Translate

Wednesday, February 12, 2014

Lim Kit Siang: Pernah Kredit Kepimpinan Negara?

Apabila kedudukan Indek Kebebasan Media Malaysia jatuh ke tangga 145 dari tangga 122 dalam pengkategorian 179 Negara oleh Reporters Without Border (RSF), Lim Kit Siang sudah mula bangun menunding jari ke arah Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak... shame! shame!.

RSF meletakkan Malaysia dua lebih terkebawah berbanding Myanmar. Seolah olah situasi kebebasan Media di Myanmar lebih memakmurkan rakyat Myanmar dari kebebasan Media di Malaysia.

Sejak bila Lim Kit Siang memuji Pucuk Kepimpinan Negara Malaysia? Pernahkah Lim Kit Siang mengutuk kepimpinan Singapura? Pernah kah Lim Kit Siang menyanjungi kepimpinan Negara Myanmar?

Lim Kit Siang mengimpikan DAP (BUKAN Pakatan Rakyat dalam tulisannya) untuk mengambil alih Putrajaya. Bilakah Lim Kit Siang memuji pembangunan Putrajaya?

Lim Kit Siang sering menyuarakan "Penyatuan Kebangsaan" sebagai langkah ke arah negara yang harmoni. Tetapi dalam masa yang sama dia mengutuk hak dan keistmewaan bumiputra yang terjamin dan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Bolehkah Lim Kit Siang menegakkan keadilan dengan mengenepikan dan menafikan hak yang memang hak golongan tertentu?

Nak tanya sikit Uncle Lim ini.. Apakah pada pandang uncle ini bahawa Index Kebebasan Media oleh RSF ini menjadi kayu pengukur bagi kemakmuran, kemajuan, kesejahteraan, kemajuan ekonomi sesebuah negara dan rakyatnya? Uncle Lim  ini agaknya hanya melihat dengan mata yang celik sebelah! lalu dia hanya nampak Putrajaya dan DS Najib!

BTW.. Apa kata Uncle Lim mengenai pembunuhan dan membakaran rumah masyarakat Rohangay di Myanmar? Bolehkah Indek Kebebasan Media menjamin keadilan untuk mereka?