Menyedari bahawa terlalu banyak kes makhamah dan tuduhan yang membayangi kerjaya politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu begitu lama untuk bersara dari politik. Mahkamah telah membuktikan bahawa kes sodomi I telah mencemar moralnya di mata dunia dan khususnya di mata rakyat Malaysia. "Public Confident" terhadap moral DSAI terlalu rendah setelah kes sodomi I dan II diikuti dengan bayangan video Sex dan bayangan tuduhan billion ringgit dalam akaun di bawah kawalan pihaknya.
DSAI tidak perlu menunggu keputusan PRU13 dan menghabiskan peluangnya menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kendatipun dia menjawat jawatan Perdana Menteri, isu skandal yang membebaninya kini tidak mungkin jatuh atau gugur dengan sendirinya. Ianya pasti diungkit sehinggalah dia sekalipun terlepas peluang menjadi Pedana Menteri melalui PRU13.
Dalam politik tiada setiakawan selama-lamanya. Tiada juga musuh selama-lamanya. Ramalan politik bahawa DSAI hanya mampu bertahan dua tahun sekalipun dia menjadi PM tidak boleh dipandang ringan dan remeh.
Pemimpin dunia ramai yang meletakkan jawatannya akibat skandal dan kegagalan kepimpinan mereka. Mantan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe meletak jawatan pada Sept. 12, 2007 selepas menjawatnya pada Sept. 26, 2006. Skandal bukan dilakukannya tetapi oleh menteri-menteri di bawah pimpinannya yakni
Takehiko Endo, Menteri Perhutanan, Pertanian dan Perikanan Jaepun yang terlibat dengan skandal kumpulan tani yang diketuai menteri ini. Kemudia diikuti oleh Menteri Hal Ehwalnya, Hiroya Masuda yang mengakui kesalahannya berkait dengan lapuran kewangan politiknya.
Calon Presiden Amerika Syarikat pada pilihanraya Presiden negera itu pada tahun 1987, Senator Gary Hart, telah melupakan hasratnya untuk merebut jawatan Presiden. Kes atau skandalnya dikenali sebagai Gary Hart-Donna Rice didedahkan dalam media khasnya National Inquiry yang lebih dikenali sebagai skandal "Monkey Business in 1987". Walaupun Gary Hart mendakwa bahawa "the woman in question" had simply "dropped into my lap. I chose not to dump her off.", namun akhirnya dia menerima hakikat bahawa "kepercayaan umum" perlu dipelihara. Dia akhirnya meletakkan jawatan sebagai calon presiden walaupun peluangnya sebelum itu amat cerah menjadi Presiden Amerika.
Pemimpin Hong Kong yang terkenal, Donald Tsang telah juga meletakkan jawatan setelah laporan media bebas mendedahkan siri skandal korupsi yang melibatkannya. Alasannya meletakkan jawatan dan seterusnya memohon maaf kepada umum ialah semata-mata tidak mahu memalukan Negara China. Katanya, "Because of my personal mishandling of matters, in shaking public
confidence in Hong Kong’s (civil service) to be incorrupt and honest in
performing one’s duties, and in causing disappointment towards civil
servants, I once again wholeheartedly apologise to everyone,”
Skandal yang masih baru dalam ingatan ramai ialah yang membabitkan rakan DSAI sendiri iaitu Dominique Strauss-Kahn, mantan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa IMF. Beliau dikatakan sebagai seorang yang "very passionate, aggressive and sexually abusive person" sehingga melibatkan aktress, orang politik dan pekerja bawahan seperti pelayan hotel.
Selain Dominique Strauss-Kahn, Bill Clinton mantan Presiden Amerika juga telah memilih untuk tidak dicalonkan sebagai Presiden Amerika untuk penggal kedua setelah skandalnya dengan Monica Lewinsky terbongkar. Walapun Clinton mendakwa bahawa mereka hanya terlibat dengan perlakuan "oral sex", namun soal moralnya sebagai pemimpin tetap dipersoalkan.
Calon Presiden USA dari Democrat, Senator Edward Kennedy telah mengakui bahawa dia pernah terlibat dengan skandal sex pada tahun 2006. Begitupun dia tidak mengakui bahawa dia menjadi bapa kepada anak pasangannya, Rielle Hunter. Kerana skandal masa lalu itu, Senator John Edward telah dengan sendirinya membatalkan pencalonnya sebagai bakal calon Presiden dari Demokrat. Barakh Obama akhirnya dicalonkan dan kini menjadin Presiden USA.
DSAI sudah menjangkau jauh usianya. Dia tidak perlu menawarkan diri menjadi pensyarah di Universiti di Amerika. Itu sudah hampir pasti dicapainya. Tetapi risiko dan kemungkinan dia mencapai kemahuannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh masih terlalu kabur dan beranjau duri. Kes demi kes mengejarnya, selain yang sedang menunggunya di hadapan dalam perjalanan menuju puterjaya. Entah sampai entah tidak.
DSAI is innocent until proven guilty. Dalam keputusan dia "innocent" kini masih lagi ramai yang mempersoal bahawa "tidak semestinya dia tidak melakukannya". Inilah gambaran bahawa dia tidak akan lekang dek masalah skandal dan kes teutama yang berkait rapat dengan isu moral sebagai pemimpin.
Tidaklah semudah dia melupakan perjuangannya, tetapi hakikatnya dia akan mampu menanggalkan bebanannya kini dan mendatang dengan mudah bersama-sama dengan timbunan bebanan politik. Dia juga tidak akan dengan mudah mengembalikan keyakinan umum terhadap institusi dan system yang dirobeknya dalam mempertahankan keadilan dan haknya sepanjang kerjaya politiknya.
Jika DSAI menunggu "people verdict" menolaknya, kemungkinan besar mereka yang kini mendokong perjuangannya akan berubah tanggapannya dan kemungkinan besar akan berpaling tadah dan tidak lagi menyebelahinya. Pastinya pada saat itu kelak, mengangkat mukapun akan terlalu sukar baginya. ALLAHUWALAM.
1 comment:
PRU13 bukanlah perjuangan asal Anwar. Buktinya dia masih mengaku UMNO semasa dia dipecat Tun Mahathir. Dia juga ingin kembali kepada UMNO semasa Pak Lah. Anwar hanya jadi alat ampuh DAP dan dia membiarkan dirinya diperalat DAP. PAS tidak mungkin mampu dibela Anwar jika DAP bertambah lebih kuat.
Anwar akan menyesali perjuangannya yang kini bukan perjuangan sebenarnya. Baiklah dia "menyesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna"
Post a Comment