Translate

Monday, July 16, 2012

KHEMAH INSPIRASI VS LOYALTY

Calon PR MP Tuaran: Ansari atau Kalakau?
Sempena “Syarahan Perdana Ulang Tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat Negeri Selangor”, di Stadium Malawati Shah Alam, kira-kira dua tahun yang lalu, Datuk Kalalu Untol menifatkan dirinya berada dalam “khemah inspirasi”.
.
Dalam ucapannya, beliau berkata "...Tetapi sekarang ini, siapa juga pemimpin BN sampai ke Sabah dan mengatakan BN kuat, jangan. Kita tidak percaya!...”. Seolah-olah bila ada pemimpin  dari Sabah seperti Kalakau berucap di Selangor tentang Sabah, itu BARU BOLEH PERCAYA BAH!. Di mana jua anda berada, teruja kah anda?

Ungkapan ucapan Kalakau yang pastinya mendapat tepukan gemuruh di Selangor ialah: “...Sebab, kita ada kerajaan negeri Sabah, empat kali tukar kerajaan. This is the first time in Selangor (Ini kali pertama di Selangor). Sabah empat kali. Tapi kita tak boleh buat apa-apa. Kalau kita hanya tukar kerajaan negeri, kita tidak boleh tukar apa-apa dasar untuk negara...,”
.
Di Sabah, Khasnya di Tuaran, ungkapan seperti di atas itu oleh Kalakau sudah seperti "sambal belacan". Hampir tiap detik kita disajikan dengan slogan "ubah dan ubah dan ubah lagi". Pastinya anda akan rasa muak jika pemimpin yang TIDAK pernah berubah mengajak kita melakukan perubahan demi perubahan demi perubahan!

Kalakau, melalui Angkatan Keadilan Rakyat-AKAR, pernah berusaha untuk menyingkirkan TS Pairin Kitingan sebagai Ketua Menteri Sabah dalam era Kerajaan PBS atas landasan aspirasi dan ispirasi untuk perubahan. Bagaimanapun, dia gagal merealisasikan inspirasi perubahan seperti yang dia kehendaki. Akhirnya dia singgah juga di Khemah PBS setelah meninggalkan AKAR dan kemudiannya berhijrah ke khemah PDS yang akhirnya dijenamakan sebagai UPKO.

Kini. Kalakau berada di khemah baru, PKR, khasnya PKR Cabang Tuaran. PKR yang pernah dilebenya sebagai "Khemah Inspirasi". Di sini, Kalakau sudah mula memalu gendang perangnya perubahannya dengan meyokong Kem Edward Linggu menentang Kem Tuan Haji Ansari Abdullah. Edward Linggu akhirnya tewas. Samalah tewasnya Kalakau secara moral dalam Khemah inspirasinya.
.
Kalakau agak terperangkap dalam dilema ciptaanya sendiri apabila Edward Linggu membuat keputusan meninggalkan PKR bersama penyokongnya menyertai STAR. Persoalannya, mampukah Kalakau berunding dengan cara berkualiti dengan Tuan Haji Ansari memandangkan dia masih memegang "smoking gun" menyerang Ansari?

Kedua-dua, Ansari dan Kalakau, menyimpan niat untuk bertanding kawasan Parliment Tuaran. Kalakau pernah menjadi MP Tuaran semasa era PBS. Dia tewas kepada Datuk Monggoh Orrow (PBS) semasa penggal kedua Pemerintahan PBS. Ansari pula bertanding kawasan Parliment Tuaran pada PRU12 tetapi tewas di tangan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing (BN).

Ansari memang menjadi kepercayaan DS Anwar Ibrahim sebagai seorang yang loyal kepada parti. Manakala Kalakau popular sebagai pemimpin yang tidak kalis pergeseran politik. Kawasan Tuaran pula sekian lama menjadi kawasan yang diperuntukkan kepada calon KDM. Apakah pilihan PKR, Khemah Inspirasi atau Khemah loyalti? Apa yang hampir pasti mereka akan berhadapan dengan saingan STAR menghadapi calon BN di kawasan Parliment Tuaran.

No comments: