Translate

Monday, August 2, 2010

Koridor Penyelamat Bagi Hidupan Liar Terancam Di Sabah

Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar

KOTA KINABALU, 2 Ogos (Bernama) -- Hidupan liar di Sabah yang diancam kepupusan dijangka menyaksikan peluang survival yang lebih baik, hasil usaha mewujudkan `koridor penyelamat' yang diperkenal kerajaan negeri Sabah.

Koridor penyelamat ini bukan sahaja bertujuan mewujudkan lebih banyak hutan bagi hidupan liar untuk merayau tetapi juga bagi merealisasi matlamat kerajaan negeri dalam memastikan 55 peratus daripada muka bumi Sabah diliputi hutan.

Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata program ini akan membabitkan pemulihan rizab `riparian' untuk mewujudkan laluan bagi hidupan liar bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain.

"Banyak pihak, khususnya pemilik ladang kelapa sawit, menanam tanaman mereka hingga ke tebing sungai, oleh itu menghalang laluan hidupan liar," kata beliau kepada Bernama.

Hutan `riparian' merupakan kawasan hutan bersebelahan dengan saluran air seperti sungai, anak sungai, kolam, tasik, tanah paya, muara atau terusan yang menghubungkan hutan yang terpisah.-Berita penuh

BUNUH DAN DIHUMBAN DALAM PERIGI..ZALIMNYA!


Pembunuhan seperi ini perlu disiasat dengan sepenuhnya, detail dan segera. Jangan berlengah dan semua pihak perlu tegas dan berani tampil demi keadilan yang adil...BUKAN bersepakat untuk ketidakadilan dan kezaliman...

Apakah pembunuhan ini bermotifkan politik?