Translate

Friday, October 2, 2009

Tun Dr Mahathir yakin


Pemasangan Bendera Parti semakin rancank di Bagan Pinang, Negri Sembilan. Pilihanraya kecil ini mungkin akan memaklumkan rakyat Malaysia bahawa "wira kampung" masih wujud di Malaysia.


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan, akan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti yang lebih besar.

“Kita akan menang...mungkin majoriti undi juga akan bertambah,” katanya selepas sesi Meeting of Minds sempena Persidangan CEO Global di sini, semalam.

Ditanya mengenai pemilihan Isa, beliau hanya berkata itu adalah keputusan parti dan pandangan peribadinya tidak perlu diambil kira. Pilihan raya kecil kawasan itu akan diadakan pada 11 Oktober ini dan penamaan calon pada 3 Oktober. Ia diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu, dalam sesi Meeting of Minds sebelum itu, Dr Mahathir berkata, pembinaan jambatan bengkok yang dicadangkan sebelum ini perlu diteruskan bagi menggantikan Tambak Johor sekiranya mahu melihat projek Iskandar yang sedang dilaksanakan di Johor lebih berjaya dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Dr Mahathir turut mengkritik Amerika Syarikat yang dianggapnya sebagai kuasa dunia tetapi kurang pengetahuan mengenai dunia.

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam, inilah yang amat ditakuti oleh 'pakatan rompak' sehingga hantu-hantu raya mereka merayau dan meracau ke dalam blog-blog pro UMNO.......