Perlantikan empat Menteri Penuh dan lima Timbalan Menteri rasanya sudah wajar menunjukkan bahawa dalam Kabinet Malaysia membanggakan.
Selain ini, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee yang juga dari Sabah, tidaklah wajar lagi dikatakan bahawa Sabah dianak tirikan dalam barisan Kabinet Malaysia. Tidak lagi perlu timbul soal "memalukan" dan "rumah teres" yang pernah di perkatakan YB Datuk Ghapur Salleh MP Kalabakan dan YB. Datuk Anipah Haji Aman, MP Kimanis sedikit masa lalu.
Soal yang penting yang perlu diberikan penekanan pada masa ini ialah soal peruntukkan pembangunan. Soal "slice of pie" yang lebih adil dan saksama bagi Sabah memandangkan lebih banyak "yang perlu dilaksanakan" di Sabah memandangkan Sabah di lihat masih mengalami gejala kemiskinan yang tinggi.
Saya tidak yakin bahawa Pembangunan Korridow adalah jawaban kepada masalah gejala kemiskinan penduduk. Barangkali Pembangunan Korridow dapat mengubati "kemiskinan hati" sesetengah pemimpin yang tergamak melihat kemiskinan dan derita rakyat dengan program yang memperkaya golongan yang kaya raya.
Mungkin gejala kemiskinan di Semenanjung Malaysia berbeza dari segi ciri dan sifatnya. Kemiskinan di Sabah banyak dipengaruhi oleh kekuarangan atau langsung tiada kemudahan infrastruktur khasnya infrastruktur yang utama seperti Jalan Raya, Letrik dan Air.
Andainya "Little Jenny berkunjung ke Pedalaman dan membina infrastruktur ini, penduduk pedalaman ini tidak perlu meminta jenny untuk memberi mereka wang. Mereka mampu berdikari dengan kekayaan sumber yang ada".
Kemiskinan di Semenanjung Malaysia tidak lagi menyebut Jalan Raya, Jambatan Gantung, Paip air, Sistem Pengairan Pertanian khasnya padi, Klinik Desa, Sekolah Rendah, Tadika dan seumpamanya. Semua kemudahan itu hampir telah tersedia. Namun di Sabah, kemudah ini masih terlalu kurang terutama di Bahagian Pendalaman. Hakikat yang perlu di fahami ialah Sabah itu luas dan densiti kependudukannya di kawasan Pedalaman rendah.
"Slice of pie" ke Sabah sesungguhnya perlu wajar dan adil kerana sesungguhnya dan sebenarnya "Sabah menyertai Malaysia sebagai sebuah Negara".

8 comments:
"Slice of pie" ke Sabah, kata nya… memang tepat sekali..
Namun selagi puncuk pimpinan terus dengan ‘attitude’ atau sifat yang sedia ada, saya pasti keadaan rakyat Sabah akan kekal dalam tahap kemiskinan dan di hantui oleh gejala pengangguran di sana sini.. ..sungguh mengerikan .
Soal anak tiri bukan isu nya. Tetapi pemimpin-pemimpin kita di Sabah ini terlalu ghairah untuk memperkayakan diri sendiri…so program impian saperti koridor pembangunan Sabah yang diwar-warkan dapat menyelesaikan kemiskinan dan pengangguran itu pasti tidak akan tercapai.
Mana tidak nya kalau pusat pembangunan yang di lulus hanya tertumpuh pada beberapa kawasan yang di jangka akan menguntungkan beberapa orang pemimpin agung sahaja.
Ulasan liza saperti berikut memang tetap “Saya tidak yakin bahawa Pembangunan Koridor adalah jawaban kepada masalah gejala kemiskinan penduduk.
Barangkali Pembangunan Koridor dapat mengubati "kemiskinan hati" sesetengah pemimpin yang tergamak melihat kemiskinan dan derita rakyat dengan program yang memperkaya golongan yang kaya raya. “
Isu kedua yang saya tekankan ia lah kalau lah pehak federal sudi untuk mentransformasikan kabinet nya ; ada kah kerajaan Negeri Sabah sanggup berbuat demikian atas nama ketelusan?...kata nya
Salam
Rakyat Sabah sudah sedia menerima transformasi. Kalau kepimpinan Sabah tetap juga dengan kepimpinan "Musang Berbulu Ayam" pasti ramai pemimpin Sabah yang akan berguguran satu...satu...dan setiap satu.. ditangan kebangkitan rakyat. Conto: Japlin, Ketua Pemuda UMNO (UMNO MUSA)sudah kena tangkap pasal rasuah, Musbah sedang berbaris menunggu giliran, Shamsuddin, Ramli Marhaban. Sesungguhnya pemimpin yang RASUAH adalah yang membawa MURKA ALLAH SWT.Pemimpin yang menjadi "Dalang" disebalik tadbir perlu diburu seperi kita memburu "Musang".
SALAM TRANSFORMASI.
apa komen anda kepada respon solymone dan pro 1 Malaysia ni.Komen mereka ni 'direct'nampaknya jadi anda sebagai penulisnya, apa pula komen anda ?
Datu Sulaiman..u kering kee idea.. tak tau ape nak kate..org lain komen you tak komen ape pun....
anyway.. Korrido tu idea orang yang kaki tido. Tak perlu buat. Ia mcm bagi lesen kepad pemimpin untuk abuse power. STOP corridow. STOP wasting people money.
Ape DS pro kee org bakar bendera Sabah...?
Kalau adik saya Senjaliza tak dapat jawab, biar saya yang tolong jawabkan;
Denakan Solymone...
Kenapa pemimpin Sabah yang kita salahkan kalau rakyatnya yang `kelaparan' dihadapan hidangan makanan yang berlambak-lambak???
Pemimpin hanya boleh guide rakyat buat itu dan ini..selebihnya, adalah usaha rakyat itu sendiri. Takkanlah pemimpin juga yang mesti putung getah untuk kasih makan rakyat dia..ndak masuk akal bukan.
Kerajaan telah menyediakan bermacam-macam `kemudahan' untuk rakyat..terpulang pada rakyat untuk menggunakannya. Kenapa masih ada yang `miskin'...??? MALAS BERUSAHA, MANJA DENGAN BELAIAN SUBSIDI, dan 1001 alasan yang boleh kita bentangkan disini.. tetapi, pokoknya..terpulang pada rakyat itu sendiri untuk `meneroka' peluang2 yang telah disediakan.
PRO 1 MALAYSIA....
Setiap yang salah pasti akan dihadapkan ke pihak pengadilan.. iaitu mahkamah!! Jangan pula kita yang menjadi pengadilnya, kerana MEMFITNAH ITU JUGA SATU DOSA BESAR, kalau kita takutkan ALLAH SWT.. kita kena jaga mulut kita, jangan cakap ikut suka hati kepala otak kita saja.. KECUALI KITA ADA BUKTI YANG SAH. Kalau bersubahat menabur fitnah, sama juga dosanya dengan MEMFITNAH... betul tidak!!
Pemimpin Sabah sekarang okay bah.. dibawah DSP Hj.MUSA AMAN... Sabah AMAN terus...selamanya!! :)
Datu Sulaiman...
Kenapa juga dengan blog Senjaliza ini...apa masalahnya?? Kami di sebelah kerajaan, tentulah kami sokong dan bantu kerajaan...!!
Denakan Jomsama,
Terima kaseh kerana bagi pandangan yang boleh kita fikir bersama.
Bagi saya, Liza tak mejawab kerana kemungkin ada kebenaran pada ‘points’yang kami tulis..Mana lah tahu kan?
Untuk ini, saya bagi contoh realiti; komplen pegetah-pegetah di kawasan Topokon- Tuaran.
Sabenarnya mereka tak perlu bantuan YBs untuk menurih getah. Mereka mampu buat itu semua. Apa yang mereka mahu ia lah bantuan peruntukan infrstrktur di kawasan mereka yang sungguh teruk sekali. Sejak merdeka janji tinggal janji.
Jalan-jalan di kawasan mereka tak pernah di turap. Bila hujan lorri pengangkut getah susu terkubur. Musim kemarau, abuk di sana sini. Mereka bukan malas, tetapi subsidi yang di bagi tidak menepati sasaran. Itu kebenaran
Salam untuk Kamu dan senja liza
Denakan Solymone...
Sahyugianya...bila saudara menulis mengenai infrastruktur..teringin saya berkongsi pendapat dengan saudara yang lebih mahir dalam `keadaan' sebenar isu-isu diTopokon itu.
Bukan pemimpin yang patut kita salahkan sekiranya kemudahan infrastruktur kawasan tersebut sedemikian rupa, sepatutnya..mereka-mereka yang terlibat atau tinggal dikawasan tersebut yang patut dipersalahkan.
Setiap kawasan kampung ada pemimpin mereka sendiri, yang akan memanjangkan masalah2 dikawasan tersebut kepada YB-YB mereka, yang kemudiannya..setelah mengukur dan menilai `keperluan' kawasan yang terlibat..memanjangkan lagi perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.
Kalau kawasan tersebut seluas 1000 hektar..dipenuhi ladang getah dan didiami oleh lebih kurang 10-20 orang sahaja...ADAKAH LOGIK UNTUK KERAJAAN BERBELANJA BERJUTA-JUTA LEMON untuk memudahkan lori pengangkut susu getah atau kepingan getah keluar masuk ke kawasan tersebut???
Saudara lebih maklum tentang kos dan perkiraan-perkiraan lain dalam pembangunan infrastruktur...jadi, tidaklah layak untuk saya berceramah tentang itu pada saudara.
Saudara cuba selami dulu permasalahan dikawasan tersebut..dari situkang kebun hinggalah ketua daerahnya... kemudian tu..barulah saudara akan tahu dimana silapnya dan kemukakan pada pihak yang bertanggungjawab. YB-YB atau wakil rakyat adalah tempat terakhir untuk kita berbincang...dan biasanya, sekiranya mereka sudah terlibat.. ianya akan `membongkar' segala kudis-kudis masalah dikawasan tersebut(JKK,KK,Ketua Cawangan,CDO,WKAN..dll).
Terima kasih atas keprihatinan saudara... Keep it up..BRO!!
Denakan Jomosama,
Dengan izin dari Liza sekali lagi saya ingin melanjutkan isu ‘ bukan salah pemimpin’ ini dengan lebih jelas lagi untuk memudahkan Denakan dan pembaca-pembaca yang melawati blog liza ini.untuk mengenal pasti ‘Accountibity’ pemimpin-pemimpin yang terlibat.
Harus juga di ingatkan bahawa tujuan, bukan lah untuk menentukan siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini. Kerana apa pun pendapat kita, pendudukan di luar bandar kawasan Topokon,Tenghilan ,Penimbawan dan Kiulu tetap juga dalam keadaan yang menyedihkan dan perlu bantuan dari pehak yang berkuasa dalam kadar yang segera.
Sebenar nya logistik penduduk di kawasan Mukim Topokon ini bukan setakat 10-20 orang. Dalam rekod penduduk yang mendiami kampung-kampung di jajaran jalan yang tidak berturap itu, ada lah;
1) topokon-kionsom-wangkod-tinuhahan – lebih kurang 4000 oarang
2) topokon-kionsom- madang-gontung – lebih kurang 4500 orang
3) topokon-kionsom-rungus- bundu tahuri–gaya ratau – lebih kurang 1200
Jumlah total- lebih kurang 9,700 orang.
So, bilangang sebanyak itu kalau tidak di ambilkira boleh mengalahkan sesaorang dalam pililahan raya. Itu pasti.
Namun setakat ini mereka belum lagi berpaling tadah kerana mereka berpegang kepada janji bahawa isu penurapan jalan-jalanm tersebut akan di lakukan selepas PRU12.
Kawasan dijejaran ini bukan sahaja ia nya di tanami dengan getah tetapi juga padi dan juga potential di majukan untuk pelancungan taraf agro dan eko dll.
Pada am nya kawasan ini lebih daripada layak untuk di kategorikan sebagai kawasan yang tinggi prioriti nya untuk di bangunkan dan saterusnya di naikkan taraf infratructur nya.
Perancangan untuk semua nya telah pun di kemukan ke pehak atasan sejak rancangan Malaysia ke7. Namun hingga kini tiada perubahan.. Ada lah tugas pemimpin untuk memastikan kelulusan permohonan ini bukan rakyak (JKKK dsn). Itu protokolnya.
Selanjutnya dikawasan saperti Keningau, Lahad Datu, Kalabakan dan Kota Kinabalu ( Pusat SDC); pembangunannya di jalankan dengan pesat. Kenapa? Kerana pemimpin nya ( yang di ketuai oleh KM) telah menekan kerajaan untuk meluluskan pembangunan tersebut.
Kenapa tiada berita kedengaran mengenai usaha serupa yang dilakukan oleh pemimpin kita di kawasan Tuaran? Terutama sekali Ahli Parlimen.
Untuk apa mereka dipilih? Untuk enjoy? Untuk jadi kaya?
Atas nama Transformasi dimana kah accountabiliti dan janji sebagai pemimpin? Saya percaya SenjaLiza faham maksud saya.
Salam jua untuk Denakan dan SenjaLiza
Post a Comment