Bumburing, Lajim dan Maijol. Gelanggang politik kini terbentang di hadapan anda. |
Keadaan politik Sabah kembali tenang tanpa kehadiran DS Najib Tun Razak, tanpa kehadiran DS Anwar Ibrahim dan tanpa kehadiran pemimpin pusat. Sabah kembali tenang terutama menjelang tibanya Shawal.
Ayam-ayam tambatan baru Anwar, Dt. Lajim, Dt. Wilfred dan Dt. Maijol kini dibebaskan ke galanggang politik masing-masing dan kini bebas menentukan hala tuju dan strategi masing-masing. Mereka kini sepatutnya sudah mula merasakan bahang politik tanpa penyertaan politikus luar yang sering mereka anggap sebagai pemegang kunci pintu gerbang "perang" politik tanahair.
Bumburing akan mengatur sendiri gerak tindakan politinya. Kemungkinan besar dia akan terpaksa menghadapi tentangannya yakni sahabat lamanya, Dt Wilfred Madius Tangau, orang yang pernah berkorban politik semata-mata memberi laluan kepadanya mengosongkan MP Tuaran pada PRU12. Dalam PRU13, kemungkinan besar berlaku Wilfred VS Wilfred, orang Tuaran kata. Namun, hakikat politik sememangnya demikian. Tiada rakan politik selamanya dan tiada musuh politik selamanya.
Tuan Haji Ansari Abdullah dan Datuk Kalakau Untul di Tuaran tidak kurang pengaruhnya. Mereka kini berada dalam satu kapal dengan Bumburing. Jika melihat kepada perjuangan dan kekananan dalam politik Tuaran, nampak jelas Bumburing hanyalah layak dijadikan pendayung, bukan sebagai Nahkoda. Penekanan yang berlebihan terhadap Bumburing oleh Anwar dan Pemimpin PR Pusat hanyalah akan mengundang dilema yang lebih besar dalam kontek politik pembangkang di Tuaran. Mungkin Anwar sedikit terlanjur dan keterlaluan menyatakan bahawa penyertaan Bumburing menyokong PR merupakan "turning point" bagi politik Sabah malah politik tanahair. Bagi penduduk Tuaran, ianya hanyalah perkara biasa yang sudah lama diduga.
Lajim juga akan terpaksa menghadapi tentangannya yang terdiri dari mantan anak-anak buahnya yang telah bertungkus lumus memenangkannya pada PRU12. Lajim juga terpaksa menghadapi cabaran dari Cabang PKR yang sedia wujud untuk masing-masing terpaksa melakukan pengorbanan politik jika pucuk pimpinan PR mahu Lajim diketengahkan sebagai calon MP bagi Beaufort pada PRU13.
Maijol pula terpaksa berhadapan dengan Dt. Dr. Maximus Ongkili, pemimpin kanan PBS dan seorang menteri penuh dalam Kerajaan Persekutuan. Dalam masa yang sama, Maijol terpaksa melepasi Anthony Biri Mandiau (PKR), satu-satunya calon PKR dalam PRU12 yang berjaya memperolehi undi yang agak banyak berbanding mana-mana calon PKR yang lain. Itupun jika Maijol dipilih sebagai calon MP bagi kawasan Parlimen Marudu.
Maijol terpaksa terkial-kial di kawasan Marudu. Tentangannya pada PRU13 bukan calang-calang. Timbalan Presiden PBS dan seorang Menteri Penuh dalam Kabinet Persekutuan, Dr Maximus Ongkili. Semasa kemuncak kekuatan BN, Dr. Max pernah ditentang Dr. Jeffrey Kitingan tapi Dr.J. kecundang. Maijol juga terpaksa memohon ehsan Anthony Mandiau dan DT. George Sangkin, mantan MP semasa PBS yang menyertai PKR, yang masing-masing menaruh harapan untuk mewakili kawasan itu
Anwar semasa kedatangannya ke Sabah menyambut penyertaan ketiga-tiga pemimpin di atas, bagai berpesta sebuah kemenangan besar. Bertaburan janji manis dilemparkannya pada semua perjumpaan umum yang dihadirinya. Bagaimanapun setelah kepulangannya ke Kuala Lumpur, janji yang dilemparkannya mula diragui rakyat Sabah dan ramai yang menganggapnya sekadar gula-gula pilihanraya yang "mustahil" dapat dipenuhinya.
Alaun warga emas RM650.00, RM100.00 bagi anak yang baru lahir sehingga berumur 18 tahun, Pendidikan PERCUMA dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti, Gaji mimima RM1,100.00, bantuan kematian RM1,000.00, 20% royalti minyak dan menilai semula perjanjian 20 Perkara. Bagaimanapun kali ini, dia tidak menyebut soal autonomi untuk Sabah dan Sarawak seperti yang pernah dilaung-laungkannya sebelum ini.
Too good to be true. Itulah perkataan yang biasa diungkapkan di Sabah selepas Anwar menaburkan janji-janjinya. Sesetengah yang fanatik dan terpesona dengan "kata-kata" manis Anwar condong kepada memberikan Anwar peluang. "Bagilah dia satu term lepas itu jika dia tidak tunai janjinya kita akan jatuhkan dia balik".. Begitulah pendapat sebahagian. Mereka fikir kerajaan itu macam beli baju raya. Beli baru raya kali ini, raya depan beli yang lain pula.....
Di kawasan-kawasan yang dikuasai BN (UMNO) di Sabah, kedatangan Anwar menyebabkan mereka lebih firm, lebih bersatu dan lebih kental. Termasuklah kawasan Beaufort yang suatu waktu dulu diwakili Lajim. "Lajim menyertai perjuangan PR bukan masalah UMNO..itu masalah peribadinya"
Bagi golongan muda di Beaufort, pemergian Lajim merupakan satu rahmat kerana Lajim telah lama menduduki politik Beaufort yakni sejak Berjaya, PBS dan UMNO. Kali ini golongan muda berpeluang menggalas kepimpinan politik Beaufort yang anggap dikuasai Lajim yang sudah bergelar veteran. Bukankah golongan muda menjadi favorite pada alap politik baru masa kini?
Dalam apa jua keadaan, kedatangan Anwar ke Sabah TIDAK dapat dilihat sebagi berupaya menyatukan penduduk Sabah terutamanya rakyat Sabah KDM. PBS, UPKO dan PBRS yang menjadi tonggak KDM masih firm mendokong kerajaan BN. Masih ramai yang menyatakan bahawa politik yang dibawa Anwar ke Sabah hanya mempromosi perpecahan perpaduan kaum di Sabah yang terdiri dari 32 ethnik yang sudah lama terjalin.
Benarlah seperti kata Dr. J bahawa dia tidak sanggup diperalat orang KL untuk politiknya semasa dia membakar Jambatan dengan PKR. Kerana itulah setakat ini barisan calon-calon PR bagi PRU13 tidak dapat dinyatakan dan impian 1215, one to one fight, tidak dapat direalisasikan. Malah ada pihak yang menyatakan bahawa pada saat PR mengumumkan calon-calonnya bagi PRU13, pada saat itu juga lah akan terserlah perpecahan yang lebih besar di antara parti-parti pembangkang di Sabah. Seterusnya penentangan pembangkang terhadap Anwar akan berlaku.
Parti-parti pembangkang dan pemimpinnya di Sabah mempunyai agenda masing-masing. Mereka juga mempunyai penyokong dan pendokong yang seimbang. Penyokong-penyokong ini pula lebih fanatik terhadap idelogi yang dibawa oleh organisasi dan pemimpin-pemimpin merekan masing-masing. Apakah mudah bagi pimpinan parti pembangkang ini untuk mengikut telunjuk Anwar, Lim Kit Siang atau Haji Hadi Awang?
Antara mereka ada yang saling meragui. DAP menuduh STAR sebagai Parti yang hanya berupaya memenangkan BN. Timbalan Presiden (kouta Islam) SAPP, Amde Sidek sudah bertegang leher dengan Timbalan Presiden STAR, Awang Ahmad Shah Datuk Haji Awang Sahari tentang kelayakan bertanding di kawasan tertentu. Ini berlaku apakala Ande menyatakan jumlah kawasan yang hendak ditandingi SAPP sebagai parti yang berkonsepkan multiracial dan mengenepikan Parti yang "berkonsepkan komunal" seperti STAR. Pada saat itu, Awang Ahmad Shah menyatakan bahawa perundingan dengan SAPP hanya membuang masa jika pengaruh STAR diketepikan semata-mata sifatnya sebagai parti bercorak "komunal".
Setetengan pemimpin akar umbi pembangkang yang lain pula menganggap STAR sebagai "pelacur politik" setelah Dr. J mengesyorkan agar parti-parti dari Semenanjung Malaysia memberikan peluang kepada UBF (United Borneo Front) untuk bertanding di Sabah tanpa gangguan parti-parti dari Semenanjung Malaysia. Selepas itu katanya, mereka akan bersatu selepas PRU13. Tentu sekali kewujudan PPS (Parti Pembaharuan Sabah) yang diketuai Bumburing dan Lajim menjadi saingan kepada UBF jika tidak memberi tamparan kepada STAR dan Kelab USNO.
Gambaran ini, hanya sekelumit dilemma dan masalah ketidak seragaman pembangkang di Sabah. Individual right dan hak bertanding adalah hak masing-masing yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Hak menentukan siapa yang layak memimpin dalam pembangkang BUKAN hak Ketua Umum PR merangkap Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia iaitu Anwar Ibrahim. Pada saat Anwar menguatkan genggamannya, SL fikir, pada saat itu juga dia akan terpaksa menghadapi tentangan baru dari parti-parti pembangkang Sabah selain terpaksa menentang BN.
1 comment:
supreme hoodie
yeezy 500
nike lebron shoes
chrome hearts online store
golden goose
stephen curry shoes
adidas yeezy
curry shoes
off white hoodie
jordan retro
Post a Comment