Translate

Saturday, September 26, 2009

Isu SELCAT: satu lakonan?



Mampukah MB Selangor ini mendesiplinkan Penjawat Awam di Selangor?

Dewan Pemuda PAS pusat memberi amaran kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Selangor "boleh tumbang seandainya kakitangan awam terus diaibkan dan mereka mula membenci pemerintah" berikutan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat). Manakala PAS Pusat pula dikatakan sedang menimbangkan tindakan yang lebih keras terhadap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Y.B. Dr. Hassan Ali, di atas kelantangannya secara terbuka mempersoalkan tindak tanduk Selcat termasuk kebertanggungjawaban dan ketelusan badan itu apabila ianya hanya dikuasai oleh pemimpin politik Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat yang selama ini mencanangkan badan bebas lebih jelas TIDAK melakukan apa yang mereka katakan, war-warkan dan perjuangkan. Campurtangan Selcat dalam urusan pentadbiran awam, dianggap keterlaluan oleh penjawat awam jelas memadamkan gagasan kebebasan yang PR Perjuangkan. Dengan ini mulalah sektor awam mempersoal kewibawaan PR untuk membentuk dan mengurus tadbir negara. Jelaslah bahawa apabila system dan peraturan umum yang selama ini menjadi peraturan dan norma pentadbiran dan terbukti berjaya diketepikan maka kekecamukan yang menimbulkan kebencian rakyat pasti akan timbul.

Pemuda PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tidak sehaluan dan PAS Pusat berkait isu Selcat dan tidak tanduknya. Selcat pula dipengerusi Speaker Selangor dari DAP yang pernah popular mencampakkan "peraturan Mesyuarat" DUN Selangor ke dalam tong sampah. Oleh itu kewibawaanya sebagai pengerusi sendiri dipersoal dalam melaksanakan urustadbir dan system mengikut peraturan. PAS pula tersepit dalam dilema antara mempertahankan DAP sebagai rakan Pakatan atau terpaksa mengorbankan pemimpinnya sendiri demi keutuhan Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama, rakyat terus mempersoal perjuangan PAS dan idelogi perjuangannya. Apakah PAS tergamak mengorbankan Pemimpinnya sendiri semata-mata menjaga hati DAP atau menegakkan dasar perjuangan PAS?

Segelintir masyarakat sudah membuat andaian bahawa perangai dan sikap ini hanyalah satu lakunan tpemimpin politik terutama apabila menjelang pilihanraya kecil seperti Bagan Pinang, Negri Sembilan, PAS cuba memperlihatkan tentangannya terhadap tindak tanduk dan dasar-dasar DAP dan pegangannya terhadap prinsip perjuangan PAS diperketat sebagai daya tarikan dan gambaran terhadap sokongan pengundi Melayu terhadap calon Pakatan Rakyat dari PAS. Apakah cara dan pendekatan ini mampu untuk mengabui mata rakyat? Atau rakyat mula menghidunya sebagai lakonan?

Bila Dr Hassan Ali dan Azmin Ali (bukan adik beradik) diwar-warkan sebagai YB di Selangor yang bakal menggugat kedudukan Menteri Besar, YAB Abdul Khalid bin Ibrahim, keadaan ini sudah mula menjadi tekanan kepada Pakatan Rakyat Selangor. Kerajaan Selangor sudah mula goyah. Meraka dihantui kejatuhan dan keruntuhan seperti yang telah terjadi dengan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Tidak kurang penganalisa politik yang melihat bahawa era ini merupakan buat pertama kali rakyat Malaysia memberi kepercayaan dan mandat kepada "Pembangkang" melalui PRU 12. Oleh itu, tindak tanduk pembangkang, Pakatan Rakyat, yang tidak menampakkan permuafakatan dan kesepakatan yang matang sudah mula menyingkap keraguan rakyat terhadap kredibiliti dan akauntabiliti PR sebagai kerajaan. Keadaan di 4 negeri dalam Malaysia tidak banyak berubah malah mengalami kemerosotan. Sehingga kini rakyat sudah mula dan meneruskan penimbang taraan. Tidak mutshil rakyat akan menarik semula mandat ini menjelang PRU 13 atas dasar ketidak yakinan dan hilang kepercayaan.

5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam Aidil Fitri,

Kita jangan terlalu terikut-ikut dengan lakonan 'pakatan arompak' ini, PAS khawarij dan PKR pengkhianat adalah pelakon utama arahan DAP komunis, selepas PRK Bagan Pinang mereka akan bercantum semula bila sudah menerima upah yang lumayan...... Biarkan mereka terus bermain wayang, rakyat akan menilainya nanti....

Senjaliza said...

Difahamkan walaupun beberapa pemimpin dalam PAS mempersoalkan tindakan Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor itu terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

Anonymous said...

betul kata YG .. bila dekat pilihanraya kecil, ada saja drama baru dikeluarkan... sejurus selepas PRK dorang bebaik semula. kita mengetahuinya tetapi segelintir besar rakyat tidak faham politik itu bagaimana.

Anonymous said...

DAPSY MAhu KONGSI RAYA (SELANGOR)
DAPSY tak MAHU KONGSI KUASA PPINANG

Teman rase kalu berita DAPSY tak mau kongsi kuasa (kongsi raya nak...nanti ade cite kat bawah ni)
di war war kan kapada ORANG KETURUNAN MELAYU di Kawasan Ampang Selangor dan Cheras,tak jadi apa ape jadi malahan di sambut dengan kata kata tak percaya.
Pada 27hb Sept DAP Teratai dan DAP Cheras KONGSI RAYA pakai duit Kerajaan selangor,dan anjur kan kempen ajak orang Melayu masuk jadi ahli istimewa Seksyen Melayu.
Orang Melayu pun masuk dan mungkin bilangan nya ramai.
Pada saya ini adelah:
1.Sapertimana di Pulau Singa pada tahun 1965 ramai Melayu masuk PAP, kerana ade pemimpin Melayu yang berkarisma. dll...dan juga untuk "survival"... ta de kerja ketika dan zaman itu.
2.Sapertimana di Afghanistan sekumpulan evangelis dari Jepun bagi pertolongan kpd orang afghanistan dengan makanan pakaian dan dlll dan minta Afgan tu masuk kristian.
3.Sapertimana misonary kristian masuk dalam hutan dan kampung Orang asli dan bagi bantuan dan ajak masuk kristian.
4.sapertimana Pati Kominis Malaya tubuh kan Rejimen dan seksyen Melayu 1948 1965.
Pade say tak terperanjat orang Melayu mahu dan rela juga bolih masuk DAP sebab:
1.Penceramah dalam tazkirah Jumaat di Ubuddiah ade sebut bahawa 500,000 Melayu sudah murtad dan tunggu dapat tukar nama di MYKAD ala Lina JOY(bila tahun tak tahu dan Nauzubillaah).
2.Melayu dah nampak pati pas baik ngan DAP,dan DAp peluk peluk ngan pat.(tak haram kut)
3.Naluri Melayu senang di pujuk olih bangsa Cina,terus cair,cepat makan budi,cepat nak balas ngan bodi kpd cina.
4.Naluri Melayu cepat kembang dan besar hati kena jack sikit,bagi pangkat dah kira lagi baik dari UMNO konon nya....
5.Mungkin Mealayu Ampang dan Cheras ,Mereka ni pernah di sisih dan di pinggir (atas alasan dan sebab tertentu ,cari aje ,tak susah)olih UMNO, maka masuk DAP ade power kat Teratai dan Cheras dan bolih dabik dada.
6.Dan sifat Melayu berdendam dan hati kurang Iman,membara nak balas balik...kalu aku jadi.... aku nak tibai.... betul betul..
Pembaca bolih lah ulasan yang banyak dan lebih bernas ...,
saya setakat kongsi pengelaman dengan taktik PAP, ya PAP secara dekat,gaya PAP (sini DAP) tarik Melayu kawasan bandar memang sama ngan zaman 1963 1965.
Tapi ade kebaikan kalu dah masuk, dah "turnover" "make over" bolih jadi kuda "trojan"atau "mole"..
Kapada Melayu Ampang dan Cheras yang dah masuk DAP, saya cadangkan anda semua belajar Bahase Mandarin dan tulisan Mandarin dan juga antar anak anak ke sekolah cina, baru lah dapat manafaat sepenuhnya di dunia Selangor.Bealaw kantonis pun ok,banayak wayang drama Kantonis di TV.
Satu aje,tapi tak payah kempen dan Dakwah kpd Jenise dan Teresa,dia orang dah lam jadi anak murid pati pas.
Nanti anda kena sebiji ayat ...
atau dua ....
changkat lobak.
arjuna waspada.

Anonymous said...

DAPSY MAhu KONGSI RAYA (SELANGOR)
DAPSY tak MAHU KONGSI KUASA PPINANG

Teman rase kalu berita DAPSY tak mau kongsi kuasa (kongsi raya nak...nanti ade cite kat bawah ni)
di war war kan kapada ORANG KETURUNAN MELAYU di Kawasan Ampang Selangor dan Cheras,tak jadi apa ape jadi malahan di sambut dengan kata kata tak percaya.
Pada 27hb Sept DAP Teratai dan DAP Cheras KONGSI RAYA pakai duit Kerajaan selangor,dan anjur kan kempen ajak orang Melayu masuk jadi ahli istimewa Seksyen Melayu.
Orang Melayu pun masuk dan mungkin bilangan nya ramai.
Pada saya ini adelah:
1.Sapertimana di Pulau Singa pada tahun 1965 ramai Melayu masuk PAP, kerana ade pemimpin Melayu yang berkarisma,dll...dan juga untuk "survival"... ta de kerja ketika dan zaman itu.
2.Sapertimana di Afghanistan sekumpulan evangelis dari Jepun bagi pertolongan kpd orang afghanistan dengan makanan pakaian perubatan dan dlll dan minta Afghan tu masuk kristian.
3.Sapertimana misonary kristian masuk dalam hutan dan kampung Orang asli dan bagi bantuan sama juga dan ajak masuk kristian.
4.sapertimana Pati Kominis Malaya tubuh kan Rejimen dan seksyen Melayu 1948 1965.
Pade saya tak terperanjat orang Melayu mahu dan rela juga bolih masuk DAP sebab:
1.Penceramah dalam tazkirah Jumaat di Ubuddiah ade sebut bahawa 500,000 Melayu sudah murtad dan tunggu dapat tukar nama di MYKAD ala Lina JOY(bila tahun tak tahu dan Nauzubillaah).
2.Melayu dah nampak pati pas baik ngan DAP,dan DAP berpeluk peluk ngan pas.(tak haram kut)
3.Naluri Melayu senang di pujuk olih bangsa Cina,terus cair,cepat makan budi,cepat nak balas ngan bodi kpd cina.
4.Naluri Melayu cepat kembang dan besar hati kena jack sikit,bagi pangkat dah kira lagi baik dari UMNO konon nya....
5.Mungkin Melayu Ampang dan Cheras ,mereka ni pernah di sisih dan di pinggir (atas alasan dan sebab tertentu ,cari aje ,tak susah)olih UMNO, maka masuk DAP ade power kat Teratai dan Cheras dan bolih dabik dada.
6.Dan sifat Melayu berdendam dan hati kurang Iman,membara nak balas balik...kalu aku jadi.... aku nak tibai...belasah ... betul betul..
Pembaca bolih lah ulasan yang banyak dan lebih bernas ...,
saya setakat kongsi pengelaman dengan taktik PAP, ya PAP, secara dekat,gaya PAP (sini DAP) tarik Melayu kawasan bandar memang sama ngan zaman PAP 1963 1965.
Tapi ade kebaikan kalu dah masuk, dah "turnover" "make over" bolih jadi kuda "trojan"atau "mole"..
Kapada Melayu Ampang dan Cheras yang dah masuk DAP, saya cadangkan anda semua belajaw Bahase Mandarin,tulisan Mandarin dan juga antar anak anak ke sekolah cina, baru lah dapat manafaat sepenuhnya di dunia Selangor.Belajaw kantonis pun ok,banyak wayang drama Kantonis di TV.
Tapi Satu aje,tak payah kempen dan Dakwah kpd Jenise dan Teresa,dia orang dah lam jadi anak murid pati pas.
Nanti anda kena sebiji ayat ...
atau dua ....
changkat lobak.
arjuna waspada.