Translate

Monday, August 13, 2012

Mampukah Bumburing Mengganti Peranan Jeffrey?

Politik Jeffrey dan Bumburing pernah dan masih dibayangi Pairin.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan pernah memenangi kerusi DUN Bingkor, Keningau atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS). Datuk Wilfred Mojilip Bumburing juga pernah memenangi Kerusi DUN Tamparuli atas tiket PBS. Kedua-dua mereka memenagi kerusi itu ketika mereka di bawah pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS.

Bumburing kalah  pada PRU10 di DUN  Tamparuli, di tangan Calon PBS, Edward Linggu setelah Bumburing meninggalkan PBS dan menyertai UPKO.  Jeffrey juga kalah di DUN Bingkur di tangan Justin Gunka BN (UPKO). Kedua-dua mereka kalah setelah membelakangkan kepimpinan Huguan Siau, TS Joseph Pairin Kitingan. 

Nasib politik Jeffrey dan Bumburing dalam kontek ini hampir sama. Jeffrey mengetuai STAR setelah "membakar Jambatan dengan PKR dan Anwar Ibrahim. Manakala Bumburing menubuhkan NGO nya yang menyokong Pakatan Pembangkang khasnya PKR.

Jeffrey yang mengetuai STAR telah mampu merobohkan cawangan-cawangan atau ranting-ranting PKR di pelusuk negeri Sabah terutama di kawasan-kawasan pendalaman, untuk menyertai STAR. Ribuan ahli-ahli dan penyokong PKR dan PR menyertai Jeffrey dan STAR walaupun tidak diwar-warkan dalam media.

Bumburing pula disusuli oleh Maijol Mahap, Naib Presiden UPKO, menyertai Pakatan Pembangkang. Rakyat Sabah tidak perlu terkejut dengan tindakan Maijol kerana sejak 14 tahun berada dalam BN, Maijol telah lama menyimpan niat untuk bertanding dalam PRU. Jika dia menunggu peluang dalam BN, sudah tentu peluangnya amat terlalu tipis kerana kawasan yang diidam-idamkannya diwakili oleh Datuk Dr, Maximus Ongkili (PBS). Mana mungkin Maijol (UPKO masa itu) dipilih oleh pucuk pimpinan BN menggantikan Maximus.

Apapun alasan Maijol meninggalkan UPKO, di atas segala-gala alasan itu ialah dia ingin bertanding di kawasan idamannya yakni tanah tumpah darahnya, Kota Marudu. Peluang untuk Maijol bertanding hanyalah dengan menentang Calon BN, incumbent, Maximus dari BN (PBS). 

Apakah Anwar dan Bumburing boleh terlalu ghairah menyatakan BN Sabah runtuh dengan penyertaan Maijol? Apakah Pakatan Pembangkang mampu berpesta kemenangan dengan penyertaan Lajim dan Bumburing yang sudah dikenalpasti sebagai BUKAN winnable candidates bagi BN bagi PRU13?

Jeffrey semasa bersama PKR adalah "ayam tambatan" Anwar dan PR khasnya PKR di Sabah. Jeffrey juga memegang penasihat kebangsaan  PKR bagi Sabah dan Sarawak masa itu. Isu-isu yang di bawa Anwar di Sabah hingga ke hari ini adalah isu yang diperjuangkan dan digariskan Jeffrey. Tidak salah jika STAR mengatakan bahawa isu Anwar dan PR kini adalah berasal dari idea dan teras ideologi politik Jeffrey.

Bumburing tidak boleh berbangga dan isu RCI. Dia sendiri tidak mengiktiraf "officials" yang dilantik bagi suruhanjaya itu. barangkali dia cepat belajar dari Anwar dengan langsung menolak apa saja yang diusahakan BN, kendatipun perkara itu demi kepentingan dan keperluan yang nyata bagi rakyat Sabah.

Dulu, Jeffrey ayam tambatan Anwar di Sabah. Kini Bumburing hanya "dipuji puja" Anwar. Jeffrey semasa dalam PKR telah banyak mewujudkan ranting PKR dan melakukan "road show" di Seluruh Sabah. Pada suatu waktu, dia mengalami kecederaan besar dalam kemalangan jalan raya dalam melaksanakan promosi Parti yang disertainya, PKR. 

Bumburing hanya mampu menawarkan Anwar dengan satu cawangan PBS yang dibubarkan di Kiulu, tidak berapa jauh dari rumah Bumburing. Dan Bumburing menyertai program PR yang diatur pihak lain. Manakala semasa Jeffrey dalam PKR, dia sendiri dan 'orang-orangnya" yang menganjur program untuk diresmikan Anwar atau pemimpin PKR Pusat.

Jeffrey dipecat Anwar walaupun dia yang meninggalkan PKR terlebih awal. Jeffrey mengatakan bahawa dia tidak mahu diperalat orang Kuala lumpur untuk kemahuan "politiknya" (politik orang KL). Kini, Bumburing menyokong Anwar untuk politik PR dan sekaligus politik Anwar (orang KL kata Jeffrey).

Terlalu awal untuk "judging" performance Bumburing dalam PR dalam masa terlalu sengkat penyertaannya. Situasi dan iklim politik juga berubah.

Apakah dia mampu menggantikan peranan Jeffrey? Apakah rekod Jeffrey dalam PR mampu dilepasinya?

2 comments:

Ajin b. Gagah said...

onuopeaSyabas Senja Liza

Satu analisa yang menarik..Pada saya dalam jangka yang begitu singkat, Wilfred Mojilip tidak akan dapat mengganti peranaan Jeffery yang lebih telus untuk rakyat Sabah..

Mohon izin untuk saya 'extend' kan idea dalam artikel ini dalam fb yang berkenaan..

Salam dan selamat berpuasa

Senjaliza said...

Solymone dipersilakan...dengan izin