Translate

Tuesday, February 11, 2014

JELMAAN RASISMA

BUKAN SAHAJA TAMPAR TAPI SEBAT
Pena lebih tajam dari pisau. Demikian peribahasa. Paparan pemimpin senior DAP yang sering menggambarkan dirinya sebagai "senior MP" telah menghampiri tahap paparan yang menghasut. Sebagai pemimpin senior dalam parti yang sekian lama diselimuti dengan fahaman rasisma dan sikap chauvanisma, paparan Teresa Kok sudah pasti lebih menyemarakkan lagi fahaman rasisma dan sikap chauvanisma, bkan sahaja di kalangan ahlinya, malah memberikan kesan pelbagai yang negatif terhadap setiap yang merayakan CNY dan masyarakat Malaysia yang majmuk amnya.

Hasutan yang berbentuk perkauman sudah pasti menjadi ancaman terhadap perpaduan negara dan ancaman terhadap perpaduan ini sukar ditolak sebagai ancaman terhadap keselamatan negara.

Kes rogol, Penganut agama Islam yang meminum arak (di tempat awam) menerima hukuman "SEBAT". Mengedar dadah seringan-ringannya biasanya dihukum dengan sebat sebagai pengajaran kerana berkait dengan isu keselamatan negara.

Dapatkah ditolak bahawa paparan Teresa Kok yang berbentuk video di youtube (lebih dari paparan pena) lebih tajam mengancam perpaduan kaum dan keselamatan negara?

Isu keselamatan negara bukanlah isu remeh. Kenapa saranan TAMPAR terhadap perbuatan diperlekeh perpaduan Rakyat Negara yang menjadi tunjang keselamatan negara? Bukankah SEBAT adalah pengajaran kepada ancaman soal KESELAMATAN NEGARA.

Apakah TAMPAR lebih berat dari SEBAT? Apakah lebih wajar Teresa Kok dihukum SEBAT jika didapati perbuatannya mempaparkan ONEDERPUL Malaysia lebih bahaya dari perbuatan rogol, meminum arak di tempat awam dan menyalah gunakan dadah?

Mana yang lebih pedih Tampar atau Sebat?

No comments: