Bernama) -- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir is the legitimate Perak Menteri Besar, the Court of Appeal ruled today.-- BERNAMA
NOTE:
1. MB yang sah ialah Dr. Zambry Abdul Kadir Phd.
2. Speakerpun sudah sah baru, Ganesan
3. Tinggal beberapa orang ADUN Pembangkang akan meninggalkan DAP dalam DUN Perak kerana muak dengan sikap pemimpin DAP yang tidak beradab?
4. Sivakumar perlu transparent kepada media dan rakyat Malaysia khasnya rakyat Perak dengan membongkar bagaimana DAP khasnya Ngeh dan Ngo menekan, memanipulasi dan mengancam dia. Jadilah peguam yang berkata benar mengenai kebenaran. Katakalah yang benar meskipun pahit!
5. Kerusi BN 28 dan Bebas yang menyokong BN ialah 3. Pembangkang mempunyai 28 Kerusi sahaja. Bilangan kerusi PR inipun diramalkan akan menurun kerana ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat itu telah muak dengan sikap DAP khasnya Ngeh dan Ngo yang diberitakan mempunyai pelbagai muslihat dan terlalu ghairah melanggar norma-norma, peradaban dan system yang menjadi amalan mengurustadbir Kerajaan Negeri Perak.
6. PR memerintah setahun. Bandingkanlah nanti setelah genap setahun BN memerintah Perak...

Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin tidak berada di mahkamah semasa keputusan ini diumumkan. Diberitakan dia berada di lain tempat menemui penyokongnya. Agaknya dia sudah mendapat firasat dalam mimpi semalam mengenai keputusan itu?
Read More....

Israel giat usaha runtuh al-Aqsa,

Israel giat usaha runtuh al-Aqsa
Yahudi terus gali bawah Haram al-Sharif

BAITULMAQDIS: Masjid al-Aqsa, rumah ibadat suci ketiga umat Islam berada dalam bahaya besar berikutan kerja penggalian berterusan yang dilakukan Israel di bawah Haram al-Sharif di Baitulmaqdis Timur. "Israel meneruskan kerja menggali dan mengorek betul-betul di bawah Haram al-Sharif menyebabkan kerosakan teruk kepada kestabilan tapak Masjid al-Aqsa," kata pemimpin Pergerakan Islam di wilayah itu, Sheikh Raed Salah.

Salah, yang mengawasi rapi kerja penggerudian Israel di Kota Lama Baitulmaqdis Timur selama lebih 25 tahun, berkata rejim Zionis itu langsung tidak mempedulikan bantahan negara Arab dan Islam berhubung bahaya yang dihadapi tanah suci Islam berikutan kerja itu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Israel dengan kerjasama kumpulan peneroka haram Yahudi berpengaruh, memulakan usaha menggali terowong di Kota Lama.

Ia menyifatkan terowong itu 'projek pelancong' yang tidak memberi ancaman kepada kawasan suci Islam. Bagaimanapun, penduduk Palestin dan beberapa pertubuhan Israel termasuk Jawatankuasa Israel Menentang Pemusnahan Rumah, percaya matlamat utama penggalian terowong ialah untuk membuka laluan menyerang al-Aqsa dan kawasan suci Islam lain di kawasan itu.

Tahun lalu, seorang peguam Israel yang mewakili kumpulan antipenempatan, Ir Amin, mendedahkan peneroka yang dibantu kerajaan cuba mewujudkan 'fakta tidak boleh diubah' sebagai sebahagian usaha mengambil alih seluruh kawasan berkenaan. "Tidak ragu-ragu lagi tapak al-Aqsa semakin lemah disebabkan terowong itu dan kerja penggalian lain. Anda tidak perlu menjadi arkitek hebat untuk menyedari perkara itu. Kami mengesan lubang dan retakan di seluruh kawasan," kata Salah.

Sebahagian halaman masjid suci itu runtuh tahun lalu disebabkan kerja penggalian di bawahnya. Runtuhan berlaku hampir dengan air pancut Qaitbay di bahagian barat masjid berkenaan. Salah berkata, beliau amat pasti Israel sebenarnya mahu memusnahkan al-Aqsa. "Mereka mahu melakukannya seolah-olah ia disebabkan masalah semula jadi, seperti gempa bumi. Bantahan lisan tidak menghentikan tindakan rejim Zionis itu daripada menghancurkan kawasan suci Islam terutama masjid al-Aqsa," katanya.

Agensi

7 Detained Over Illegal Gathering

By: Ramjit
KUALA LUMPUR, May 21 (Bernama) -- Seventeen people were detained for an illegal gathering infront of the DAP office in Ampang Jaya Thursday night. Ampang Jaya police chief ACP Abdul Jalil Hasan said those detained at 9pm included Teratai state assembly member Jenice Lee."Police ordered them to disperse four times but they refused to do so," he said when contacted.

Gambar: Permain Cheese perlu strategi dan muslihat.

The gathering by DAP members in Teratai and Ampang Jaya were in protest against the Perak Barisan Nasional (BN) government."The group wore black shirts and carried candles during the gathering. They were taken to Pandan Indah police station where statements will be recorded." Abdul Jalil said they would be detained until their statements were recorded.
BERNAMA

ADUN MANIK URAI KEMBALI KE RAHMATULLAH

KOTA BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Kelantan, Haji Ismail Yaacob, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada kira-kira jam 5.55 pagi ini kerana sakit jantung. Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika dihubungi hari ini. - Bernama
.
Sama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beramal soleh dan beriman. Amin.
Ucapan Takziah kepada seluruh anggota keluarga allahyarham. Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan dan kesabaran buat kalian.
I.W.R.
Jumaat Mei 22, 2009
Kematian ADUN Manik Urai kehilangan besar kepada kerajaan negeri - Nik Aziz

KUALA KRAI: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, sebagai kehilangan besar kepada kerajaan negeri dan parti PAS.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata Ismail, 60, yang meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung, sebagai antara wakil rakyat PAS yang paling lama berkhidmat di Kelantan. Nik Aziz mengimamkan sembahyang jenazah Ismail di Masjid Manik Urai Lama di sini dengan disertai oleh kira-kira 2,000 yang lain, sebelum dikebumikan selepas sembahyang Jumaat.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata Ismail menunjukkan prestasi yang sangat baik sebagai seorang wakil rakyat. Balu Allahyarham Siti Zaharah Ibrahim, 58, berkata suaminya dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan sejak 26 April lalu.Ismail mewakili kerusi Manik Urai selama lima penggal sejak memenanginya pada pilihan raya umum 1985.
BERNAMA

Thursday, May 21, 2009

PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kerjasama PAS, PKR dan DAP bermula dengan Barisan Alternatif (BA), satu kerjasama politik untuk menentang dan menjatuhkan Barisan Nasional. BA tertubuh hasil dari gagasan reformasi setelah Dato seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas tuduhan liwat dan rasuah pada 20 September, 1998.
.
Pada PRU 10, tahun 1999, hasil dari kerjasama dalam BA, PAS telah menang dengan cemerlang dan menawan Negeri Terengganu. Kerusi Parliment yang dimenangi PAS juga telah meningkat dari 7 kerusi ke 27 kerusi. Bagaimanapun Barisan Nasional masih mempertahan kan majoriti 2/3 dengan memenangi jumlah kerusi parliment sebanyak 148 kerusi daripada 193 kerusi.
.
Kemenangan PAS juga serentak kemenangan besar BN. Kemenangan BN dalam PRU 10 itu mampu dibanggakan penyokong BN dengan tertumpasnya pemimpin utama DAP iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Kata-kata Karpal Singh "over my dead body" ke atas gagasan Negara Islam dan Hukum Hudud PAS adalah punca utama kekecundangnnya. Namun begitu pendirian pemimpin itu sehingga kini tidak berubah.
.
Kekalahan Lim Kit Siang pula dilihat dari spekrum dan sudut yang lain. Penyokong DAP telah menyalahkan partinya kerana bekerjasama dengan PAS. Kerjasama dengan PAS dijadikan alasan bahawa ramai penyokong DAP telah bertukar arah kerana meragui dan tidak mempercayai kerjasama dengan PAS. Kebimbangan mereka terhadap gagasan Negara Islam dan Hukum Hudud serta hukum-hukum Islam PAS yang disifatkan akan menyekat kebebasan dan hak mereka, menjadi faktor yang amat jelas.
.
Ketidak beruntungan DAP berada dalam Barisan Alternatif terutama bekerjasama dengan PAS menyebabkan DAP bertindak keluar dari kerjasama itu pada 21 September, 2001. DAP masa itu benar-benar menyalahkan PAS. Kerjasama dengan PAS, bagi DAP merupakan satu kesilapan, satu kerugian. Maka PAS pun ditinggalkan dan BA terkubur tanpa nisan. Namun PAS tetap teguh tanpa DAP.
.
Pilihanraya Umum 11 tahun 2004 menyaksikan kemerosotan besar Pembangkang. PAS Kalah di Trangganu; Kelantan kehilangan majoriti 2/3, malah memiliki hanya majoriti satu kerusi. Namun demikian Kelantan tidaklah riuh dan ribut seperti Perak sekarang ini. Dalam keadaan itu pemimpin PAS dan BN nampak semakin lebih rapat bagai keluarga. Pak Lah (Tun) membimbing tangan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Orang-orang PAS dapat duduk semeja dengan orang BN. Malah isu dua Iman dan berlainan Masjid sudah berkubur dan padam dalam ingatan PAS dan UMNO. Sekolah-sekolah Rakyat yang menjadi pusat tarbiah PAS mula mendapat perhatian dan bantuan kerajaan. Demikian rapatnya "mereka-meraka yang bersaudara".
.
Lembaran politik Malaysia berubah apabila DSAI dibebaskan oleh kerajaan dari tahanan ISA. DSAI mula merencana strateginya. Kegagalan BA dulu dianalisa dan diperinci semula. Skil DSAI menyusupi PAS dan DAP adalah satu skil yang bukan alang kepalang. Sentuhannya bagai "midas touch". DSAI dapat menghidupkan kembali kembali BA yang hampir mati berkubur dan mencipta Pakatan Rakyat. DSAI dengan skilnya berjaya menyusupi minda rakyat sehingga Pakatan Rakyat yang belum disahkan kewujudannya kerana belum berdaftar masih tetap diterima. DSAI mampu mewujudkan gegak gempita politik Malaysia dan pekikan "Pakatan Rakyat". Sasaran awalnya adalah menghilangkan 2/3 kerusi majoriti BN di Parlimen dan "determination"nya berhasil. Samada ianya satu kejayaan yang "absolute" masih mampu diperdebat.
.
PRU 12 benar-benar satu kebanggaan kepada pembangkang. 5 Negeri dapat ditawan "melalui" Pakatan Rakyat. Di awal kemenangan Pakatan Rakyat, PAS mampu mendabik dada. PAS menguasai Kedah tanpa kacau bilau. Kelantan tak payah cakap.
.
Di Selangor, Pulau Pinang dan Perak, PAS kelihatan terpinggir walaupun di Perak MBnya adalah PAS. Di Pulau Pinang, barisan exco dari PAS sekadar hanya mencukupkan "korum". Di Selangor, Barisan Exco didominasi oleh DAP dan PKR. Suara PAS juga terkadang tidak diberi perhatian penting. Terakhir bila 4 ADUN BN digantung, PAS tanpa menyedari dirinya kehilangan "bargaining power". DAP dan PKR tidak perlu risau. Tanpa PAS, Pakatan Rakyat masih kerajaan di Selangor setelah 4 BN digantung; sekurang-kurangnya sampai PRU 13. Mereka tidak takut PAS bakal menyetujui Kerajaan Perpaduan dengan BN lalu menyebabkan berkuburnya Kerajaan Pakatan di Selangor. Atas dasar itu PAS tidak perlu disegani dan ditakuti lagi di Selangor.
.
Di Perak...ememmmm tak mau cakap panjang. PAS benar-benar diperalat. Cukup.
.
PAS telah banyak berkompromi dan mengalami perubahan ke arah liberalisasi negatif yang tidak di ingini dan tidak selari dengan prinsip perjuangan PAS dan penyokong "hardcore" PAS. Walaupun ramai penulis Barat mengatakan bahawa PAS dan Islam perlu menerima liberalisasi kerana liberalisasi itu "halal", PAS masih dengan pendiriannya bahawa Al Quran dan Hadis adalah pegangan dan Islam is "a way of life".
.
Kelab Penyokong PAS (KPP) dari kaum Cina yang dilihat semata-mata untuk mengekalkan "keberuntungan DAP" dalam kerjasama "Pakatan Rakyat" juga mula terhidu oleh Tuan Guru Nik Aziz dan ramai pemimpin PAS. Alasan Tuan Guru sebagai "takutkan UMNO" bersabit KPP itu hanyalah alasan politik. Kalau alasan Islam, masakan PAS takut UMNO; PAS hanya takut Allah SWT.
.
Harus diingat kewujudan PAS dahulu adalah kerana UMNO, atas kepimpinan Dato Onn Jaafar yang membuka keahliannya kepada semua rakyat Malaysia, satu tindakan yang tidak disenangi mereka yang menubuhkan PAS. Apakah ini berulang.
.
Melihat kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang baru setahun jagung sudah menampakkan bibit-bibit perbezaan yang bakal meretakkan hunbungan dalam Pembangkang, saya lihat, keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat masih kabur. PAS mampu berdiri sendiri tanpa mengalami perubahan besar dan tanpa kerugian apa-apa. Ternyata PAS masih teguh apabila kerjasama dalam Barisan Alternatif gagal. Ternyata juga apabila DSAI masih dalam UMNO dan masih TPM dan MOF; PAS masih berdiri dengan idelogi yang kukuh dan jitu serta terus mampu menyemai bibit-bibit PAS yang tidak tercemar.
NOTA: (Pandangan saya ini tidak semestinya sama dengan pandangan anda. Namun jangan katakan bahawa anda lebih rapat dengan orang PAS dari saya atau hati anda lebih dekat dengan PAS dari hati saya).
.
Artikal Berkaitan........
.....Mungkin juga kerana ada usul fiqh yang baru dijumpai dari Taha Jabir al alwani atau Yusuf Qadhawi..Dalam muktamar PAS pun perkara-perkara seperti ini tidak lagi kedengaran. Kejayaan Anwar mengenalkan PAS kepada dunia !!..
Selanjutnya....
http://dakwat-kertas.blogspot.com/2009/05/pas-kompromi-maksiat-kerana-undi_21.html

Tuesday, May 19, 2009

ADA KEWAJARANNYA

Syor Datuk Seri Zahid Hamidi supaya pelbagai tawaran yang pernah dibuat Pembangkang kepada Anifah didedahkan kepada rakyat ada kewajarannya. Malah pemimpin BN lain yang di Sabah dan Sarawak yang pernah ditawarkan sesuatu oleh pembangkang supaya terdorong melompat juga perlu muncul agar rakyat tahu dan dapat menilai "kebenaran".
.
Gambar: Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi
.
Apa pula bentuk tindakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pihak yang membuat tawaran supaya mereka terdorong membuat tindakan melompat? ......Ikuti syor DS Dr Hamidi di Berita Harian Online:

Anifah diminta dedah tawaran pembangkang
.
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Anifah Aman diminta mendedahkan pelbagai tawaran lain yang pernah dibuat pihak pembangkang kepadanya untuk melompat parti. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata melalui pendedahan itu rakyat dapat menilai sikap dan pendirian sebenar pemimpin pakatan itu dalam memenuhi cita-cita politik mereka. “Kalau mereka lakukan (buat tawaran), mereka katakan mereka beretika, tapi kalau kita lakukan mereka kata kita tak beretika".

“Saya harap dalam perkara ini Anifah mendedahkan banyak lagi perkara yang berlaku ketika beliau tidak menerima tawaran sebagai Timbalan Menteri....Pada masa itu kononnya Anifah merajuk dan ketika itulah pakatan pembangkang mengambil peluang membuat pelbagai tawaran termasuk jawatan kedua tertinggi di negara kita. Itulah angan-angan Mat Jenin yang dilakukan oleh pakatan pembangkang kepada mereka yang dirasakan kecewa,” katanya ketika ditemui selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini, semalam.
NOTA:..
Saya teringat ungkapan Anifah di Dewan Rakyat sedikit masa yang lalu (lebih kurang):... "....Kalau Bunglo biar kita sama-sama merasa....Apa gunanya tinggal di bunglo kalau kita tidur di tepi tandas....Kalau rumah teres , rumah tereslah Datuk Speaker"... agaknya masa ini tawaran itu masih "panas-panas".

Selanjutnya................

Monday, May 18, 2009

UMNO SABAH. TIADA ALASAN BERPECAH.

Salleh dan Musa kelihat tersenyum lebar: Apakah ini ditafsir sebagai gagasan dan pakatan menjatuhkan kawan?

Bila DSP Salleh Said Keruak digugurkan sebagai calon MP Kota Belud bersama-sama Tan Seri Pandikar Amin Haji Mulia dan Datuk Datu Amir Kahar Tun Mustapha oleh YAB DS Datuk Musa Aman dalam senarai calon PRU12, ramai yang melihat itu punca keretakan dan usaha memilih team dalam UMNO Sabah. Pandangan itu ada asasnya kerana mereka yang digugurkan adalah teras dalam kepimpinan UMNO Sabah.
.
Salleh digugurkan sebagai calon MP Kota Belud dan Pandikar digugurkan sebagai calon ADUN Tempasuk. Kiranya mereka bukan "pemimpin teras", apakah mereka mendokong dan menyokong Datuk Rahman Dahlan dan Datuk Haji Musbah?
.
Sebagai pemimpin teras, Salleh, Pandikar dan Amir Kahar yang juga pemimpin kanan USBO, tidak berganjak dari UMNO. UMNO pun sedar bahawa USBO merupakan rumpun terbesar dalam UMNO manakala USBO juga sedar bahawa USBO adalah rumpun yang menunjangi UMNO di Sabah. Ujian kepada Salleh, Pandikar dan Amir Kahar itu tidak meretakkan UMNO Sabah, apatah lagi Datuk Seri Shafie Haji Afdal adalah Penasihat USBO. Meskipun Pandikar meletakkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu, namun ianya sebagai satu langkah dan tindakan memberi laluan kepada pemimpin kawasan Kota Marudu untuk menerajui kepimpinan UMNO kawasan itu. Kiranya Pandikar mengkhianati parti UMNO tidak mungkin dia dilantik Speaker Dewan Rakyat.
.
Shafie, Pandikar dan Salleh adalah pemimpin utama USBO, sebuah persatuan yang kini telah mendapat pengiktirafan di peringkat Nasional dan antarabangsa. Tidak nampak logiknya para pemimpin ini dituduh berpecah.
.
Sebagai sebuah parti yang besar, perebutan kerusi kepimpinan tetap berlaku. Namun bila "biduk lalu, kiambang bertaut" semula. Fakta ini yang berlaku dalam UMNO. Salleh Tun Said memenangi semula Kerusi Ketua UMNO Bahagian Kota Belud selanjutnya dilantik oleh Presiden UMNO sebagai Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, manakala Shafie dilantik Ketua Perhubungan UMNO Kedah. Saya lihat Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Musa Haji Aman amat selesa bekerjasama dengan Timbalannya Salleh Said Keruak. Saya tidak nampak adanya unsur-unsur perpecahan malah keretakan tidak terjadi.
.
Ada parti lain yang mengalami krisis kepimpinan sejak kemasukan parti itu ke Sabah. Perbalahan kepimpinan berterusan walaupun dalam kesibukan kempen pilihanraya PRU12. Sehingga hari ini, krisis kepimpinan itu masih berterusan dan tidak selesai. Inilah parti orang yang menyebut dan menuduh bahawa "Perpecahan UMNO semakin Parah?". Ada tanda (?) di hujung tajuk kerana penulisnya tidak yakin samada perpecahan itu benar-benar wujud. Barangkali tanda (?) itu hanya sebagai helah agar ianya tidak dilihat sebagai "fitnah". Sebenarnya apa jua perbuatan itu bermula dari "nawaitu". Sekiranya ia berniat memfitnah maka dosanya besar-"ibarat memakan bangkai saudara kandung".
.
Umum mengetahui bahawa ketidak beradaan Datuk Shafie Haji Afdal, Datuk Haji Lajim Haji Ukin, Datuk Ghapur Salleh, Datuk Bung Mokhtar Radin ke Mesyuarat Perhubungan UMNO yang lalu kerana tugas dan tanggungjawab tidak mengizinkan mereka menghadiri mesyuarat. Ianya tidak boleh diandaikan sebagai KEADAAN yang menunjukkan "Perpecahan UMNO Sabah yang parah; apatah lagi dikatan semakin parah.

Barangkali kerana kembalinya Musa, Salleh, Datuk Ghapur, Shafie, Lajim dan lainnya semeja dan sepakat menyebabkan pihak lain mula gentar lalu mula cuba menabur publisiti murahan yang mengabui mata rakyat. Kita hanya mampu berdoa agar nawaitunya tidak sebati sehingga ia menjadi fitnah yang amat dilaknat Allah AWT.

Bacalah:....
PERPECAHAN UMNO SABAH SEMAKIN PARAH?
http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1404:perpecahan-umno-sabah-semakin-parah&catid=35:berita-sabah&Itemid=27

Segerakan bukan Islam sertai PAS dan Takut Umno, PAS tangguh ahli bersekutu.

Dari Malaysiakini..
Oleh: Jimadie Shah Othman May 14, 09 3:13pm

Kelab Penyokong PAS (KPP) menggesa penyertaan bukan Islam sebagai ahli bersekutu disegerakan kerana sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu kelihatan sudah semakin tepu.Pengerusinya, Hu Pang Chow berkata, sokongan masyarakat Cina dan India perlu ditekankan kerana sokongan kaum Melayu “tidak berubah” - 40 hingga 45 peratus sahaja yang memilih parti pembangkang itu."Kita kena pandang jauh. Jangan tunggu dekat pilihanraya baru nak ikhtiar (dapatkan sokongan). Macam kita sebut kepada kekasih I love you," katanya.

Baca Selanjutnya:.........
http://malaysiakini.com/news/104301
.
Takut Umno, PAS tangguh ahli bersekutu
Jimadie Shah Othman May 13, 09 2:54pm
Selepas menangguhkan idea kerajaan perpaduan dengan BN, kini cadangan penyertaan bukan Islam sebagai ahli bersekutu PAS, turut menerima nasib yang sama.

Baca Selanjutnya:.........
http://malaysiakini.com/news/104217

Sunday, May 17, 2009

Projek Mega 916 Yang Terabai DiUngkit Wira Kimanis.

" Awas kao "Janggi". Kao kasi malu ako di Negara sahabat ako"

Beberapa pemimpin politik sudah mengeluarkan pendirian mereka tentang Projek mega 916 yang bertukar jadi mimpi di siang hari. Malah ia menjadi “pembohongan besar nasional”.

Karpal Singh, Pengerusi DAP, sendiri “membantai” Dato Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu lompat melompat MP itu setelah 3 ADUN Pakatan Rakyat melompat BN. Katanya DSAI telah melakukan banyak “kebinasaan” dan perlu “meletak jawatan atau diganti”.

Datuk Abdul Rahman Dahlan, MP Kota Belud, mengatakan bahawa PKR pernah menawarkannya sejumlah wang yang tidak mungkin habis dibelanjakan sehingga tujuh keturunan. Ini menunjukkan jumlah itu memang bannnnnnyyyakkk.

Fuad Zakarshi pernah membongkar godaan Anwar agar dia melompat ke PKR, namun godaan itu dapat ditepis oleh MP Batu Pahat itu. Mentera barangkali tidak mengena.

Datuk Yong Teck Lee yang pernah bertemu dengan DSAI di Hong Kong barangkali tergoda dengan pujukan DSAI?. Saya pernah terlihat Barisan kabinet olok-olok PR, membariskan Datuk YTL sebagai “Menteri Senior” dalam line up itu. Apapun ketika SAPP masih dalam BN, dua MP SAPP, sudah mewar-warkan menyokong usul tidak percaya kepada PM, Pak Lah, kiranya usul itu dibuat.

Tian Chua dan Elizabeth Wong plus plus pernah “makan angin” di Taiwan menjejaki para MP BN yang mengadakan lawatan sambil belajar di Taiwan. Konon MP BN itu akan menanti mereka di sana. Terbongkar cerita, pemberita yang bertanya Tian Chua pula akan dihentak kepalanya di dinding kiranya mereka akan bertanya sekali lagi samada Elizabeth itu “bekas kekasih” Tian Chua.

Projek mega 916 itu sudah lama berkubur dan terabai namun. Projek Mega 916 yang terkubur dan terpadam dalam ingatan cuba diungkit semula oleh MP Kimanis Datuk Anifah Haji Aman. Dia kebetulan mengungkitnya di Negara yang pernah menghamparkan permaidani dan tabik hormat pasukan keselamatan negara itu, Amerika Syarikat, kepada DSAI semasa lawatannya suatu masa dulu. DSAI tidak mahu diaibkan di Negara “pendokong” perjuangannya menentang kerajaan Malaysia. Lalu dia mahu menyaman Wira Kimanis. Saya lihat Wira Kimanis tidak mudah terperanjat. Barangkali tunggul kayu mati akan terperanjat jika dikejutkan, BUKAN Wira Kimanis.
Berita Berkaitan:-
Anifah Tidak Akan Pohon Maaf.
.......beliau tidak ada masa untuk melayan ugutan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung dakwaannya itu......

"PERSAMAAN SATU, PERBEZAAN SEGUNUNG".

Kata orang-orang DAP, Melayu mestlah dapat “dipecahkan” dahulu supaya “DAP” menang. Ramai juga yang memperguna susunan kata-kata dan bahasa dalam pelbagai situasi misalnya: “Melayu” mesti dapat dipecahkan supaya “Cina” menang; “Melayu” mesti dapat dipecahkan supaya Islam Lemah”; Namun kesemua yang dibariskan tidak menarik dan tidak berhati-hati bagi Pakatan Rakyat. Ungkapan itu, bagi PR adalah “rascist” dan “sensitif” apabila terlalu diperlekeh dan digembar gembur. Ungkapan yang PKR tidak akan pakai walaupun akhirnya membawa pengertian yang hampir serupa. Bagai "pelanduk dua serupa".

Kadang-kadang bila disebut Melayu sahaja ianya perkataan biasa tetapi bila disebut “Cina” atau “India”, sebahagian ahli masyarakat bergerak-gerak cuping telinganya dan bola matanya ke kiri dan ke kanan . Marah bila bangsanya disebut-sebut?. Sekurang-kurangnya bila disebut bangsanya dia akan memasang telinga. Sedikit tergelincir lidah akan menyakitkan hatinya. Agaknya Melayu tidak mudah sakit hati bila disebut sesuatu mengenai kelemahan Bangsanya?. “Melayu Berpecah”, “Melayu Mudah Lupa”, “Melayu Perkauman”, “Melayu Mula Layu” dan sebaginya. Namun Melayu hanya diam dan berserah kepada Allah SWT untuk menurunkan bala atau menghukum orang-orang hina.

Memang mengguris hati bila “Bangsa yang memerdekakan Tanahair” ini diperlekeh dan dipandang rendah. Namun sekadar "pasrah kepada Illahi" tanpa berusaha bukanlah "lesen untuk bejaya" kebangkitan bangsa untuk maju dan disegani. Salah siapakah ini?

Dalam mengelak menyentuh “sensitivity” kaum, maka PR berhati-hati dalam memilih perkataan (choice of words). Mereka menggunakan AMENO, BE END dan nama-nama yang menjadi kekuatan mereka dan menjadi “persamaan mereka yang satu” iaitu menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional. " Pakatan Rakyat, Malaysian Malaysia, Kuasa Rakyat, Makhal Sakhti" adalah perkataan pilihan PR. Kadang-kadang kritikan pedas mereka hanya tertumpu kepada UMNO kerana UMNO adalah tunjang Barisan Nasional, manakala komponen yang lain dijaga sedikit hati ahli-ahli mereka “kalau-kalau” hati mereka dapat ditawan dan digoda untuk menyokong PR. (?)

Pakatan Rakyat belumpun didaftar sebagai satu badan atau pertubuhan. Namun ramai yang sudah menerima kewujudannya sebagai organisasi resmi dan sah. Tanggapan seperti ini terbena dipemikiran hampir seluruh masyarakat hasil kerja “indoktrinasi politik” yang berterusan dan tidak mengenal erti jemu, terutama Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Agaknya inilah prinsip DSAI. “Whatever it takes, whatever it costs”, dia mesti mendapat jawatan keramat, Perdana Menteri Malaysia.

Banyak persamaan PKR, DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat. Persamaan yang jelas ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional dengan perhatian utama mengkritik UMNO secara bertaliarus. Kalau boleh sehingga tidak memberikan UMNO sedetik untuk “bernafas”. Perbezaan idelogi dan tindak tanduk mereka (DAP, PKR dan PAS) juga segunung.

Karpal Singh pernah mengatakan “over my dead body” mengenai “gagasan Negara Islam” dan "Hukum Hudud" PAS. Karpal juga menuduh DSAI sebagai individu yang telah banyak mengakibatkan “kemusnahan” dan perlu letak jawatan atau diganti. Lim Guan Eng juga membayangkan kesangsian dan keraguannya ke atas Tindakan DSAI melambat-lambatkan peletakkan jawatan bekas TKM I Pulau Pinang Fairus Khairuddin dan dia tidak sehaluan dengan pilihan DSAI mengenai calon di Penanti, Dr. Mansor, yang dianggapnya lebih berpemikiran dan bersikap pro dari menentang BN. Lim Kit Siang sering mendapat tomahan dan kritikan sebagai alat kepada PAP Singapura dari pemimpin akar umbi PAS kerana fahamannya yang menebal sejak dulu sebagai individu yang pernah menjadi SU Politik Lee Kuan Yew dan lebih rapat hubungannya dengan Singapura dari mana-mana ahli politik di Malaysia.

PAS pula kelihatan telah mengalami proses “liberalisasi”. PAS dengan mudah bertolak ansur dengan kes ladang babi, isu azan, gambar bogel Elizabeth Wong, dan kes “Ngo” menggunakan “Nas Al-Quran” sebagai senjata ucapan kempen pilihanrayanya. Banyak lagi isu-isu yang dilemparkan kepada PAS sebagai tuduhan bahawa PAS mengalami deman liberalisasi dan ancaman ditakluki oleh golongan erdogan. PAS bersama-sama pemimpin Islam PKR telah jelas kelihatan membelakangkan isu-isu dan prinsip agama Islam dan kepentingan bangsa demi menjaga sensitiviti bukan Islam dan kaum lain semata-mata kerana kepentingan politik.

Di Pulau Pinang Negeri yang dikuasai DAP, PAS terpinggir dari barisan Exco Negeri itu. Setidak-tidaknya PAS bersuara. Namun mereka membisu seribu bahasa. Di Perak MB PAS, DS Nizar Jamaluddin sejak awal dulu kelihatan hanya di”pandu” oleh ADUN DAP seperti Ngeh dan Ngo, kerana PAS sebenarnya minoriti di Perak walaupun mereka kelihatan majoriti dalam demonstrasi jalanan. Di Selangor pula. TS Khalid Ibrahim terpaksa “toe the line” dengan berhati hati kerana di keliling ADUN-ADUN DAP dan PKR yang lebih bersikap pro DAP dari parti mereka sendiri, PKR.

Apabila ada segelintir penyokong PR mengeluarkan kenyataan; “gunakan kuasa wang dan monetari DAP sebagai kekuatan material, gunakan kepakaran PKR (seperti DSAI) untuk membakar semangat dan gunakan PAS untuk Islam dan keagamaan bagi menjatuhkan UMNO. Bila mereka kalah apa lagi kuasa yang ada pada mereka. Kuasa ekonomi kita pegang, kuasa politik kita pegang. Mereka tinggal pegang p---r”. Walaupun BN menguasai dan memerintah Malaysia, mereka dianggap pembangkang sebagai “sudah kalah”. Kenapa ini harus terjadi? Kenapa BN membiarkan anggapan dan tanggapan ini berlarutan?

Walaupun persamaan utama PAS, PKR dan DAP yang jelas hanya satu iaitu menjatuhkan BN, namun perbezaan mereka juga ibarat segunung. Rapuh dan berada pada tahap yang perlu dibimbangi oleh penyokong mereka, lantaran akan bakal “jatuh dan pecah” bagai telur dihujung tanduk. Apakah jaminan bahawa kerjasama PR ini akan mewujudkan kerajaan Malaysia yang stabil seperti yang telah ditunjukkan oleh Barisan Nasional sejak 51 tahun yang lalu? Atau kita akan terbantut seperti negara lain yang sesekali berombak besar politiknya, mengalami konflik perkauman dan tidak stabil. Wallahuwalam.