Translate

Tuesday, July 10, 2012

Keyakinan Umum.

Anwar-Nalla dulu merupakan sahabat akrab. Kini mereka seteru besar. Kenapa Anwar sering menjadi musuh kepada rakan akrabnya?
 Sukar dibayangkan kegetiran dan kepiluan yang diharungi dan akan diharungi DS Anwar Ibrahim dan keluarganya menghadapi kemelut politik yang melandanya selama dia menyunsung arus perjuangan asal politiknya. Benturan demi benturan besar melanda politik dan peribadinya. Amat berat dan mecabar.

Bermula dengan Sodomi I dan rasuah, diikuti Sodomi II yang dikuti tuduhan terlibat dengan video sex dengan China doll. Kini sodomi II kelihatan muncul lagi dalam mewarnai liku-liku politik sukar Anwar.

Terakhir muncul lagi skandal video sex 20,000 salinan yang dicetak konon di Thailand. yang dikhabarkan dengan alin pelakon dan berkaitan rapat dengan kandungan kes lama dalam  perbicaraan Sodomi I.

Umum mengetahui, jawaban mudah Anwar sudah diduga terlebih awal, yakni "semua itu fitnah politik murahan UMNO atau konspirasi politik jahat UMNO dan Perdana Menteri!", walaupun belum pasti UMNO dan Perdana Menteri terlibat dalam menghasilkan video tersebut.

 PRU13 di ambang waktu, kes-kes skandal yang menghantui moral ketua pemimpin pembangkang ini pastinya akan belegar di mata umum. Sejauh mana senjata atau jawaban "fitnah dan konspirasi UMNO Najib" berhasil menepis isu ini sehingga dapat menyelamatkan Anwar di mahkamah?. Apa yang pasti soal moral amat penting sebagai satu ciri kepimpinan yang didambakan rakyat dan negara.

Jika keruntuhan moral dihidangkan di hadapan mata rakyat, apakah Anwar masih mampu mempertahankan keyakinan umum/public confident? Apakah Anwar masih menjadi kepercayaan pemimpin-pemimpin dari rakan Pakatan Rakyat, PAS dan DAP?

"Politics of denial" tidak mampu bertahan lama. Anwar sudah membayangkan untuk bersara politik dan akan menjadi pensyarah di Universiti luar negara. jika keyakinan umum sudah luntur dan pudar, itu pertanda pengaruh politik juga merudum. Jika kali ini Anwar menghadapi kesukaran menolak kebenaran, lebih baik berundur dari politik.

Kekadang, pejuang pantang mengalah sebelum ajal, tetapi wisemen don't fight a losing battle.

(Menunggu perkembangan selanjutnya)...

No comments: