Translate

Wednesday, February 12, 2014

Lim Kit Siang: Pernah Kredit Kepimpinan Negara?

Apabila kedudukan Indek Kebebasan Media Malaysia jatuh ke tangga 145 dari tangga 122 dalam pengkategorian 179 Negara oleh Reporters Without Border (RSF), Lim Kit Siang sudah mula bangun menunding jari ke arah Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak... shame! shame!.

RSF meletakkan Malaysia dua lebih terkebawah berbanding Myanmar. Seolah olah situasi kebebasan Media di Myanmar lebih memakmurkan rakyat Myanmar dari kebebasan Media di Malaysia.

Sejak bila Lim Kit Siang memuji Pucuk Kepimpinan Negara Malaysia? Pernahkah Lim Kit Siang mengutuk kepimpinan Singapura? Pernah kah Lim Kit Siang menyanjungi kepimpinan Negara Myanmar?

Lim Kit Siang mengimpikan DAP (BUKAN Pakatan Rakyat dalam tulisannya) untuk mengambil alih Putrajaya. Bilakah Lim Kit Siang memuji pembangunan Putrajaya?

Lim Kit Siang sering menyuarakan "Penyatuan Kebangsaan" sebagai langkah ke arah negara yang harmoni. Tetapi dalam masa yang sama dia mengutuk hak dan keistmewaan bumiputra yang terjamin dan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Bolehkah Lim Kit Siang menegakkan keadilan dengan mengenepikan dan menafikan hak yang memang hak golongan tertentu?

Nak tanya sikit Uncle Lim ini.. Apakah pada pandang uncle ini bahawa Index Kebebasan Media oleh RSF ini menjadi kayu pengukur bagi kemakmuran, kemajuan, kesejahteraan, kemajuan ekonomi sesebuah negara dan rakyatnya? Uncle Lim  ini agaknya hanya melihat dengan mata yang celik sebelah! lalu dia hanya nampak Putrajaya dan DS Najib!

BTW.. Apa kata Uncle Lim mengenai pembunuhan dan membakaran rumah masyarakat Rohangay di Myanmar? Bolehkah Indek Kebebasan Media menjamin keadilan untuk mereka?

Biara Majlis Peguam "Sengek sebelah"

 "Majlis Peguam berpendapat demonstrasi NGO melibatkan penyembelihan ayam dan melumur darahnya pada sepanduk dengan gambar pemimpin politik tertentu termasuk rujukan kepada peristiwa 13 Mei secara tersurat atau tersirat adalah satu bentuk mengapi-apikan dan mengancam ketenteraman awam....... "Majlis Peguam menyeru mereka yang berada dalam posisi kepimpinan untuk mempamerkan kepimpinan." Christopher Leong, Presiden...... Berkecuali? adil?
Sekian lama Majlis Peguam diletakkan di tengah kritikan umum kerana pandangan, tindakan dan kritikan mereka sering TIDAK menggambarkan imej yang sepatutnya dipamerkan oleh Majlis ini yang menganggap insitusi mereka professional, adil dan berkecuali. 

Sejak "Walk for Justice" yang dianjurkan dan disertai oleh golongan yang menganggap diri mereka "professional", pandangan umum sudah mula meranum dengan pandangan "sengek sebelah" terhadap mereka. Sejak itu pendirian mereka tidak berubah. Malah sesama mereka sering menghadapi krisis kepimpinan dan krisis pendirian.

Sejak demonstrasi Bersih kemudian demonstrasi blackout 505, anxiety rakyat Malaysia meningkat. Kerugian ekonomi golongan pengusaha meningkat, ancaman terhadap keharmonian meningkat, ancaman terhadap hubungan kaum meningkat, ancaman ke atas ketenteraman awam meningkat. Kesedaran umum juga meningkat bahawa DEMONSTRASI ITU LEBIH MERUGIKAN. Demonstrasi di Negara-negara Timur Tengah menjadi tauladan kerana hingga ke saat ini bayang kemajuan dan kemakmuran tidak menampakkan wajah di negara-negara Timur Tengah itu. Apakah ada peningkatan ke tindakan dan pendirian Majlis Peguan Malaysia ke arah negara yang progresif dan makmur?

Majlis Peguam, sebelum menyeru mereka yang berada dalam posisi kepimpinan (kepimpinan negara) untuk mempamirkan kepimpinan seharusnya melihat dalam diri mereka, cermin diri. Sudahkah mereka menjunjung keadilan dan prinsip berkecuali (tidak memihak) di mahkota kebenaran?

Majlis Peguam.... "janganlah membasuh kentut tapi berak tidak"..

Apa komen Majlis Peguam sebelum ini terhadap "Onedeful Malaysia" oleh Teresa Kok? 

Tuesday, February 11, 2014

Memelihara Keharmonian. Tanggung jawab siapa?

“Abdul Rahman (Dato Abdul Rahman Dahlan, MP P-169. Kota Belud) was telling a pack of lies when he alleged that the DAP had “since 2008... relentlessly attacked the position of Malays and Islam” and had even “insulted” the Yang diPertuan Agong and Islam, for these allegations and lies are completely untrue,” - Kit Siang

Perbuatan Teresa Kok berkait isu paparan sempena CNY 2014, Onederful Malaysia awal-awal lagi mendapat reaksi rakyat Malaysia yang rata-rata mengecamnya kerana menyinggung sensitiviti perkauam dan agama. Sukar ditolak bahawa perbuatan Teresa Kok menjadi ancaman kepada keharmonian kaum di Malaysia.

Dato Abdul Rahman Dahlan, MP P.169-Kota Belud, selaku Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, awal-awal lagi telah memberi reaksi bahawa perbuatan Teresa Kok itu telah menyentuh soal sensitiviti rakyat bumipuera Malaysia, khasnya bangsa Melayu yang berugama Islam.

Apakah perbuatan Teresa Kok mempaparkan "Onederful Malaysia" merupakan perbuatan MEMELIHARA KEHARMONIAN RAKYAT MALAYSIA yang bercorak majmuk?

Lim Kit Siang muncul membela anak buahnya, Teresa Kok, dengan berusaha membutakan mata dan hati penyokongnya dalam nada dan senikata yang berlainan. Dia membela dan cuba menghalalkan perbuatan Teresa Kok. Bertindak seolah-olah dialah HAKIM mengatakan bahawa apa yang dikatakan oleh MP Kota Belud, Dato Abdul Rahman Dahlan, mengenai perbuatan Teresa Kok UNTRUE.

Jelas, LKS menyokong perbuat Terasa Kok. Seolah oleh menggalakkan masyarakat Malaysia melakukan apa yang telah Teresa Kok telah lakukan. APAKAH INI PERBUATAN MEMELIHARA KEHARMONIAN?

Siapa yang lebih layak berbicara mengenai soal PEMELIHARAAN KEHARMONIAN kaum di Malaysia... antara Lim Kit Siang dengan Abdul Rahman Dahlan?



JELMAAN RASISMA

BUKAN SAHAJA TAMPAR TAPI SEBAT
Pena lebih tajam dari pisau. Demikian peribahasa. Paparan pemimpin senior DAP yang sering menggambarkan dirinya sebagai "senior MP" telah menghampiri tahap paparan yang menghasut. Sebagai pemimpin senior dalam parti yang sekian lama diselimuti dengan fahaman rasisma dan sikap chauvanisma, paparan Teresa Kok sudah pasti lebih menyemarakkan lagi fahaman rasisma dan sikap chauvanisma, bkan sahaja di kalangan ahlinya, malah memberikan kesan pelbagai yang negatif terhadap setiap yang merayakan CNY dan masyarakat Malaysia yang majmuk amnya.

Hasutan yang berbentuk perkauman sudah pasti menjadi ancaman terhadap perpaduan negara dan ancaman terhadap perpaduan ini sukar ditolak sebagai ancaman terhadap keselamatan negara.

Kes rogol, Penganut agama Islam yang meminum arak (di tempat awam) menerima hukuman "SEBAT". Mengedar dadah seringan-ringannya biasanya dihukum dengan sebat sebagai pengajaran kerana berkait dengan isu keselamatan negara.

Dapatkah ditolak bahawa paparan Teresa Kok yang berbentuk video di youtube (lebih dari paparan pena) lebih tajam mengancam perpaduan kaum dan keselamatan negara?

Isu keselamatan negara bukanlah isu remeh. Kenapa saranan TAMPAR terhadap perbuatan diperlekeh perpaduan Rakyat Negara yang menjadi tunjang keselamatan negara? Bukankah SEBAT adalah pengajaran kepada ancaman soal KESELAMATAN NEGARA.

Apakah TAMPAR lebih berat dari SEBAT? Apakah lebih wajar Teresa Kok dihukum SEBAT jika didapati perbuatannya mempaparkan ONEDERPUL Malaysia lebih bahaya dari perbuatan rogol, meminum arak di tempat awam dan menyalah gunakan dadah?

Mana yang lebih pedih Tampar atau Sebat?