Translate

Wednesday, November 28, 2012

Najib Mahu Anggota Umno Siapsiaga Dalam Menghadapi PRU-13

 Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kesiapsiagaan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang merupakan amanat utama Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umnno 2012.

Dalam Taklimat Presiden sempena perhimpunan agung ke-66 itu, Najib mengingatkan perwakilan supaya bekerja keras dan lebih agresif dalam memenangi sokongan rakyat.

Aspek kesatuan turut diberi penekanan untuk memastikan parti terus mantap dan berjaya pada pilihan raya umum nanti.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata Perdana Menteri menekankan supaya kesiapsiagaan parti terus kekal dan mantap dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sunday, November 4, 2012

Najib VS Hadi di Pekan.

 Najib vs   Hadi
Presiden PAS,  Dato Haji Hadi Awang  telahpun menyatakan hasratnya untuk bertanding merebut kerusi MP Pekan menjelang PRU13.

Kawasan MP Pekan adalah kawasan yang disandang oleh DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai Presiden PAS, sudah pasti Haji Hadi mempunyai kuasa pemutus untuk merealisasikan hasratnya. Hanya Allah SWT saya yang mempu menentukannya.

Bagi golongan Anwarinas dan Parasit PAS dalam PAS, sudah pasti hasrat Haji Hadi itu mereka sambut dengan girang. Mereka tahu dan faham bahawa Haji Hadi merupakan ketua kelompok yang lebih condong kepada golongan ulamak dan sepasukan dengan Mantan Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Haji Hadi dan Nasaruddin pernah menjadi kontroversi berkait dengan isu "Kerajaan Perpaduan".

Tentunya DAP kini tersenyum simpul. Haji Hadi telah menyatakan sesuatu yang selama ini DAP tunggu-tunggu. Mereka meragui Kumpulan Haji Hadi akan menentang dan belot kepada perjuangan Pakatan Rakyat setelah melihat transformasi Najib yang ternyata berjaya merobah kekuatan UMNO dan Barisan Nasional.  Malah Najib telah mencipta landskap politik baru dalam negara dan telah mampu meredakan Tsunami politik yang melanda dengan ganas semasa PRU12.

Sekurang-kurangnya bagi Haji Hadi, DAP perlu perlu yakin bahawa mantan "ketua kumpulan" Kerajaan Perpaduan yang sering menghantui keutuhan pakatan politik mereka kini sudah sanggup menentang Perdana Menteri di kawasan kubu kuatnya, padang permainannya.

Apakah benar Haji Hadi ikhlas menunaikan hasratnya menentang Najib di Pekan atau sekadar gimmik politik? Apakah penyataan Haji ini sekadar "please" DAP atau menyenangkan hati DAP? 

Datuk Abdul Rahman Dahlan, MP Kota Belud dan Setiausaha BN Sabah, ketika ditanya mengenai hasrat Haji Hadi bertanding di kawasan MP Pekan menyatakan - "why would he prefer to retire wt humiliating defeat?". Maksudnya "Kenapa Haji Hadi memilih untuk bersara politik dengan kekalahan yang memalukan?"

Sebagai rekod, dalam PRU12, Kawasan MP Pekan telah dimenangi oleh DS Najib dengan majoriti 26,464 berbanding 22,922 semasa PRU11. Bernakna meningkat hampir empat ribu.

P.85 PEKAN-Pahang: Jumlah Pengundi: 58,217
Peratusan Kaum: M: 92.96% C: 2.88% I: 0.91% L: 3.25%

1. Datuk Seri Najib Tun Razak (BN) (36,262)
2. Khairul Anuar Ahmad Zainudin (PKR) (9,798) Majoriti: 26,464
Jumlah undi: 47,321
Peratus mengundi: 81.28%
Undi rosak: 1,261Penyandang: Datuk Seri Najib Tun Razak (BN)
(Majoriti: 22,922 undi)


Hasrat Haji Hadi untuk bertanding MP Pekan turut direstui Mursyidur Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Ini bermakna halangan kepada hasrat Haji Hadi sudah nyata "clear" dan tiada melainkan jika penyataan hasratnya sekadar "main-main" atau ada maksud tersirat yang akhirnya dia tidak menunaikannya. Jika ini berlaku bagaimana pihak lain untuk menerima "hasrat" pemimpin seperti Haji Hadi di lain waktu?

Ramai pihak yang sudah mencabar Haji Hadi untuk terus menunaikan hasratnya jika dia benar "anak jantan". Presiden UMNO vs Presuden PAS sudah pasti akan menjadi tumpuan perhatian, bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat global. 

Presiden PAS tidak perlu gentar dengan rekod kekalahan pembangkang di MP Pekan pada PRU12. Rekod itu satu hakikat dan satu catatan sejarah. Presiden VS Presiden juga satu sejarah dalam politik Malaysia. Jika Haji Hadi menarik diri dari bertanding di MP Pekan, ianya juga akan menjadi catatan sejarah. Sejarah di mana 'hasrat" menjadi satu perkara lelucon dan bahan ketawa umum yang tidak mempunyai apa-apa nilai positif.

Thursday, October 11, 2012

PERANG BANYAK SEGI PEMBANGKANG DI SABAH.


Yang Penting “lawan tetap lawan”
Jika ‘denial’ menjadi amalan biasa Pakatan Pembangkang di Semenanjung Malaysia, di Sabah amalan itu sudah tidak dapat dibendung. Menafikannya akan hanya membawa kepada perpecahan yang semakin sukar, semakin panas.

Penyertaan golongan veteran BN menyokong Pakatan Pembangkang di Sabah menyebabkan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar bin Ibrahim, mendabik dada mengatakan bahawa ‘ini tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Sabah’ ini katanya satu “precedence”.

Penyataan Anwar Ini jelas menunjukkan bahawa Anwar mudah alpa sejarah politik Sabah apabila memuncak “keseronokannya” berhujah. Dia alpa mengenai fakta yang berada di hadapan matanya. Kemungkinan amalan in denial terus mengalir dalam nervenya masa itu!.

Datuk Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing merupakan pemimpin yang pernah melompat meninggalkan kerajaan Parti Bersatu Sabah. Lajim meninggalkan PBS menyertai UMNO. Manakala Bumburing meninggalkan PBS dan menyertai UPKO. Kedua-dua Lajim dan Bumburing pernah menjadi pemimpin masyarakat dalam kerajaan Berjaya. Bukankah telah berlaku penghijrahan pemimpin USNO menyertai BERJAYA semasa kerajaan USNO sedang memerintah?

Saturday, October 6, 2012

Dakwaan Pembangkang BN Gagal Bawa Pembangunan Di Sabah Pembohongan Besar - Pairin

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
KIULU, 5 Okt (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menegaskan dakwaan pembangkang Barisan Nasional (BN) gagal membawa "apa-apa pembangunan" untuk rakyat dan negeri Sabah sejak 49 tahun lepas adalah satu pembohongan besar.

Sambil menyifatkan ia sebagai usaha pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang, beliau berkata rakyat boleh melihat sendiri pembangunan yang berlaku di negeri ini daripada pelbagai segi seperti kemudahan asas, infrastruktur, pendidikan, bekalan elektrik dan air.

"Sejak saya berkecimpung dalam arena politik pada tahun 1975 atau 1976, saya melihat sendiri bahawa negeri Sabah suatu ketika dulu banyak kekurangan termasuk daripada segi prasarana, infrastruktur, pendidikan, bekalan elektrik dan air.

"Namun keadaannya kini jauh berubah. Terdapat perubahan yang ketara di mana banyak kemudahan yang kita boleh lihat sendiri sekarang seperti jalan raya, elektrik, bekalan air, sekolah dan institusi pengajian tinggi (Universiti Malaysia Sabah) di Sabah termasuk di kawasan Kiulu," katanya.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian mesyuarat Agung PBS Bahagian Kiulu di Dewan Serbaguna Kiulu, di sini, pada Jumaat.

-- BERNAMA

Thursday, October 4, 2012

Filmmakers: Why must we go to KL for a complaint?

Abu Bakar Elah.
Kota Kinabalu: Local filmmakers are grieving over the prevalence of copyright piracy in the State and the monopoly of peninsula-based media productions on Astro's Channel 180.

Both issues were discussed in a dialogue between local filmmakers and State strategic players at the Grand Borneo Hotel, Monday.

Present were the Film Censorship Control and Enforcement Secretary Razak Drahman, Home Affairs Ministry (KPDNKK) Asst Enforcement Officer Hasim Mohamad, member of Film Censorship Board (Astro) Fauzi Abduri and Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) Compliance and Monitoring Director Aly Shaharom.

Local filmmakers complained of too much bureaucracy in reporting a copyright piracy case to the right department.

"Why do we have to go to Kuala Lumpur in order to report this? Why can't we do it here locally? It is expensive to produce a telemovie, then we are asked to go all the way to Kuala Lumpur just to report when someone steals our productions," said local artiste Abu Bakar Elah.

They also suspect a syndicate is behind the activity and worry that should anybody dare to report the crime, the syndicate will target that person. Other participants also urged not to wait for producers to make reports before any action is taken. "Why can't the enforcement just arrest these perpetrators when they see them selling pirated stuff?"

Abu Bakar complained about the price of the hologram and label required for every CD or DVD produced to indicate the authenticity of the media production. "Even before we put our products in the market, we already have to pay for these.

Since we have already paid for them, the Government should be able to guarantee that our creative production would not fall victim to this crime," he said.

The process of requesting for the hologram and label also needs to go through the National Film Development Corporation (Finas). "This also takes time. Why can't we have our own centre here to apply for these things locally? It will definitely speed up the process.

Once, when I called asking about my order, the person I talked to was very rude," reported Masnah, another local filmmaker.

Commenting on the issues, Razak admitted that the piracy problem is getting out of hand. "It is not easy to curb this activity. The Ministry also has very limited enforcement staff. Therefore, we ask that those who suspect that their production had fallen prey to this activity immediately report the matter to us," said Razak.

However, he advised that police always accompany any enforcement operations. He assured participants protection under the law. "If you feel threatened, make a police report. We have laws, and I am sure the police will give you full cooperation," said Razak.

Regarding the price of hologram and label, Ministry Assistant Enforcement Officer Hasim Mohamad said he would bring the matter to a meeting soon and look into the possibility of reducing the price. Currently, CD/VCD/DVD produced costs the producer RM1.10 each.

On the second issue, the participants complained that the Astro Channel 180 or TVi is being monopolised by production houses from the peninsula although it was promised to be a channel that will become a platform for production houses in Sabah and Sarawak.

"Look, they have TV1, TV2, TV3 and all other channels to monopolise.

Why would they intrude this channel too? How can we express our own arts if the only place we can count on will not let us do it?" they complained.

The participants said that the proposal to grant Sabah and Sarawak only 40 per cent of airtime is ridiculous. "If you said it's 40 per cent, then only 20 per cent for Sabah and the other 20 per cent for Sarawak. At least, give us 80 or 90 per cent," they said.

They also hope the channel is made available free for Sabah and Sarawak viewers. That way, they argued, all people in Sabah and Sarawak will be able to watch this channel just like they can watch TV1 and TV2 for free.

Speaking on behalf of Astro, Aly said that he will bring the matter to Astro's attention in their coming meeting. "I understand how you feel. It is true, the quota for peninsula-based production houses is too big. I will discuss the best way to slowly lessen the number of programmes originating from the peninsula and to increase the number originating from Sabah and Sarawak.

Other issues raised were the bias towards some political parties of some news contents and the choice of movies screened during prime time.

The participants also questioned the absence of Finas in the dialogue. "The last time we had this dialogue, most of the problems we raised were related to Finas. So it is quite disheartening that Finas is not here today, as if they are just turning a blind eye to our problems," said Abu Bakar.

The half-day dialogue attracted more than 100 participants consisting of mainly local artists, filmmakers and business owners.




Sunday, September 23, 2012

MAIJOL SUDAH MULA BATTLE ROYAL MEMBASMI KEMISKINAN?

Battle Royal Pertama: Maijol VS Mandiau

PRU13 semakin hampir. Pertembungan parti-parti merebut kerusi pastinya lebih hangat. Perebutan menjadi calon lebih hangat, malah luar biasa hangatnya. Pergelutan "candidate wannabe" semakin panas membuak-buak bagai Battle Royal atau Survival of the fittest.

Di Sabah, menyedari hakikat bahawa Barisan Nasional telah kehilangan mejoriti 2/3 kerusi parliment, ramai yang beranggapan bahawa Kerajaan kini adalah lemah dan bakal tumbang. Yang tumbang akan berganti. Untung sabut akan jadi YB. Peluang konon terbuka luas. Masing masing masuk "Gelangang Battle Royal".

Battle Royal pertama dalam Pakatan Rakyat di Sabah bermula di Kota Marudu. Dilemma yang sudah diduga  bahawa pergelutan menjadi calon dalam PRU13 akan berlaku dan ianya akan berlaku dengan lebih hebat menjelang pembubaran parlimen untuk memberi ruang kepada PRU13.

Dt. Maijol Mahap mantan senator BN-UPKO dan mantan Naib Presiden UPKO meninggalkan BN-UPKO dengan menjadikan "kemiskinan" sebagai alasan pokok. Apakah dia sudah memulakan kerja membasmi kemiskinan sejak meninggalkan BN-UPKO?

Anthony Mandiau, Ketua cabang PKR Kota Marudu, mengatakan bahawa semasa dia menyertai PKR, meninggalkan BN-PBRS pada tahun 2007 (kerana hendak bertanding PRU12-2008), telah ditertawakan Maijol. Bagi Maijol, langkah Anthony itu adalah satu langkan yang salah. Now let see who is talking!!
“It now seems that my friend [Mahap] has his own plans. He quit BN so that he can contest in the coming election on a Pakatan ticket. “When I joined PKR in 2007, Upko leaders including Mahap laughed at me… they were telling the people of Kota Marudu that my move was wrong as I was joining a political party that had no following. Now they want to join us,”-Mandiau
Senario Battle Royal seperti ini BESAR KEMUNGKINAN akan berlaku di Tuaran, Papar/Kota Belud, Beaufort dan Labuan. Kawasan-kawasan ini merupakan kawasan-kawasan di mana PEMAIN LAMA PENDATANG BARU, seperti DSP Haji Lajim, DT. Wilfred Bumburing, Dt Maijol Mahap, Dt Hj Yahya Lampong dan TS Ibrahim Menudin bertapak dan berhajat besar untuk menjadi calon PRU13.

Dalam PKR besar kebarangkaliannya, Battle Royal menjadi calon akan berlaku dengan hebat. Di kawasan lain jika incumbent Ketua Cabang PKR diketepikan dalam PRU13, Battle Royal ini akan berpanjangan dan hanya "the fittest will survive". Hakikatnya pemimpin-pemimpin PKR ini menyertai PKR UNTUK BERTANDING atau YB Wannabes. Dalam PRU12, bila hasrat mereka tidak dilayan, mereka menentang Pakatan Rakyat dan menyokong lawan Pakatan Rakyat.

APAKAH memang menjadi TRADISI PR khasnya PKR bahawa bila sahaja Parlimen DIBUBARKAN  dan penamaan calon bakal dilaksanakan, PKR turut berpecah?

Pergelutan Maijol-Mandiau mula dilihat parti-parti pembangkang lain sebagai KEGAGALAN PKR menyatupadukan rakyat Sabah. Naib Pengerusi SAPP Kota Marudu, John Mitah Mikat, sudah mula meleparkan tuduhan sedemikian. STAR sudah pasti semakin merancakkan gerakan RISIKANYA memburu calon yang sesuai di mata rakyat kawasan itu. Pertanda SAPP dan STAR akan menyertai Battle Royal menjadi calon semakin jelas kelihatan. Peluang telah terbuka. Sesuai dengan slogan konvensyen STAR, "Kalau Bukan Kita Siapa Lagi, Kalu Bukan Sekarang Bila Lagi"....Ini kali Lah!

Sebagai rekod, boss STAR Sabah, Dr. Jeffrey Kitingan pernah bertanding di MP Kota Marudu atas tiket BN. bagaimanapun, dia kalah di tangan Dr. Maximus Ongkili (PBS). Dr. Maximus adalah "legitimate uncle" kepada  Dr. Jeffrey. Dr. Jeffrey juga pernah menentang "legitimate brother nya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di MP Keningau tetapi Dr. J kalah dengan majoriti BN yang besar.

Battle royal yang bermula di Kota Marudu ini adalah satu "keterangan" bahawa ABU-Asal Bukan Umno adalah satu gagasan yang akan menemui kegagalan di Sabah. Opponent PR dalam PRU13 di Sabah BUKAN HANYA UMNO semata-mata, tetapi BN dan komponennya dan parti-parti pembangkang yang lain.

Gambaran Battle Royal (to be) di Sabah ini sebaiknya menjadi tontonan BN di Semenanjung Malaysia.  Apa yang berlaku di Sabah, yang cuba ditayangkan Anwar di Sememnjung Malaysia, adalah satu "political movie with bad ending". Persepsi, Sabah akan diperintah PR selepas PRU13, yang cuba dimainkan oleh Anwar di mana sahaja dia berucap, adalah satu retorik dan persepsi yang "SARAT DENGAN KETERDESAKAN UNTUK MENJADI PM". Hakikatnya, Battle Royal ini hanya akan berakhir dengan "kecederaan parah" di pihak pembangkang. Di penghujung Battle Royal, akan menampakkan bahawa rekod PRU12, most likely will be repeated dalam PRU13 nanti.

Apakah Karpal Singh akan MARAH sekali lagi "bahawa Anwar telah melakukan banyak kebinasaan dalam negara ini" seperti yang pernah dinyatakannya sewaktu Anwar asyik dengan 30 MP Sabah dan Sarawak akan menyertai PR? Apakah Karpal akan marah lagi kerana Anwar sekali lagi asyik menceduk pemimpin yang "luput dan bakal diluputkan" di Sabah?

Sesuangguhnya Battle Royal ini telah melalaikan "pembasmian kemiskinan" atau sememangnya 'rakyat miskin" hanya menjadi alat dan isu untuk merealisasikan "Candidate Wannabe" kalaupun tidak YB Wannabe.

Wednesday, September 12, 2012

PENGHINAAN TERHADAP SUMAZAU OLEH SUARA PAKATAN RAKYAT MENANAMKAN KEBENCIAN.

Penghinaan dari pemikiran yang rosak dan tidak bertamadun.
Marah anak-anak Sabah semarah-marahnya. Sumazau dihina. Sumazau satu tarian yang dipelihara dan dihortmati sejak zaman berzaman. Menjadi warisan dan khazanah budaya. 

Pelancong asing memuji dan mengkagumi Sumazau. Penghinaan jijik terhadaap Sumazau pasti menyinggong perasaan Rakyat Sabah terutama dari Suku kaum Kadazan Dusun danMurut. Perasaan mereka terguris. Pedih bercampur marah.

Kenapa puak-puak Suara Pakatan Rakyat, yang tentunya berkait rapat dengan Pakatan Rakyat, menghina Sumazau demikian rupa. Hina sungguh perangai ini. Pemikirannya bak manusia bacul!

Kata-kata puak ini, "Tarian sumazau untuk golongan rendah akhlak......nampak bodoh mengepak-gnepak macam burung... kita di Semenanjung nampak lebih moden dan bertamadun.....tarian Sumazau yang ketinggalan zaman...."

Kenyataan itu menghina. menguris hati rakyat Sabah dan suku kaum KDM. Mereka yang terlalu marah sehingga berazam "membenamkan Pakatan Rakyat pada PRU13".

Thursday, September 6, 2012

"Hancur Peliwat", "Hidup Rakyat" "Hancur Hancur, Hancur PKR"

Kumpulan Barisan Bersatu Nambikki mengadakan demo pada 5 Sept 2012 di hadapan  Ibu Pejabat PKR-Pakatan Rakyat
Mereka melaungkan "Hancur Peliwat", "Hidup Rakyat" "Hancur Hancur Hancur PKR".mesej utama yang hendak disampaikan ialah bantahan terhadap Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai individu yang menggalakkan pengibaran Bakal Bendera Republik Malaysia oleh ahli-ahli dan penyikong AMK-Angkatan Muda KeADILan PKR.

Mereka tidak mengganas atau merosakkan harta benda awam seperti yang dilakukan penunjuk perasaan Bersih3. Mereka terus ke Ibu Pejabat PKR di PJ untuk menyuarakan bantahan mereka.

"ANWAR TIPU RAKYAT" itulah perkataan yang terpampang di atas banner mereka. Mesej itu khas ditujukan kepada Anwar sebagai individu dan PKR-Paakatan Rakyat sebagai organisasi ang diketuai Anwar.

Mereka ini sebilangan besar terdiri dari bekas pengikut Anwar dan PKR-Pakatan Rakyat. Kini, mereka menentang Anwar dan menentang PKR-Pakatan Rakyat.

Dulu tidak terdapat penentangan terbuka secara berdemo terhadap PKR-Pakatan Rakyat seperti ini. Dalam keadaan itu PKR-Pakatan Rakyat tidak berupaya menumbangkan BN untuk merebut dan menguasai Putrajaya. Kini, penentangan kerhadap PKR-Pakatan Rakyat datang dari berbagai sudut, apakah ini peranda bahawa PKR-Pakatan Rakyat sedang mengalami swing ke bawah atau semakin menurun?

Jika dinilai keterdesakan Anwar mendapatkan sokongan Pemimpin politik dari Sabah, kemerosotan PKR di Semenanjung Malaysia dapat dirasakan. Pemimpin yang bakal diblanko namanya pada PRU13, masih diterima dan tetap anjung sanjung Anwar di pentas-pentas ceramah PKR-Pakatan Rakyat. Anwar dan PKR-Pakatan Rakyat tampak terdesak menerima untuk menyertai parti pembangkang khasnya PKR.

Namun demikian, Lajim, Bumburing dan Maijol belum dan tidak terburu-buru menyertai PKR-Pakatan Rakyat. Lajim mula memeningkan Anwar dan PKR-Pakatan Rakyat. Skandal RM50 juta sekolah Islamiah Beaufort, peojek yang tidak wujud, mula terbongkar dan tersebar.

Bumburing pula semakin mengeruhkan politik PKR-Pakatan Rakyat di Tuaran. Jika dia mendesak untuk bertanding di Tuaran (MP) atau Tamparuli (DUN), ianya akan hanya memudahkan lagi BN untuk memenangi dan mempertahankan BN..

Maijol pula terpaksa berdepan dengan pergeseran dengan pemimpin-pemimpin PKR-Pakatan Rakyat di Kawasan Marudu. Silap perhitungan , mereka akan bertanduk sesama mereka.

Apakah langkah Anwar di Sabah ini akan membangkitkan lagi kemarahan DAP khasnya Karpal Singh, seperti yang berlaku dengan kes "I have the number" (30 MP BN yang diuar-uar Anwar akan menyertai PKR-Pakatan Rakyat)?

Apapun yang berlaku, jelas kelihatan bahawa PKR-Pakatan Rakyat dilanda "decay syndrome". Semakin ramai yang meninggalkannya semakin ramai yang menentangnya.

Monday, September 3, 2012

"RM50 million Islamic college does not exis"..Lajim’s defection is not Umno’s loss


"Lajim is carrying too much baggage"..Is Anwar willing to spare his room?
PETALING JAYA: The real reason why Sabah veteran politician Lajim Ukin resigned from all his posts in Umno and threw his support behind Anwar Ibrahim’s Pakatan Rakyat was because of a scandal that is about to explode, popular blogger Raja Petra Kamarudin said today.

He said that Lajim had realised that he had no future in Umno and that he would not be selected as a Barisan Nasional candidate for the coming general election.

“Lajim is carrying too much baggage. And this baggage is going to be revealed immediately after nomination day of GE13,” Raja Petra said in his Malaysia-Today portal today.

Raja Petra added that Sabah Chief Minister Musa Aman knew about the scandal and that Lajim was to be dropped as a candidate in the coming general election as a result of the scandal.

“Realising that his future is no longer bright, Lajim woke up one morning and decided to join the opposition to fight for reforms.” Read more....Lajim’s defection is not Umno’s loss...

SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGA...WALAUPUN TUPAI MASIH JUGA TERUS MELOMPAT DI ATAS TANAH NAMUN JERAT MUDAH MENGENA.... ANJING GANAS MUNGKIN MENANTI DI HADAPAN...

Friday, August 31, 2012

"Bangsat" dan "Kepala Otak"

Sedang SL melayari beberapa blog lewat malam ini, seorang sahabat yang mendokong perjuangan PAS yang melayari lama FB tiba-tiba bingkas dan bangun dan berkata..... "Bangsat"

Lalu SL bertanya. Kenapa dengan you Jah? Whats wrong Jah (hajah)?

Dia berdiri dan memusingkan notebooknya ke arah SL. Tiba-tiba wajahnya bertukar menjadi merah dan bergenang airmata di kelopak matanya.

SL terus bertanya dan mendesak . Whats wronggg? sambil melihat posting di FBnya..

Dia menjawab "Kepala otak dia" sambil airmatanya mula menitis di pipinya. SL lihat gambar Bendera Republik yang terpampang di notebooknya. Gambar bendera republik semasa demonstrasi perayaan Janji Demokrasi Hari Kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Pembangkang di Dataran Merdeka...

SL lihat dia amat kecewa....

SL fikir, bukan sedikit mereka di luar sana yang kecewa seperti kekecewaa rakan baik SL. Memang bangsat kata hati SL.. Kami terus beredar meninggalkan cafe itu bagai terhalau.

Setibanya SL di rumah, SL tulis kisah ini. Memang "bangsat" memang kerja "Kepala otak" yang GILA.

Wednesday, August 15, 2012

DILEMMA...

Bumburing, Lajim dan Maijol. Gelanggang politik kini terbentang di hadapan anda.
Keadaan politik Sabah kembali tenang tanpa kehadiran DS Najib Tun Razak, tanpa kehadiran DS Anwar Ibrahim dan tanpa kehadiran pemimpin pusat. Sabah kembali tenang terutama menjelang tibanya Shawal.

Ayam-ayam tambatan baru Anwar, Dt. Lajim, Dt. Wilfred dan Dt. Maijol kini dibebaskan ke galanggang politik masing-masing dan kini bebas menentukan hala tuju dan strategi masing-masing. Mereka kini sepatutnya sudah mula merasakan bahang politik tanpa penyertaan politikus luar yang sering mereka anggap sebagai pemegang kunci pintu gerbang "perang" politik tanahair.

Bumburing akan mengatur sendiri gerak tindakan politinya. Kemungkinan besar dia akan terpaksa menghadapi tentangannya yakni sahabat lamanya, Dt Wilfred Madius Tangau, orang yang pernah berkorban politik semata-mata memberi laluan kepadanya mengosongkan MP Tuaran pada PRU12. Dalam PRU13, kemungkinan besar berlaku Wilfred VS Wilfred, orang Tuaran kata. Namun, hakikat politik sememangnya demikian. Tiada rakan politik selamanya dan tiada musuh politik selamanya.

Tuan Haji Ansari Abdullah dan Datuk Kalakau Untul di Tuaran tidak kurang pengaruhnya. Mereka kini berada dalam satu kapal dengan Bumburing. Jika melihat kepada perjuangan dan kekananan dalam politik Tuaran, nampak jelas Bumburing hanyalah layak dijadikan pendayung, bukan sebagai Nahkoda. Penekanan yang berlebihan terhadap Bumburing oleh Anwar dan Pemimpin PR Pusat hanyalah akan mengundang dilema yang lebih besar dalam kontek politik pembangkang di Tuaran. Mungkin Anwar sedikit terlanjur dan keterlaluan menyatakan bahawa penyertaan Bumburing menyokong PR merupakan "turning point" bagi politik Sabah malah politik tanahair. Bagi penduduk Tuaran, ianya hanyalah perkara biasa yang sudah lama diduga.

Lajim juga akan terpaksa menghadapi tentangannya yang terdiri dari mantan anak-anak buahnya yang telah bertungkus lumus memenangkannya pada PRU12. Lajim juga terpaksa menghadapi cabaran dari Cabang PKR yang sedia wujud untuk masing-masing terpaksa melakukan pengorbanan politik jika pucuk pimpinan PR mahu Lajim diketengahkan sebagai calon MP bagi Beaufort pada PRU13.

Maijol pula terpaksa berhadapan dengan Dt. Dr. Maximus Ongkili, pemimpin kanan PBS dan seorang menteri penuh dalam Kerajaan Persekutuan. Dalam masa yang sama, Maijol terpaksa melepasi Anthony Biri Mandiau (PKR), satu-satunya calon PKR dalam PRU12 yang berjaya memperolehi undi yang agak banyak berbanding mana-mana calon PKR yang lain. Itupun jika Maijol dipilih sebagai calon MP bagi kawasan Parlimen Marudu.

Maijol terpaksa terkial-kial di kawasan Marudu. Tentangannya pada PRU13 bukan calang-calang. Timbalan Presiden PBS dan seorang Menteri Penuh dalam Kabinet Persekutuan, Dr Maximus Ongkili. Semasa kemuncak kekuatan BN, Dr. Max pernah ditentang Dr. Jeffrey Kitingan tapi Dr.J. kecundang. Maijol juga terpaksa memohon ehsan Anthony Mandiau dan DT. George Sangkin, mantan MP semasa PBS yang menyertai PKR, yang masing-masing menaruh harapan untuk mewakili kawasan itu 

Anwar semasa kedatangannya ke Sabah menyambut penyertaan ketiga-tiga pemimpin di atas, bagai berpesta sebuah kemenangan besar. Bertaburan janji manis dilemparkannya pada semua perjumpaan umum yang dihadirinya. Bagaimanapun setelah kepulangannya ke Kuala Lumpur, janji yang dilemparkannya mula diragui rakyat Sabah dan ramai yang menganggapnya sekadar gula-gula pilihanraya yang "mustahil" dapat dipenuhinya. 

Alaun warga emas RM650.00, RM100.00 bagi anak yang baru lahir sehingga berumur 18 tahun, Pendidikan PERCUMA dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti, Gaji mimima RM1,100.00, bantuan kematian RM1,000.00, 20% royalti minyak dan menilai semula perjanjian 20 Perkara. Bagaimanapun kali ini, dia tidak menyebut soal autonomi untuk Sabah dan Sarawak seperti yang pernah dilaung-laungkannya sebelum ini.

Too good to be true. Itulah perkataan yang biasa diungkapkan di Sabah selepas Anwar menaburkan janji-janjinya. Sesetengah yang fanatik dan terpesona dengan "kata-kata" manis Anwar condong kepada memberikan Anwar peluang. "Bagilah dia satu term lepas itu jika dia tidak tunai janjinya kita akan jatuhkan dia balik".. Begitulah pendapat sebahagian. Mereka fikir kerajaan itu macam beli baju raya. Beli baru raya kali ini, raya depan beli yang lain pula.....

Di kawasan-kawasan yang dikuasai BN (UMNO) di Sabah, kedatangan Anwar menyebabkan mereka lebih firm, lebih bersatu dan lebih kental. Termasuklah kawasan Beaufort yang suatu waktu dulu diwakili Lajim. "Lajim menyertai perjuangan PR bukan masalah UMNO..itu masalah peribadinya"

Bagi golongan muda di Beaufort, pemergian Lajim merupakan satu rahmat kerana Lajim telah lama menduduki politik Beaufort yakni sejak Berjaya, PBS dan UMNO. Kali ini golongan muda berpeluang menggalas kepimpinan politik Beaufort yang anggap dikuasai Lajim yang sudah bergelar veteran. Bukankah golongan muda menjadi favorite pada alap politik baru masa kini?

Dalam apa jua keadaan, kedatangan Anwar ke Sabah TIDAK dapat dilihat sebagi berupaya menyatukan penduduk Sabah terutamanya rakyat Sabah KDM. PBS, UPKO dan PBRS yang menjadi tonggak KDM masih firm mendokong kerajaan BN. Masih ramai yang menyatakan bahawa politik yang dibawa Anwar ke Sabah hanya mempromosi perpecahan perpaduan kaum di Sabah yang terdiri dari 32 ethnik yang sudah lama terjalin. 

Benarlah seperti kata Dr. J bahawa dia tidak sanggup diperalat orang KL untuk politiknya semasa dia membakar Jambatan dengan PKR. Kerana itulah setakat ini barisan calon-calon PR bagi PRU13 tidak dapat dinyatakan dan impian 1215, one to one fight, tidak dapat direalisasikan. Malah ada pihak yang menyatakan bahawa pada saat PR mengumumkan calon-calonnya bagi PRU13, pada saat itu juga lah akan terserlah perpecahan yang lebih besar di antara parti-parti pembangkang di Sabah. Seterusnya penentangan pembangkang terhadap Anwar akan berlaku.

Parti-parti pembangkang dan pemimpinnya di Sabah mempunyai agenda masing-masing. Mereka juga mempunyai penyokong dan pendokong yang seimbang. Penyokong-penyokong ini pula lebih fanatik terhadap idelogi yang dibawa oleh organisasi dan pemimpin-pemimpin merekan masing-masing. Apakah mudah bagi pimpinan parti pembangkang ini untuk mengikut telunjuk Anwar, Lim Kit Siang atau Haji Hadi Awang?

Antara mereka ada yang saling meragui. DAP menuduh STAR sebagai Parti yang hanya berupaya memenangkan BN. Timbalan Presiden (kouta Islam) SAPP, Amde Sidek sudah bertegang leher dengan Timbalan Presiden STAR, Awang Ahmad Shah Datuk Haji Awang Sahari tentang kelayakan bertanding di kawasan tertentu. Ini berlaku apakala Ande menyatakan jumlah kawasan yang hendak ditandingi SAPP sebagai parti yang berkonsepkan multiracial dan mengenepikan Parti yang "berkonsepkan komunal" seperti STAR. Pada saat itu, Awang Ahmad Shah menyatakan bahawa perundingan dengan SAPP hanya membuang masa jika pengaruh STAR diketepikan semata-mata sifatnya sebagai parti bercorak "komunal". 

Setetengan pemimpin akar umbi pembangkang yang lain pula menganggap STAR sebagai "pelacur politik" setelah Dr. J mengesyorkan agar parti-parti dari Semenanjung Malaysia memberikan peluang kepada UBF (United Borneo Front) untuk bertanding di Sabah tanpa gangguan parti-parti dari Semenanjung Malaysia. Selepas itu katanya, mereka akan bersatu selepas PRU13. Tentu sekali kewujudan PPS (Parti Pembaharuan Sabah) yang diketuai Bumburing dan Lajim menjadi saingan kepada UBF jika tidak memberi tamparan kepada STAR dan Kelab USNO.

Gambaran ini, hanya sekelumit dilemma dan masalah ketidak seragaman pembangkang di Sabah. Individual right dan hak bertanding adalah hak masing-masing yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Hak menentukan siapa yang layak memimpin dalam pembangkang BUKAN hak Ketua Umum PR merangkap Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia iaitu Anwar Ibrahim. Pada saat Anwar menguatkan genggamannya, SL fikir, pada saat itu juga dia akan terpaksa menghadapi tentangan baru dari parti-parti pembangkang Sabah selain terpaksa menentang BN.

Monday, August 13, 2012

Mampukah Bumburing Mengganti Peranan Jeffrey?

Politik Jeffrey dan Bumburing pernah dan masih dibayangi Pairin.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan pernah memenangi kerusi DUN Bingkor, Keningau atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS). Datuk Wilfred Mojilip Bumburing juga pernah memenangi Kerusi DUN Tamparuli atas tiket PBS. Kedua-dua mereka memenagi kerusi itu ketika mereka di bawah pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS.

Bumburing kalah  pada PRU10 di DUN  Tamparuli, di tangan Calon PBS, Edward Linggu setelah Bumburing meninggalkan PBS dan menyertai UPKO.  Jeffrey juga kalah di DUN Bingkur di tangan Justin Gunka BN (UPKO). Kedua-dua mereka kalah setelah membelakangkan kepimpinan Huguan Siau, TS Joseph Pairin Kitingan. 

Friday, August 10, 2012

Melayu Tidak Berupaya Menyatukan Melayu!

Asal Bukan UMNO kah yang mampu
menyatukan Melayu?
Kumpulan yang inginkan Melayu berpecah sudah pasti merekayasa persepsi bahawa parti siasah yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair, UMNO, tidak berupaya menyatupadukan Bangsa Melayu. 

Mereka sanggup MENGESAHKAN sendiri bahawa Parti Melayu, UMNO, tidak berupaya menyatukan Bangsa Melayu semata-mata cuba meyakinkan umum dengan persepsi ciptaan mereka bagi melemahkan Melayu. 

Apakah mereka yang memperalat Melayu untuk melemahkan Melayu pula yang berkemampuan menyatukan Melayu? Sampai begini lemahkah  Bangsa Melayu ini sehingga tidak mampu lagi berfikir. Daif, sehingga hanya mampu "copy and paste" idea mereka yang mahu melihat Melayu berpecah dan lemah untuk dihidangkan kepada Bangsa mereka, bangsa Melayu?

DAP memang besikap chauvinist dan lahir sebagai parti yang rasis, dulu kini dan selamanya.  Tetapi DAP, melalui PR, mudah memperalat Melayu sehingga Melayu menjadi pak turut mengatakan Parti UMNO dan orang Melayu pula yang bersikap rasis. Ini jelas sebagai strategi "pecah dan perintah". Dalam keadaan inipun yang dilebel sebagai pengamal "pecah dan perintah ialah UMNO! dan yang menuduh perbuatan ini ialah orang Melayu.

Orang lain yang berbuat perkara  "porno" tiba-tiba UMNO yang porno sehingga wujud istilah UMNOPORNO!!. Seakan-akan orang Melayu mempercayai bahawa UMNO lah yang sebenarnya porno!!. Orang lain yang mahu memecah belahkan perpaduan Melayu, tiba-tiba UMNO pula yang dituduh pengamal "pecah dan perintah"!!.

Apakah benar MELAYU SUDAH LAYU? dan orang Melayu juga sudah sedia menerima hakikat kelayuan Melayu ini?

“take care of this properly” -Nalla

Take care of this properly. Bila ditanya mengenai benda ini, dia hanya menjawab "icecream" (klik link di sini untuk membaca ceritanya).

Maijol Mahap: Keluar BN Kerana Nak Bertanding

Maijol Mahap
Anwar akan ke Kota Marudu 12 Ogos ini menyambut penyertaan Maijol Mahap ke Pakatan Pembangkang dari BN (UPKO). Maijol pernah dilantik kerajaan sebagai Senator dan dia adalah Naib Presiden BN (UPKO).

Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, pernah menyuarakan pandangannya bahawa sistem kouta dalam BN menyebabkan sebahagian pemimpin parti dalam komponen BN menyertai parti lawan bagi merealisasikan niat mereka untuk bertanding.

Sejak menyertai Komponen BN 14 tahun yang lalu, Maijol Mahap memang dalam diam menyimpan niat untuk dicalonkan di tanah tumpah darahnya, Kota Marudu. Beberapa usahanya menemui rakyat di Kota Marudu selama berada dalam BN adalah menifitasi dari niatnya untuk bertanding.

Monday, August 6, 2012

Pembangkang di Sabah “Crowding Out”.


CROWDING OUT.
Ahli Parliament BN yang meninggalkan BN pada penggal selepas PRU12 baru empat orang, Datuk Lajim Haji Okin (UMNO), Wilfred Mojilip Bumburing (UPKO), Datuk Chua Soon Bui (SAPP) dan Eric Mojimbun (SAPP).

Yang Berhormat pembangkang sudah keluar dari pakatan pembangkang ialah 13 orang iaitu enam dari PKR (Parti Keadilan Rakyat), lima anggota dewan undangan negeri PKR jadi Bebas, satu dari DAP dan satu dari PAS keluar (parti).

Kemasukan Lajim dan Bumburing ke “parti baru” di Sabah yang condong kepada pakatan pembangkang sama sekali BUKAN lagi sesuatu yang melumpuhkan Kerajaan Barisan Nasional khasnya di Sabah. Keluarnya mereka bukan juga satu kejutan atau renjatan politik di Sabah. Mereka sudah lama disebut-sebut untuk TIDAK lagi diberi peluang bertanding sebagai calon BN dalam PRU13 kerana mereka dianggap sebagai “winnable candidate”.

Tuesday, July 31, 2012

Perjuangan Nasioanal: Professionalisma, Kesetiaan dan kesabaran.


Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden KDCA-Kadazan Dusun Cultural Association; DSP Salleh Tun Said, Presiden USBO-United Sabah Bajau Organisation, dan DSP Haji Lajim Haji Okin, Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS)
Pairin, Salleh dan Lajim adalah ketua suku kaum bumiputera di Sabah. Pairin adalah Presiden Kadazan Dusun Cultural Association-KDCA; Salleh adalah Presiden United Sabah Bajau Organisation-USBO; Lajim adalah Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah-PBBS .

Ketiga-tiga pemimpin adalah ahli politik dan pernah menyertai sekurang-kurangnya tiga parti politik. Pairin (Berjaya, Bebas, dan PBS) Salleh (USNO, Berjaya, PBS dan UMNO), Lajim (Berjaya, PBS, UMNO dan PR).

Kekerapan pertukaran kerajaan di Sabah, dari USNO, BERJAYA, PBS dan BN, menyebabkan ramai pemimpin politik pernah menyertai beberapa parti politik di Sabah. Soal melompat parti atau "katak politik" sudah menjadi isu lumrah politik di Sabah. Jika melompat Parti itu satu jenayah, maka hampir semua ahli politik di Sabah adalah “penjenayah”.

Lajim yang melompat Parti dari UMNO Ke Pembangkang yang condong kepada Pakatan Rakyat memanglah sesuatu perkara yang dianggap PERKARA BIASA di Sabah. Jika Lajim dikatakan sebagai induvidu yang akan menguburkan BN di Puterajaya, itu adalah satu perkara lucu atau bahan ketawa rakyat Sabah. Pemergian Lajim “is no big deal”. Pemimpin datang dan pergi. Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti.

Salleh dan Pairin sudah mengharungi ujian politik yang besar dan getir. Manakala Lajim hanya popular dengan “politik tumpang tuah” dalam kerajaan. Barangkali, inilah masanya Lajim diuji melalui pembangkang. Ini kali lah!

Salleh, bersama-sama pemimpin kanan USBO, TS Pandikar Amin Hj Mulia, Datu Datuk Amir Kahal Tun Mustapha pernah digugurkan sebagai calon BN dalam PRU12 dan tidak diberikan apa-apa peranan penting selepas itu. Dia hanya dilantik Pengerusi Perbadangan Kraftangan Malaysia. Dalam keadaan itu sekalipun, Salleh tidak bertindak menyunsung atau menungkah arus politik Nasional. Salleh tetap bersama kerajaan BN di samping dapat mengawal perasaan dan keadaan “panas” yang menguji suku kaum yang di ketuainya melalui USBO. Professionalisma, Kesetiaan kepada Parti BN dan Kesabaran Salleh dan pemimpin USBO berbaloi sehinggalah Pandikar dilantik Speaker Dewan Rakyat. Salleh pula dilantik sebagai Penasihat Sains dan Tekhnologi kepada Kerajaan Negeri yang bertaraf Menteri. Dia akhirnya dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Pairin bersama-sama pemimpin PBS pernah meninggalkan BN. Khusairi Talib (Kini YB dan Ketua UMNO di UMNO Bahagian Negeri Perak) menyifatkan tindakan PBS meninggalkan BN suatu masa dulu sebagai “MEMBELA MARUAH”. Beberapa ujian politik telah dilalui Pairin sehingga hampir kecundang di MP Pensiangan di tangan Tan Sri Joseph Kurup (BN). Bagaimanapun, Pairin akhirnya menyertai BN semula . Pairin percaya bahawa hubungan Kerajaan Pusat-Kerajaan Negeri perlu dirapatkan melalui pendekatan 3C-consultation, communication and cooperation demi memerlihara keutuhan dan perhubungan nasional. Professionalisma, Kesetiaan dan kesabaran Pairin sudah teruji dan ternyata “lulus” sehingga kini beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerja Raya dan Komunikasi Negeri Sabah.

Professionalisma, Kesetiaan dan kesabaran seperti yang dimiliki Pairin dan Salleh TIADA pada Lajim. Dia melompat dari Berjaya ke PBS kerana Harris Salleh (Ketua Menteri semasa era BERJAYA) tidak memilih beliau sebagai calon DUN Klias dalam PRU. Lajim juga menyimpan luka dengan PBS yang tidak melantiknya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah kouta Islam setelah penyandang jawatan itu, Datuk Ahmad Baharom DSP Haji Abu Bakar Titingan, kalah dalam PRU. Luka itu dibalasnya dengan melompat ke UMNO bersama Datuk Roben Balang (ADUN Kemabong) dan Haji Zaini Isa (YB dilantik)sehingga membawa kerajaan PBS rebah.

Lajim pula, hanya dengan ura-ura bahawa dia tidak akan dicalonkan dalam PRU13, dia bertindak meninggalkan BN-UMNO. Nyata berbeza Professionalisma, Kesetiaan dan kesabarannya dengan Salleh. Salleh telah menggenggam setianya kepada perjuangan Partinya UMNO-BN walaupun telah tidak dicalonkan bersama pemimpin kanan USBOnya Pandikar Amin dan Datu Amir Kahar pada PRU12.

Apakah justifikasi  Pembangkang dan DSAI yang dapat diketengahkan sebagai menyokong bahawa Pemimpin seperti Lajim akan mengubur BN di Puterajaya? Bagi Rakyat Sabah, Lajim yang pergi hanyalah perkara yang normal dan biasa. Tiada perkara yang LUAR BIASA ATAU BIG DEAL dengan pemergian Lajim. Malah Rakyat Sabah tidak akan hairan jika dalam PRU13, Lajim dan kuncu-kuncunya akan menjadi hambatan kepada perjuangan Pakatan Rakyat jika tidak menjadi tentangan dan saingannya

RELATED.
-Sabah BN leaders' exit, polls delay likely.  

Monday, July 30, 2012

Lajim dan Bumburing sudah tiada pilihan.

Ketiadaan Bumburing dan Lajim BUKANlah penyebab lumpuhnya BN di Bahagian-Bahagian itu. Lebih jauh lagi, memberi impak terhadap BN di Bahagian-Bahagian yang lain.
Sementara Pakatan Pembangkang Sabah amat mengharapkan akan timbul parti bumiputera sebagai "faktor pecah undi" tiba-tiba muncul Datuk Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Lajim Haji Okin untuk mengisi harapan mereka. Pada dasarnya penyokong BN harus dan perlu "dipecahkan" bagi menumbangkan mereka. Tetapi dengan Bumburing dan Lajim sahaja, harapan itu akan hanya tinggal harapan.

Pakatan Pembangkang TIDAK boleh terlalu ghairah dengan kemasukan Lajim dan Bumburing dalam Pakatan Pembangkang. Mereka belum pasti memecahkan "undi BN". Sebaliknya, mereka dilihat lebih berkemungkinan besar  "memecahkan undi pembangkang".

Bumburing mengatakan bahawa dia sudah "tiada pilihan". Ini adalah berkaitan dengan syarat dan janji Bumburing bercalon sebagai MP pada PRU12 bagi satu penggal sahaja menggantikan "incumbent UPKO" masa itu Datuk Wilfred Madius Tangau. Penggal berakhir..Jadi apa pilihan Bumburing? Meninggalkan UPKO untuk mencuri peluang bertanding!

Lajim juga memang sudah tiada pilihan. Dia bakal tidak disenaraikan sebagai calon dalam PRU13. Dia sudah berulang kali memujuk PM yang juga Presiden UMNO namun UMNO Negeri Sabah hendaklah dirujuk. Jawabannya tentulah tegas bahawa Lajim tidak disenaraikan. Apa pilihan Lajim?

Bumburing dan Lajim BUKAN faktor kekuatan BN di Sabah. Bumburing dan Lajim pernah bersama dalam PBS sebagai ADUN dan Menteri Penuh dalam Kabinet Negeri Sabah era PBS. Lajim sekali lagi menjadi Menteri Penuh selepas BN mengalahkan PBS dalam PRU11. Manakala Bumburing (BN-UPKO) KALAH di tangan Edward Linggu (PBS...kini menyertai STAR).

Sebagai rekod, pada PRU12, Bumburung memenangi kerusi MP Tuaran atas tiket BN-UPKO:-

P.170-TUARAN
MOJILIP BIN BUMBURING @ WILFRED
BN
17,645
MNG

AJIN @ NAZIN BIN GAGAH
BEBAS
879
HD

UMSERY @ ANSARI BIN ABDULLAH
PKR
11,023


JUMLAH PEMILIH :
40,761

KERTAS UNDI DITOLAK :
979

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :
30,563

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :
37

PERATUSAN PENGUNDIAN :
74.98%

MAJORITI :
6,622
















 
Manakala Lajim memenangi kerusi MP Beaufort atas tiket BN-UMNO seperti berikut:-

P.177-BEAUFORT
LAJIM BIN UKIN
BN
14,780
MNG

LAJIM BIN MD YUSOF
PKR
3,866


JUMLAH PEMILIH :
26,788

KERTAS UNDI DITOLAK :
681

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :
19,346

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :
19

PERATUSAN PENGUNDIAN :
72.22%

MAJORITI :
10,914


Tanpa jentera BN, kemenangan Lajim dan Bumburing tidak akan secemerlang seperti PRU12. 

BN Tuaran dan Beaufort sudah sedia menyusun semula strukturnya. Ketiadaan Bumburing dan Lajim BUKANlah penyebab lumpuhnya BN di Bahagian-Bahagian itu. Lebih jauh lagi, memberi impak terhadap BN di Bahagian-Bahagian yang lain.

Pemimpin politik datang dan pergi. Apatah lagi seperti Bumburing dan Lajim yang SUDAH TIADA PILIHAN. Mereka ghairah sementara. Pembangkang di Sabah juga ghairah sementara sahaja. Bila rakan lama yang ditinggalkan menyusun semula Bahagian dan strategi, pasti pertembungan akan berlaku. Pemimpin yang RAPUH pasti mudah patah dan kecundang.

Friday, July 27, 2012

Lajim: Mengejar impian menjadi Ketua Menteri?

DSP Lajim, Janang Gayuh.

DSP Lajim Haji Okin, semasa dalam PBS, pernah menimbulkan sedikit kekecohan di Istana Negeri Sabah kerana beliau tidak dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah, sebaliknya Datuk Baharum DSP Haji Abu Bakar Titingan dilantik oleh pucuk pimpinan PBS untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri. Lajim mengecap Baharum sebagai "TKM yang kalah" kerana masa itu Bararum tewas di kawasan DUN yang ditandinginya dalam PRU.

Lajim pernah menentang Baharum merebut jawatan Timbalan Presiden PBS kouta Islam dalam Mesyuarat Agung Pemilihan PBS tetapi Lajim kalah. Mungkin inilah juga faktor yang menyebabkan Lajim meninggalkan PBS dalam tahun 1994 dan menyertai UMNO.

Penyertaan Lajim dalam UMNO masa itu sekaligus menjatuhkan kerajaan PBS. PBS mengutuk Lajim sebagai pengkhianat kepada Parti PBS dan Negeri Sabah. Namun Lajim tahu bahawa penyertaannya dalam UMNO masa itu akan memberi jaminan bahawa dia akan diberi tempat dan kedudukan yang baik dalam kabinet negeri Sabah.

DSAI juga dikhabarkan pernah menjanjikan jawatan KM kepada Lajim jika dia menyertai UMNO, namun janji nitu tidak tertunai malah DSAI pula terpecat dari UMNO.

Jika dalam PBS, Lajim dinafikan jawatan TKM, antara lain kerana latar belakang akademik beliau, dalam UMNO Lajim berusaha memperbaiki akademiknya. Beliau mula mengambil kelas tuisyen Bahasa Inggeris bagi memberikannya peluang memperbaiki akademiknya.

Pada suatu ketika Lajim pernah menggunakan "tittle" Dr, satu gelaran yang dianugerahkan oleh salah sebuah University di Britain. Namun selepas beberapa ketika, tittle itu tidak lagi digunapakainya setelah timbul isu kontroversi mengenai "sijil beli" sehingga Kabinet Negeri masa itu terpaksa meredakkan keadaan.

Kini, Lajim meninggalkan UMNO dan menyertai Pembangkang. Bezanya, kali ini, tindakan Lajim tidak menyebabkan pertukaran kerajaan. BN tetap memerintah. Sebab utama yang kedengaran ialah, kemungkinan Lajim tidak lagi menjadi "favorite" pucuk pimpinan BN Negeri untuk dicalonkan semula dalam PRU13. Oleh itu Lajim perlu menyelamatkan kerjaya politiknya dengan menyertai Pembangkang.

Pastinya akan berlaku "vacuum". Tempat Lajim akan diambil alih oleh pemimpin UMNO Bahagian Beaufort. Kemungkinan Lajim juga terpaksa berhadapan melawan mantan pengikuti-pengikutnya dalam UMNO dulu, sudah satu kepastian. Dulu, kekuatan Lajim adalah kerana kekuatan UMNO dan BN di samping pengaruh peribadinya.

Di pihak UMNO, sudah kedengaran kutukkan terhadap Lajim sebagai pengkhianat perjuangan. Sebahagian ada pula yang bertekad untuk mengajar Lajim tentang tinggi rendah langit menjelang PRU13 kelak. Janang Gayuh akan diuji.

Kali inilah kewibawaan Lajim diuji. Pilihan adalah antara Pemimpin "Janang Gayuh" atau BN yang banyak berjasa kepada Negara termasuk kepada Lajim dan Kawasan Pilihanrayanya. Pastinya Kawasan Beaufort akan menjadi "panas" semasa PRU13 nanti. Panas kerana Janang Gayuh pastinya mengejar impian yang dijanjikan DSAI yang belum tertunai.....

(Bersambung).....