Translate

Friday, October 2, 2009

UNDI POS DI BAGAN PINANG


Tuduhan terhadap Undi Pos barangkali satu pengakuan DSAI bahawa ISA SAMAD memang sukar dikalahkahkan di "Padang Permainannya".

Bila blog DSAI memaparkan mengenai pengakuan seorang pegawai tentera yang mengakui pernah mengundi dengan diperhatikan oleh bossnya, seakan kita dihidangkan cerita bahawa calon Pakatan Rakyat di Bagan Pinang akan bakal kalah di tangan pengundi pos. Seakan DSAI sudah mula memberikan alasan bahawa "Undi Pos" bakal membenamkan calon PR dari PAS. Calon BN, Tan Sri Isa Samad pula dimenangkan oleh pengundi Pos.

Concern DSAI ini adalah gambaran bahawa BN diyakininya akan menang dalam PRK Bagan Pinang sama dengan ramalan banyak pihak. Ini kerana Bagan Pinang merupakan  padang permainan Isa Samad  dan kubu BN. Dalam masa yang sama DSAI telah menggunakan kenyataan "Pegawai Tentera" itu sebagai tuduhan bahawa pengundi-pengundi tentera adalah seperti dicucuk hidung dan Pak Turut yang tidak tahu menggunakan hak demokrasi mereka. Ini merupakan perang psycologi yang merugikan calon PAS dari Pakatan Rakyat kerana secara tidak langsung DSAI memandang rendah kredibiliti pengundi Pos.

Pengundi pos dari tentera diperkecil DSAI. Perbuatan ini serupa memberi message awal kepada pengundi pos khasnya dan pengundi Bagan Pinang amnya bahawa  pendungi pos BUKAN penyokong Pakatan Rakyat dan DSAI sudah mengenalpasti dan menjejaki serta mengenal pasti bahawa mereka sedang dicam sebagai musuh Pakatan Rakyat. Mampukah  perayu undi, juru kempen PAS dan PR menembusi Kem Tentera dengan sikap seperti sudah mengaku kalah seperti  digambarkan DSAI ini?

Tun Dr Mahathir yakin


Pemasangan Bendera Parti semakin rancank di Bagan Pinang, Negri Sembilan. Pilihanraya kecil ini mungkin akan memaklumkan rakyat Malaysia bahawa "wira kampung" masih wujud di Malaysia.


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan, akan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti yang lebih besar.

“Kita akan menang...mungkin majoriti undi juga akan bertambah,” katanya selepas sesi Meeting of Minds sempena Persidangan CEO Global di sini, semalam.

Ditanya mengenai pemilihan Isa, beliau hanya berkata itu adalah keputusan parti dan pandangan peribadinya tidak perlu diambil kira. Pilihan raya kecil kawasan itu akan diadakan pada 11 Oktober ini dan penamaan calon pada 3 Oktober. Ia diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu, dalam sesi Meeting of Minds sebelum itu, Dr Mahathir berkata, pembinaan jambatan bengkok yang dicadangkan sebelum ini perlu diteruskan bagi menggantikan Tambak Johor sekiranya mahu melihat projek Iskandar yang sedang dilaksanakan di Johor lebih berjaya dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Dr Mahathir turut mengkritik Amerika Syarikat yang dianggapnya sebagai kuasa dunia tetapi kurang pengetahuan mengenai dunia.