CROWDING OUT. |
Ahli Parliament BN yang meninggalkan BN pada penggal selepas PRU12 baru empat orang, Datuk Lajim Haji Okin (UMNO), Wilfred Mojilip Bumburing (UPKO), Datuk Chua Soon Bui (SAPP) dan Eric Mojimbun (SAPP).
Yang Berhormat pembangkang sudah keluar dari pakatan pembangkang ialah 13 orang iaitu enam dari PKR (Parti Keadilan Rakyat), lima anggota dewan undangan negeri PKR jadi Bebas, satu dari DAP dan satu dari PAS keluar (parti).
Kemasukan Lajim dan Bumburing ke “parti baru” di Sabah yang condong kepada pakatan pembangkang sama sekali BUKAN lagi sesuatu yang melumpuhkan Kerajaan Barisan Nasional khasnya di Sabah. Keluarnya mereka bukan juga satu kejutan atau renjatan politik di Sabah. Mereka sudah lama disebut-sebut untuk TIDAK lagi diberi peluang bertanding sebagai calon BN dalam PRU13 kerana mereka dianggap sebagai “winnable candidate”.
Keluarnya Lajim dan Bumburing dari BN tidak seperti keluarnya 2 orang ADUN PKR dan 1 ADUN DAP di Perak yang menumbangkan Kerajaan PR di Perak.
Lajim dan Bumburing juga tidak menyertai PKR atau PAS atau DAP. Lajim sudahpun menyuarakan keinginnya untuk bertanding 17 kawasan parliament dengan “Parti baru”nya. Dalam masa yang sama, Anwar, sebagai ketua umum PR dan Ketua pembangkang juga meyuarakan kemahuannya bahawa TIADA jaminan akan dicalonkan sebagai calon pakatan Rakyat jika mana-mana calon bukan anggota Pakatan pembangkang.
Jika Lajim berkehendakkan 17 kawasan MP untuk ditandingi “parti barunya” bermakna hanya tinggal 8 kerusi MP lagi bagi Parti Pembangkang yang lain di Sabah untuk merebut peluang bertanding. Dengan kemahuan Lajim ini, rasa selesakah parti-parti pembangkang di Sabah kali ini? Atau kerana penyertaannya, pembangkang di Sabah semakin celaru? Atau dengan keberadaa lajim dan Bumburing dalam pembangkang, adakah gagasan 1215 (one to one fight) akan sah padam dan jumud?
Tanda-tanda “crowding out’ dalam Pakatan Pembangkang di Sabah sudah mula kelihatan. Ciri-ciri seperti marahnya Karpal Singh kepada Anwar dalam gagasannya “we have the number” yang mengatakan 30 MP BN Sabah dan Sarawak akan menyertai PR tetapi sebaliknya yang terjadi ialah jatuhnya Kerajaan PR di Perak, kini semakin kelihatn berulang di Sabah. Peristiwa seperti inilah yang menyebabkan Karpal Singh menyeru Anwar bertaubat dan perlu digantikan dengan pemimpin lain yang lebih berwibawa.
Jika Anwar tidak dapat membendung penyertaan pemimpin yang dianggap pro-BN ke PR kerana niat dan hasrat untuk dicalonkan dalam PRU13, akibatnya akan jelaslah “crowding out” berlaku di mana kumpulan pembangkang asal sendiri akan hilang keyakinan dan kepercayaan kepada perjuangan pembangkang dan pucuk pimpinan pembangkang itu sendiri.
Oleh yang demikian, kenapakah Penyertaan Lajim dan Bumburing dianggap Pakatan permbangkang sebagai factor yang boleh melumpuhkan Barisan Nasional di Sabah?
Pemimpin-pemimpin kanan Lajim dan Bumburing semasa mereka berada dalam BN TIDAK terjun ke Pakatan Pembangkang bersama mereka. UMNO dan BN Beaufort sudah digerakkan semula. BN Tuaran sudah semakin selesa tanpa Bumburing. Pesta penyertaan Lajim dan Bumburing ke “Parti Baru” telah mencapai klimaknya dengan kehadiran Anwar di Sabah menyambut mereka. Rakyat tidak mudah mempercayai “politik teka-teki” yang mereka bawa. Rakyat perlu kepastian. Apa yang jelas dan pasti, pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain sudah mula gelisah. Gelisah kerana kedudukan mereka dan peluang mereka kini semakin terancam. Perasaan akan dipinggirkan semakin menghantui mereka.
Orang kata “universal will is almost impossible”. Apatah lagi “Universal Political will” yang lebih jelas satu lamunan atau ilusi sukar diurus. Apakah Anwar memiliki sentuhan-sentuhan “midas” untuk melerai “almost impossibility” ini? Satu soalan yang sering menggagal ramai dalam ujian……

No comments:
Post a Comment