Translate

Friday, October 2, 2009

UNDI POS DI BAGAN PINANG


Tuduhan terhadap Undi Pos barangkali satu pengakuan DSAI bahawa ISA SAMAD memang sukar dikalahkahkan di "Padang Permainannya".

Bila blog DSAI memaparkan mengenai pengakuan seorang pegawai tentera yang mengakui pernah mengundi dengan diperhatikan oleh bossnya, seakan kita dihidangkan cerita bahawa calon Pakatan Rakyat di Bagan Pinang akan bakal kalah di tangan pengundi pos. Seakan DSAI sudah mula memberikan alasan bahawa "Undi Pos" bakal membenamkan calon PR dari PAS. Calon BN, Tan Sri Isa Samad pula dimenangkan oleh pengundi Pos.

Concern DSAI ini adalah gambaran bahawa BN diyakininya akan menang dalam PRK Bagan Pinang sama dengan ramalan banyak pihak. Ini kerana Bagan Pinang merupakan  padang permainan Isa Samad  dan kubu BN. Dalam masa yang sama DSAI telah menggunakan kenyataan "Pegawai Tentera" itu sebagai tuduhan bahawa pengundi-pengundi tentera adalah seperti dicucuk hidung dan Pak Turut yang tidak tahu menggunakan hak demokrasi mereka. Ini merupakan perang psycologi yang merugikan calon PAS dari Pakatan Rakyat kerana secara tidak langsung DSAI memandang rendah kredibiliti pengundi Pos.

Pengundi pos dari tentera diperkecil DSAI. Perbuatan ini serupa memberi message awal kepada pengundi pos khasnya dan pengundi Bagan Pinang amnya bahawa  pendungi pos BUKAN penyokong Pakatan Rakyat dan DSAI sudah mengenalpasti dan menjejaki serta mengenal pasti bahawa mereka sedang dicam sebagai musuh Pakatan Rakyat. Mampukah  perayu undi, juru kempen PAS dan PR menembusi Kem Tentera dengan sikap seperti sudah mengaku kalah seperti  digambarkan DSAI ini?

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, PKR dan PAS ini memang ada kepakaran untuk memfitnah dan menangkis kekalahan yang bakal mereka hadapi di Bagan Pinang....

Cuma tanya mereka, kenapa mereka tidak pertikaikan kemenangan mereka di Lumut, Perak, sedangkan di Lumut paling ramai undi pos dari kalangan tentera........

Anak X-PKR said...

Cinta PR kepada Cheng Peng tidak mungkin mudah luput dalam ingatan para wira tanah air. Lupakan Pakatan Rakyat..Barangkali mereka tak akan sampai PRU13..dah berkecai. Ketamakan DAP sudah melebihi batas..