Translate

Thursday, July 12, 2012

Kepala Penghasut Syor Gugur Pendakwaan di bawah Akta Hasutan..

Uncle Kit, Jangan halalkan Penghasutan!
Bila saja disebut mengenai hasutan dalam politik, ianya tidak dapat dipisahkan dengan pendekatan politik Pakatan Pembangkang yang saban hari mencabar kewibawaan pemerintah dan pasukan keselamatan. Dalam masa yang sama merekalah yang lebih lantang bercakap mengenai isu "no one is above the law".

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam tadi mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Pastinya penjenamaan Akta Hasutan ini kepada Akta Keharmonian masih tetap tidal menghalalkan kerja-kerja menghasut. Bagaimanapun awal-awal lagi Lim Kit Siang sudah melalak agar mengguggurkan pendakwaan kepada mereka yang telah didakwa menghasut di bawah Akta Hasutan.

Penjagaan terhadap kemajmukan masyarakat Malaysia BUKAN dengan cara melepaskan mereka yang didakwa menghasut. Agaknya LKS ini sudah semakin nyanyuk. Agaknya, penghasutpun asal saja menyokong DAP dan Pakatan pembangkang diserunya supaya dibebaskan!. Apakah Pakatan Pembangkan akan menghalalkan penghasutan jika mereka yang berkuasa....

Mentaliti sebeginilah yang perlu ditolak dan diketepikan oleh rakyat Malaysia dari pelbagai suku dan keturunan. Perpaduan dan keharmonian adalah penjamin utama kepada kemakmuran negara ini yang sekian lama kita kecapi. Apa erti kemerdekaan jika penghasut dibebaskan?

Kendatipun kerja pembangkang memang MEMBANGKANG namun nilai-nilai yang murni perlu ditanam pada setiap masyarakat. Selama ini Pakatan Pembangkang telah banyak menghasut bagi mendapatkan sokongan. Tetapi hasutan deni hasutan tidak akan betah dan tidak akan menguntungkan negara dan rakyatnya. Say NO to PENGHASUT....

No comments: