Translate

Sunday, July 15, 2012

KALAKAU ASET ATAU LIABILITI DALAM PKR?

Yang hilang dari BN (UPKO) pada 28 Februari 2010 adalah pemimpin veteran
Yang hilang dari PKR pada 28 Februari, 2010 ialah pemimpin muda

Hari ini 28 hb. Februari, 2010 (Sunday) adalah tarikh resmi penyertaan Datuk Kalaukau Untol dalam PKR. Pada tarikh keramat itu jugalah seramai 77 ahli pemuda PKR Permatang Pauh menyertai UMNO yang dterima permohonan mereka oleh Dato Zahid Hamidi. Mereka, kumpulan 77 itu, diketuai Cabang Guar Jering, Timbalan Ketua Pemuda En Fakhrul Che Umar dan Bendahari Cabang En Hesabudin Md Isa. Pada tarikh itu Kalakau hilang dari BN (UPKO), tetapi 77 hilang dari  PR (PKR).

Rekod politik Kalakau bermula dari PBS dengan memenangi kerusi MP Tuaran. Dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia. Dia kemudian meninggalkan PBS setelah berlaku pergeseran politik dengan PBS dan menubuhkan AKAR bersama Datuk Mark Koding (Mendiang) dan TS Pandikar Amin haji Mulia. Setelah itu dia menyertai UPKO dan dilantik sebagai Senator.

Kini, Kalakau dalam PKR Cabang Tuaran. Resam politik, memperkuatkan posisi dan memposisikan agenda politik adalah keperluan. Dalam situasi ini, Kalakau terpaksa berhadapan dengan Tuan Haji Ansari Abdullah, Ketua cabang PKR Tuaran dan bekas calon MP dari PKR dalam PRU12. Rekod pemilihan Ketua Cabang PKR tahun 2011, Kalakau telah menyebelahi pasukan En Edward Linggu (Edward Linggu menyertai PKR setelah tidak dicalonkan semula bertanding di DUN Tamparuli yang pernah dimenanginya atas tiket PBS) menentang  Tn Haji Ansari.

Sokongan Kalakau terhadap Edward membayangkan hasratnya untuk merebut untuk bertanding kawasan Parlimen Tuaran, kawasan yang memang dikenali sebagai kawasan pilihan Tn Haji Ansari Abdullah dan telah ditandinginya pada PRU12. Kalakau pula pernah memegang rekod sebagai MP Tuaran atas tiket PBS.

"Pertindihan keinginan" antara kedua-dua pemimpin PKR Tuaran ini dilihat sebagai pergeseran yang serius. Pastinya akan membawa padah jika penyelesaian yang jitu tidak dicapai oleh kepimpinan PKR. Jika rekod Kalakau bergeser dengan PBS, AKAR kemudian UPKO berakhir dengan dia meninggalkan parti-parti itu diambil kira, kini menjadi tanda tanya yang besar samada Kalakau dapat bertahan lama dalam PKR khasnya PKR Cabang Tuaran.

Sesungguhnya Kalakau amat mendambakan kemasukan Datuk Wilfred Bumburing ke dalam PKR untu memperkuatkan kedudukannya dan meyakinkan pimpinan pusat PKR bahawa, dia lebih mampu "deliver" berbanding Tn Haji Ansari. Tetapi, dalam masa yang sama, Pimpinan PKR harus melihat kualiti kesetiaan a.k.a loyalty kepada parti. Kekalisan Kalakau terhadap pergeseran kemimpinan dalaman politik memang menjadi persoalan yang perlu dirungkai. Daya tahannya terhadap pergeseran politik dan kepimpinan perlu dinilai dengan teliti.

Jika kemasukan secara resmi Kalakau pada hari pertama dalam PKR telah menghadiahkan petaka kehilangan 77 pemuda PKR, apakah keberadaan Kalakau kini dalam PKR telah memeningkan kepala kepimpinan? Apakah dia kini menjadi liabiliti secara fisikal dan secara rohani? Apakah faktor kepincangan dalam Cabang PKR Tuaran ini juga yang membuatkan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing tidak merealisasikan penyertaannya dalam PKR memandangkan dia sebagai pemimpin bertaraf veteran dalam UPKO?

Fikir-fikirkanlah.

2 comments:

PUTERI SENJA said...

Saya fikir krisis PKR Sabah telah menhalang penyertaan, bukan sahaja oleh Wilfred bumburing , tetapi juga oleh Dt Lajim Okin dan beberapa pemimpin yg disebut sebut. Sia yang mahu terlibat dalam krisis yg begitu. Saya fikir STAR lebih sesuai bertanding di Tuaran palimentary seat NOT PKR..

Anonymous said...

Pengundi di Tuaran yang mana majoritinya adalah KDM di Tamparuli dan Kiulu serta Bajau d Sulaman telah menyatakan pendirian mereka secara fakta bahawa wakil rakyat mereka haruslah daripada kaum mereka sendiri.....ia selaras dengan inspirasi kaum KDM dan Bajau secara majoriti.....Pergeseran seperti yang tertulis di atas adalah berbentuk hasutan dan fitnah....Persoalannya di sini ialah pengundi di Tuaran atau di Sabah amnya belum boleh menerima bangsa minoriti untuk mewakili mereka.....Cthnya....Tuan hj ansari telah bertanding lebih dari 5 kali di Tuaran melalui beberapa buah parti tetapi pengundi tidak menerima beliau kerana berbangsa India.....terbaru sekali ialah pilihanraya Batu Sapi di Sandakan.....ini serba sedikit mengecewakan penyokong kuatnya di Sulaman dan ada antaranya telah memasuki UMNO....mereka tidak puashati dengan perjuangan rakyat Tuaran telah bertanding di Batu Sapi hanya kerana ingin menjadi calon....sudah sampai masanya calon Pakatan di Tuaran diberi kepada calon lain yang boleh menang.....ini adalah suara rakyat Tuaran dan perlu diambil kira untuk mwnumbangkan UMNO.....