Translate

Sunday, May 17, 2009

"PERSAMAAN SATU, PERBEZAAN SEGUNUNG".

Kata orang-orang DAP, Melayu mestlah dapat “dipecahkan” dahulu supaya “DAP” menang. Ramai juga yang memperguna susunan kata-kata dan bahasa dalam pelbagai situasi misalnya: “Melayu” mesti dapat dipecahkan supaya “Cina” menang; “Melayu” mesti dapat dipecahkan supaya Islam Lemah”; Namun kesemua yang dibariskan tidak menarik dan tidak berhati-hati bagi Pakatan Rakyat. Ungkapan itu, bagi PR adalah “rascist” dan “sensitif” apabila terlalu diperlekeh dan digembar gembur. Ungkapan yang PKR tidak akan pakai walaupun akhirnya membawa pengertian yang hampir serupa. Bagai "pelanduk dua serupa".

Kadang-kadang bila disebut Melayu sahaja ianya perkataan biasa tetapi bila disebut “Cina” atau “India”, sebahagian ahli masyarakat bergerak-gerak cuping telinganya dan bola matanya ke kiri dan ke kanan . Marah bila bangsanya disebut-sebut?. Sekurang-kurangnya bila disebut bangsanya dia akan memasang telinga. Sedikit tergelincir lidah akan menyakitkan hatinya. Agaknya Melayu tidak mudah sakit hati bila disebut sesuatu mengenai kelemahan Bangsanya?. “Melayu Berpecah”, “Melayu Mudah Lupa”, “Melayu Perkauman”, “Melayu Mula Layu” dan sebaginya. Namun Melayu hanya diam dan berserah kepada Allah SWT untuk menurunkan bala atau menghukum orang-orang hina.

Memang mengguris hati bila “Bangsa yang memerdekakan Tanahair” ini diperlekeh dan dipandang rendah. Namun sekadar "pasrah kepada Illahi" tanpa berusaha bukanlah "lesen untuk bejaya" kebangkitan bangsa untuk maju dan disegani. Salah siapakah ini?

Dalam mengelak menyentuh “sensitivity” kaum, maka PR berhati-hati dalam memilih perkataan (choice of words). Mereka menggunakan AMENO, BE END dan nama-nama yang menjadi kekuatan mereka dan menjadi “persamaan mereka yang satu” iaitu menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional. " Pakatan Rakyat, Malaysian Malaysia, Kuasa Rakyat, Makhal Sakhti" adalah perkataan pilihan PR. Kadang-kadang kritikan pedas mereka hanya tertumpu kepada UMNO kerana UMNO adalah tunjang Barisan Nasional, manakala komponen yang lain dijaga sedikit hati ahli-ahli mereka “kalau-kalau” hati mereka dapat ditawan dan digoda untuk menyokong PR. (?)

Pakatan Rakyat belumpun didaftar sebagai satu badan atau pertubuhan. Namun ramai yang sudah menerima kewujudannya sebagai organisasi resmi dan sah. Tanggapan seperti ini terbena dipemikiran hampir seluruh masyarakat hasil kerja “indoktrinasi politik” yang berterusan dan tidak mengenal erti jemu, terutama Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Agaknya inilah prinsip DSAI. “Whatever it takes, whatever it costs”, dia mesti mendapat jawatan keramat, Perdana Menteri Malaysia.

Banyak persamaan PKR, DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat. Persamaan yang jelas ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional dengan perhatian utama mengkritik UMNO secara bertaliarus. Kalau boleh sehingga tidak memberikan UMNO sedetik untuk “bernafas”. Perbezaan idelogi dan tindak tanduk mereka (DAP, PKR dan PAS) juga segunung.

Karpal Singh pernah mengatakan “over my dead body” mengenai “gagasan Negara Islam” dan "Hukum Hudud" PAS. Karpal juga menuduh DSAI sebagai individu yang telah banyak mengakibatkan “kemusnahan” dan perlu letak jawatan atau diganti. Lim Guan Eng juga membayangkan kesangsian dan keraguannya ke atas Tindakan DSAI melambat-lambatkan peletakkan jawatan bekas TKM I Pulau Pinang Fairus Khairuddin dan dia tidak sehaluan dengan pilihan DSAI mengenai calon di Penanti, Dr. Mansor, yang dianggapnya lebih berpemikiran dan bersikap pro dari menentang BN. Lim Kit Siang sering mendapat tomahan dan kritikan sebagai alat kepada PAP Singapura dari pemimpin akar umbi PAS kerana fahamannya yang menebal sejak dulu sebagai individu yang pernah menjadi SU Politik Lee Kuan Yew dan lebih rapat hubungannya dengan Singapura dari mana-mana ahli politik di Malaysia.

PAS pula kelihatan telah mengalami proses “liberalisasi”. PAS dengan mudah bertolak ansur dengan kes ladang babi, isu azan, gambar bogel Elizabeth Wong, dan kes “Ngo” menggunakan “Nas Al-Quran” sebagai senjata ucapan kempen pilihanrayanya. Banyak lagi isu-isu yang dilemparkan kepada PAS sebagai tuduhan bahawa PAS mengalami deman liberalisasi dan ancaman ditakluki oleh golongan erdogan. PAS bersama-sama pemimpin Islam PKR telah jelas kelihatan membelakangkan isu-isu dan prinsip agama Islam dan kepentingan bangsa demi menjaga sensitiviti bukan Islam dan kaum lain semata-mata kerana kepentingan politik.

Di Pulau Pinang Negeri yang dikuasai DAP, PAS terpinggir dari barisan Exco Negeri itu. Setidak-tidaknya PAS bersuara. Namun mereka membisu seribu bahasa. Di Perak MB PAS, DS Nizar Jamaluddin sejak awal dulu kelihatan hanya di”pandu” oleh ADUN DAP seperti Ngeh dan Ngo, kerana PAS sebenarnya minoriti di Perak walaupun mereka kelihatan majoriti dalam demonstrasi jalanan. Di Selangor pula. TS Khalid Ibrahim terpaksa “toe the line” dengan berhati hati kerana di keliling ADUN-ADUN DAP dan PKR yang lebih bersikap pro DAP dari parti mereka sendiri, PKR.

Apabila ada segelintir penyokong PR mengeluarkan kenyataan; “gunakan kuasa wang dan monetari DAP sebagai kekuatan material, gunakan kepakaran PKR (seperti DSAI) untuk membakar semangat dan gunakan PAS untuk Islam dan keagamaan bagi menjatuhkan UMNO. Bila mereka kalah apa lagi kuasa yang ada pada mereka. Kuasa ekonomi kita pegang, kuasa politik kita pegang. Mereka tinggal pegang p---r”. Walaupun BN menguasai dan memerintah Malaysia, mereka dianggap pembangkang sebagai “sudah kalah”. Kenapa ini harus terjadi? Kenapa BN membiarkan anggapan dan tanggapan ini berlarutan?

Walaupun persamaan utama PAS, PKR dan DAP yang jelas hanya satu iaitu menjatuhkan BN, namun perbezaan mereka juga ibarat segunung. Rapuh dan berada pada tahap yang perlu dibimbangi oleh penyokong mereka, lantaran akan bakal “jatuh dan pecah” bagai telur dihujung tanduk. Apakah jaminan bahawa kerjasama PR ini akan mewujudkan kerajaan Malaysia yang stabil seperti yang telah ditunjukkan oleh Barisan Nasional sejak 51 tahun yang lalu? Atau kita akan terbantut seperti negara lain yang sesekali berombak besar politiknya, mengalami konflik perkauman dan tidak stabil. Wallahuwalam.

5 comments:

Pejuang Bangsa said...

betul itu liza ..

mereka ini hanya ada persamaan iaitu menumbangkan kerajaan BN walaupun atara mereka berbeza pendapat

salam kenalan liza dlm dunia blogger ini.


sejarahmelayu.blogspot.com

SOLYMONE said...

SenjaLiza,
Sekali lagi saya memohon izin untuk memberi pandangan ‘pertaining to the issue’ yang Liza huraikan dengan panjang lebar disini.

Sabelum itu, ingin saya bagi ‘solute’ pada Liza kerana berjaya memberi satu analisa yang begitu bernas.
Seada nya, bukan mudah untuk menyempurnakan penulisan yang begitu detail dengan rumusan-rumusan yang begitu rasional lagi berani.
Kecuali seseorang itu sememang nya seorang penulis…

Saya terpaksa luangkan sedikit masa untuk membaca terperinci penulisan Liza untuk memahami apa yang tersurat atau pun tersirat..Sabenar nya bukan mudah..

Berasaskan sumbangan liza selama ini (penulisan), sekali lagi saya nyatakan, ada lah keuntungan untuk mana ahli parti atau kumpulan yang memilih Liza sebagai golongan ahli fakir sampingan mereka. Otherwise, it will a waste..

Seada nya, tiada banyak yang dapat saya ulaskan selain dari setuju dengan Liza.
However, kerana ulasan Liza ( bagi saya) ada lah maseh dalam tahap ‘ hypothesis’ maka saya pun kena juga suntikkan ulasan saya dalam bentuk ‘hypothesis’ untuk merancakkan ‘ positive argument’ kita bersama.

Kerana kebanyakan ulasan Liza dilengkapkan dengan ‘chronicles facts’, saya cuma dapat mengulakan isu akhir.
Dimana Liza timbulkan persoalan saperti ini, “Apakah jaminan bahawa kerjasama PR ini akan mewujudkan kerajaan Malaysia yang stabil seperti yang telah ditunjukkan oleh Barisan Nasional sejak 51 tahun yang lalu? Atau kita akan terbantut seperti negara lain yang sesekali berombak besar politiknya, mengalami konflik perkauman dan tidak stabil. Wallahuwalam”.

Seada nya, kita semua tahu sejauh mana kebolehan, kekuatan dan kelemahan kerajaan BN memerintah Malaysia selama 51 tahun…

Kerajaan PR macam mana? Sangat mudah untuk kita gunakan instinct kita untuk menyatakan mereka gagal kan? Atau tidak sateruk apa yang kita fikir ? mana lah tahu kan? "
It obvious, people are always scared of the dark"

Namun latar belakang pendidikan dan pengalaman plus ‘ intellectuality, critical thinking’ and a will to survive’ membuat saya bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Tanpa prasangka, saya tidak tahu apa kah implikasi nya kalau perubahan ini berlaku di Semenanjung.
Tetapi kalau ‘ fenomena’ ini terpaksa juga terjadi di Sabah, rasa nya tak banyak kekalutan yang akan berlaku di kalangan masyarakat disini.
Kerana sememang nya kita telah sebati dengan situasi ‘ multi racial’ dan ‘ multi religion’.

Berdasarkan ‘critical thinking’ dan ‘ a will to accept change’ apa-apa pun yang terjadi nanti, ‘ In Sabah business will be as usual ’.

Berpandukan sejarah, kita terlalu biasa menerima siapa sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri dan parti memerentah.

Apa yang saya tahu kebanyakan pemimpin PR saperti BN mempunyai pakar dan golongan cerdik pandai yang boleh mentadbir kerajaan.
Cuma tidak banyak informasi yang didedahkan mengenai mereka.

However, Liza, semua ini hanya lah 'hypothesis' dan ‘ intellectual view’ saya.
In other words, nothing to it….

Senjaliza said...

Salam Pejuang Bangsa. Selamat Ketemu Engr.Solymone. Sabah memang tidak bermasalah mengenai pertukaran kerajaan sebab di sini perpaduan kaum jauh lebih baik dari di Malaya/Semenanjung Malaysia. Lagipun orang sini menghormati perundangan. Lihat saja DS Pairin dulu bila kehilangan Majoriti. Bukan mcm Nizar di Perak. Di sini rakyat didahulukan. Di perak Pangkat didaulukan. Susah mcm tu. Keputusan mahkamah kalo menyebelahi "diaorang" di anjung. Tapi jika tidak menyebelahi diaorang dikutuk. Sampai bila mereka boleh berkhidmat utk rakyat...? Kalo Sultan menyebelahi diorang sultan dipanggil Sultan berdaulat.. Sekali Sultan lantik MB lain diaorang kata "rakyat pula berdaulat". Mcm mainan budak kecik..

matrasad said...

Inilah keadaan politik Malaysia yang parah. Bagi saudari, masyarakat Malaysia ni sudah terbahagi kepada "mereka" dan "kami".

Bagi saudari semua DAP Cina racist yang nak pecahkan orang Melayu. Hebat sangat ke saudari sampai boleh membaca isi-isi hati semua ahli DAP, termasuk ahli DAP kaum Melayu?

Sia tia tau, tapi sia rasa manusia tiada kebolehan sebegini.

Nilah punca masalah Malaysia bukan? Tiada kesefahaman. Saudari langsung tidak cuba memahami dasar politik parti lain, contohnya DAP.

Sudahkah saudari membaca manifesto ekonomi mereka? Banyak idea terkandung dalamnya boleh membantu orang Melayu. Tetapi kalau hanya mempercayai satu pihak saja memanglah tia sedar. Sama saja bagi pihak pembangkang.

Dan inilah sebab kenapa perbezaan adalah sesuatu yang baik!Kajian sudah pun mendapati bahawa syarikat yang "diverse" dan mempunyai pekerja daripada latar belakang berbeza (lelaki, perempuan, hitam, putih, kuning, kurang upaya) jauh lebih produktif.

Ini kerana perbezaan menghasilkan kepelbagaian pendapat.

Tahukah saudari kenapa anak-anak yang dihasilkan pasangan yang mempunyai talian persaudaraan lebih kerap menghidapi masalah kesihatan? Ini kerana kurangnya variasi/perbezaan genetik antara ibu dengan bapa.

Tahukah kenapa 8 daripada 10 negara terkaya di dunia mengamalkan kebebasan bersuara? Kerana mereka tahu, kekayaan mereka timbul daripada penghasilan idea2 berbeza yang tidak mungkin berlaku sekiranya tiada pandangan berbeza.

Tahukah saudari bahawa universiti-university terawal di Asia dan Eropah ditubuhkan bagi mengumpul golongan bijak pandai untuk berdebat dan berbincang tentang idea2 berbeza mereka untuk menghasilkan karya2 unggul?

Perbezaan pendapat itu sangat penting.

Inilah sebab saya susah menyokong BN. Mau undi lain di parlimen, atau menyuarakan pendapat lain di parlimen, sudah kena suspend. Semua kena ikut arahan daripada atas.

Zaman Pak Lah pun, kalau bukan kerana PRU12, tiada orang lawan cakap. Sebab dalam BN, idea2 bukan datang daripada akar umbi, di mana terdapat kepelbagaian pendapat, tapi datang dari atas. Dan sesiapa yang tidak patuh akan dikenakan tindakan.

Isu kedua ialah menyebut perkataan "Melayu", "Cina", "India".

Sebut sajalah perkataan "Cina". Saya anak kacukan separuh Cina pun tidak akan peduli sangat. Yang penting apa konteks di mana perkataan "Cina" itu digunakan.

Kalau orang cakap "Cina pendatang", takkan tak tersinggung, sedangkan ada Cina yang hidup di Malaysia sejak lahir pada tahun 1928, sedangkan pendatang dari Indonesia pada 40-an tidak pula dipanggil pendatang.

Samalah dengan Melayu. Kalau disebut "Melayu malas", saya pun turut marah. Tak pedulilah kaum orang yang cakap macam tuh.

Bukan orang marah bila bangsanya disebut, tapi marah bila bangsanya disebutkan sebagai tidak lebih orang Malaysia tapi setakat pendatang.

Konteks"Bangsa yang memerdekakan Tanahair"? Ingat KMM, Socialist semua tu tak menyumbang apa-apa? British sanggup bekerjasama dengan Alliance pun sebab tak nak golongan sayap kiri seperti KMM (Boestamam etc.) berkuasa di Malaysia, walaupun hak2 yang dituntut mereka sama saja dengan Alliance.

Sabah pula macam mana? Tanpa orang Melayu, tak merdeka ka Sabah?

Malaysia dimerdekakan ramai orang, Sudah tentu peranan pemimpin Melayu penting, tapi sekiranya kita melupakan sumbangan orang lain, kita memadamkan sejarah.

DAP dan PAS boleh hidup bersama dalam PR. Kita harus ingat Malaysia ni asalnya sebuah persekutuan. Cuma apabila pilihanraya tempatan dimansuhkan, dan kekuasaan negeri diperkecilkan, persekutuan kita dimusnahkan.

Tetapi, dalam sesebuah persekutuan, orang-orang dengan pendapat2 berbeza mampu hidup bersama-sama, kerana pemisahan dan pengagihan kuasa kepada kerajaan tempatan dan kerajaan negeri mampu memberikan ruang kebebasan untuk ideologi-ideologi berlainan.

Selain tu, sokongan terhadap transparency juga lebih ketara dalam PR daripada BN. EXCO Selangor dari ketiga-tiga parti sudah pun mengisytiharkan harta-harta mereka. Kerajaan Penang sudah bermula sistem open tender.

Minta maaf kalau saya ada terlebih kasar atau di mana BM sia buruk skit.

Senjaliza said...

(Terima kasih Sdr. Matrasad dengan komen yang panjang dan baik untuk dibaca sebagai mengisi dan mencabar minda supaya lebih kritikus. Petikan di bawah ini adalah dari komen saudara yang saya kira agak tersasar dari kandungan tulisan saya).

Inilah keadaan politik Malaysia yang parah. Bagi saudari, masyarakat Malaysia ni sudah terbahagi kepada "mereka" dan "kami".

(Saudara perlu baca balik dengan teliti kerana , fakta "mereka" dan "kami" yang barangkali memisahkan Cina/India dan Melayu ini tiada dalam tulisan saya. Cuma kalau "tersalah tanggapan" bahawa saya berfikiran begitu maka benarlah saya bahawa itu tersasar).

Bagi saudari semua DAP Cina racist yang nak pecahkan orang Melayu. Hebat sangat ke saudari sampai boleh membaca isi-isi hati semua ahli DAP, termasuk ahli DAP kaum Melayu? (Saya tak hebat. Saya orang kecil saja untuk membaca hati orang. Cuma saya tidak yakin bahawa ada orang lain yang mampu membaca hati saya. Tiadapun dalam tulisan itu bahawa Cina "rasist". Jadi kalo saudara tahu kenapa tanya samada saya hebat! Apakah saudara Matrasad hebat? {sorry to ask} ajarlah orang yang tak hebat seperti saya supaya boleh baca hati orang)

Sia tia tau, tapi sia rasa manusia tiada kebolehan sebegini.
(Siapun tau manusia tiada manusia biasa berkebolehan begitu, tapi sebaiknya tak berburuk sangka mengenai orang TAPI saya akan bantah atau sanggah ideanya BUKAN orangnya atau penulisnya untuk percambahan fikiran. Now come to darah daging atau keturunan. Saya gembira mendapat tahu dengan keikhlasan saudara jika benar ada darah campuran Melayu dan Cina. Bagus tu. Tapi darah saya terlalu berbaur. Dari Nenek Moyang. Melayu (syed), Cina, Kadazan dan Bajau. 1st Cousin (sepupu atau pupu sekali) anak-anak saya ada Cina, India, Bajau Melayu, Brunei, Kadazan dan Dusun (kerana ada yang masih tidak mahu dipanggil Kadazan-apa boleh buat kena respect juga) As a matter of fact my daughter sekolah Chung Hwa. So barangkali ada juga sedikit sebanyak tahu tentang tradisi dan budaya "CINA" kebetulan kawan-kawan anak saya anak-anak Tionghua. Ini di Sabah normallah. Saya tak kritik orang kerana idea dia bersifat abnormal; tetapi saya sanggah ideanya dengan fakta supaya ada kesedaran dan pertambahan ilmu berkembang.
Thanks Sdr. Matrasad. Pls come again.