Anwar menghadapi tuduhan "civil disobedience". |
Pembangkang sudahpun memulakan kempen PRU13nya sejak keputusan PRU12 diketahui. Kenapa mereka perlu risau mengenai pengumuman PRU13. Bukankah itu di bawah kuasa Kerajaan yang memerintah, Takkan itupun nak "diliwat" pembangkang? Melampau!.
Nampaknya "bila air mula surut, akan kelihatan siapa yang mandi telanjang"!. Begitulah keadaan Pakatan Pembangkang kini. Masing-masing tidak dapat mengawal kehendak untuk menonjolkan diri dan ideologi masing-masing.
Penganjur anti Lynas sudahpun "dibogelkan". Rakyat dan para belia yang telah diajak berdemo dan bekerja keras mempromosi idelogi anti Lynas pastinya merasa sudah dipermainkan dan diperbodohkan bila pihak promoter memohon maaf kepada Lynas. Demonstrasi oren seakan banyak penyesalan kerana pantulan demo itu kena ke muka sendiri dan rakan karib.
Seketika yang lalu PAS cuba menghidupkan semula gagasan Sistem Pemerintahan Islam. Namun "bunyi batuk Karpal Singh" dan dehem Anwar dan Lim Kit Siang sudah cukup menghalang gagasan itu untuk diberi nafas baru oleh PAS. Penyesalan politik PAS sudah tidak bertempat lagi dalam Pakatan Pembangkang. PAS sudah jauh terlanjur.
Bersih-3 semakin membenam pengaruh PR kerana demo itu telah jelas menyelewengkan rakyat terutama belia-belia untuk melakukan keganasan. Ramai pihak antarabangsa mula mengutuk tindakan itu dan menganggapnya permulaan kejatuhan Anwar dalam sejarah perjuangan politiknya selama lebih 40 tahun.
Kes Anwar, Azmin dan Cekgu Bad masih pending di Mahkamah. Media kewangan antarabangsa sudah mengesorkan supaya Anwar mengaku bersalah kerana telah jelas melanggar peraturan dan melakukan kesilapan "civil disobedience". Inipun diuar-uarkan akan boleh menghalang hak mereka untuk bertanding jika disabitkan kesalahan.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, menyatakan, PR akan mengumumkan tarikh PRU14 JIKA PR memerintah. Jika tidak bermakna lupakan saja saranan beliau.
Resmi PR pada PRU12, berpecah pada saat-saat akhir sebelum pembubaran Parlimen dan DUN. Kenapa PR terlalu risau dengan tarikh PRU13? Bukankah mereka sudah lama berkempen sejak keputusan PRU12?
Nampaknya mereka terlalu takut kerana air laut yang semakin surut. Mereka takut, jika air surut penuh, mereka terpaksa menutup kemaluan dengan tangan!
No comments:
Post a Comment