Translate

Saturday, July 7, 2012

KEJUTAN POLITIK SABAH. APA ANDAIAN ANWAR?

Jamuan Makan Malam sempena ceramah umum di Star City Convention Center, Kota Kinabalu.
Sambutan Rakyat Sabah ke atas Najib Tun Razak cukup menggegarkan Anwar dan PR.
Sekembalinya Anwar Ibrahim melawat Sabah yang terakhir June lepas, dia telah mula memasukkan agenda persepsi di Tanah Semenanjung  dengan mengatakan "Sabah akan mengalami kejutan politik". Baru lawatan setengah hari ke Sabah sudah membuat kesimpulan bahawa kejutan akan berlaku. Aneh dan ajaib sungguh kepakaran Anwar mencipta "political perception".

Dalam lawatannya ke Sabah itu, dia gagal hadir ke Perayaan Pesta Kaamatan di Kg Kondis, Kota Belud. Banjir melanda Kota Belud sempena jadual Anwar ke Kota Belud. Kapal terbang yang ditumpanginya juga gagal mendarat di Kota Kinabalu International Airport mengikut jadual kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan. Di Star City Convention Centre, Kota Kinabalu, dia berjanji bahawa dia akan menemui "rakyat Kota Belud dalam masa yang singkat". Namun masa yang sengkat itu tidak kelihatan sehingga kini. Berapa sengkatkah sengkat Anwar?

Sempena lawatan Anwar ke Sabah itu, dia kononnya akan menyambut penyertaan beberapa pemimpin veteran UMNO dan BN yang kononnya akan menyertai PKR. Antara nama-nama yang disebut ialah DS Janang Gayuh Haji Lajim Haji Okin, Dt. Wilfred Bumburing, Dt. Yahya Lampong, Dt. Uso Sukam, Dt Amir Kahar Tun Mustapha, Dt Ibrahim Menudin dan seorang pemimpin kanan UPKO Maijol Mahap.

Besar sungguh misi Anwar ke Sabah masa itu. Namun semuanya mengalami kegagalan. nama-nama yang disebut-sebut akan menyertai PKR tidak mengesahkan penyertaan mereka atas sebab yang mereka sendiri sahaja yang tahu.

Sebelum kedatangan Anwar, konon bumi dibawah bayu akan digegarkan Anwar. Namun sebaliknya berlaku. Kehadiran di Star City Convention Centre hanya diramaikan oleh ahli-ahli dan keluarga pemimpin dan ahli SAPP. Tiada siapa yang terkejut di bumi ini. hanya sebilangan yang melihat perlakuan Anwar yang aneh kerana sekejap-sekejap menoleh jam tangannya (Omega?) seolah-olah tidak sabar untuk pulang ke Kuala Lumpur. Pastinya dengan membawa sejuta tandatanya mengenai politik Sabah.

Tiada gegaran berlaku di Sabah semasa kunjungan Anwar. Mungkin dia yang bergegar kerana sambutan orang ramai, rakyat Sabah, jauh dari apa yang Anwar dan pemimpin PKR tempatan harapkan.

Manakala Sambutan ke atas kunjungan DS Najib ke Sabah, khasnya ke Daerah Keningau sebuah Daerah di Pedalaman cukup menggegarkan Pakatan Rakyat di Sabah dan membuat Anwar tidak lena tidur. perbezaan sambutan ke atas dua pemimpin politik ini cukup memberikan kita keyakinan tentang siapa sebenarnya yang membuat kejutan.

Begitupun, Anwar terus merekayasa cerita bagi menawan hati rakyat di Semenanjung bahawa "Sabah akan membuat kejutan politik". Jika rakyat Sabah mengulangi rekod PKR yang mendapat kosong kerusi DUN dan MP pada PRU12, bukanlah satu kejutan bagi rakyat Sabah jika sejarah PKR itu berulang pada PRU13 nanti.

Ribuan ahli-ahli PKR dan pemimpin-pemimpin kanan PKR Sabah meninggalkan PKR dengan menyertai STAR yang dipimpin Dt Dr. Jeffrey Kitingan. Puluhan cawangan-cawangan atau cabang-cabang PRK di merata pelusuk Negeri Sabah khasnya di Daerah pedalaman dibubarkan dan menyembah bumi. Patah cabangnya dan rantingnya dan tidak tumbuh lagi. Tiada liputan berita mengenai peristiwa sedih PKR ini tetapi hakikatnya telah berlaku.

Itukah andaian Anwar sebagai justifikasi bahawa Sabah akan melakukan kejutan politik? Berapa kali Anwar dan pemimpin Pusat PKR berkunjung ke Sabah meninjau bahagian-bahagian, cabang-cabang dan pejabat operasi mereka?

Dari memekikkan 'kejutan politik di Sabah" di tanah Semenanjung sebagai persepsi politik, sebaiknya Anwar harus lebih kerap datang atau menghantar wakil Parti untuk membantu dan menghidupkan Bahagian-bahagian dan cabang-cabang di Sabah. Keaddan mereka amat memilukan. Tindakan demikian lebih justified bahawa mereka tidak dianak tirikan tetapi dijadikan rakan dalam mengharungi badai PRU13 di Sabah. Mungkin Rakyat Malaysia di Semenanjung TIDAK juga akan terkejut jika Anwar bersara sebelum PRU13.

RELATED:
-Wan Azizah DESAK Saya Bersara Dari Politik - Anwar Ibrahim 

1 comment:

misis said...

you can try these out get more click to investigate navigate to this website why not find out more why not check here