Translate

Wednesday, February 12, 2014

Biara Majlis Peguam "Sengek sebelah"

 "Majlis Peguam berpendapat demonstrasi NGO melibatkan penyembelihan ayam dan melumur darahnya pada sepanduk dengan gambar pemimpin politik tertentu termasuk rujukan kepada peristiwa 13 Mei secara tersurat atau tersirat adalah satu bentuk mengapi-apikan dan mengancam ketenteraman awam....... "Majlis Peguam menyeru mereka yang berada dalam posisi kepimpinan untuk mempamerkan kepimpinan." Christopher Leong, Presiden...... Berkecuali? adil?
Sekian lama Majlis Peguam diletakkan di tengah kritikan umum kerana pandangan, tindakan dan kritikan mereka sering TIDAK menggambarkan imej yang sepatutnya dipamerkan oleh Majlis ini yang menganggap insitusi mereka professional, adil dan berkecuali. 

Sejak "Walk for Justice" yang dianjurkan dan disertai oleh golongan yang menganggap diri mereka "professional", pandangan umum sudah mula meranum dengan pandangan "sengek sebelah" terhadap mereka. Sejak itu pendirian mereka tidak berubah. Malah sesama mereka sering menghadapi krisis kepimpinan dan krisis pendirian.

Sejak demonstrasi Bersih kemudian demonstrasi blackout 505, anxiety rakyat Malaysia meningkat. Kerugian ekonomi golongan pengusaha meningkat, ancaman terhadap keharmonian meningkat, ancaman terhadap hubungan kaum meningkat, ancaman ke atas ketenteraman awam meningkat. Kesedaran umum juga meningkat bahawa DEMONSTRASI ITU LEBIH MERUGIKAN. Demonstrasi di Negara-negara Timur Tengah menjadi tauladan kerana hingga ke saat ini bayang kemajuan dan kemakmuran tidak menampakkan wajah di negara-negara Timur Tengah itu. Apakah ada peningkatan ke tindakan dan pendirian Majlis Peguan Malaysia ke arah negara yang progresif dan makmur?

Majlis Peguam, sebelum menyeru mereka yang berada dalam posisi kepimpinan (kepimpinan negara) untuk mempamirkan kepimpinan seharusnya melihat dalam diri mereka, cermin diri. Sudahkah mereka menjunjung keadilan dan prinsip berkecuali (tidak memihak) di mahkota kebenaran?

Majlis Peguam.... "janganlah membasuh kentut tapi berak tidak"..

Apa komen Majlis Peguam sebelum ini terhadap "Onedeful Malaysia" oleh Teresa Kok? 

2 comments:

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

Anonymous said...

jordan shoes
cheap jordans
off white t shirt
golden goose outlet
jordan shoes
off white shoes
kobe shoes
air jordan
supreme official
kyrie 8