Translate

Thursday, January 21, 2010

Uncle Lim Bakal Ketua Pembangkang dan Pakatan? Pemimpin Tak masuk Buku dan Yang Direhatkan, Ke Tepi....

Ketua Pembangkang dan "Raja" PKR banyak memikul beban dan kontrovasi. Sudah beberapa kali di minta "bertaubat" tetapi hari demi hari "tangguh, tangguh dan tangguh lagi". "Dia banyak melakuka kemusnahan. Dia mesti bertaubat"..

Akhir-akhir ini Tsunami melanda PKR. "Tebing" Ijok pecah. Sebelum itu "Jambatan PKR Sabah" terbakar kerana berlaku "pergelutan pangkat" Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Wasiat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR ialah melantik DSAI sebagai Pengerusi Perhubungan bagi Sabah dan Sarawak. Tetapi wasiat itupun tidak di pakai "raja PKR'. Thamrin Haji Jaini masih meneruskan peranannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Berikutan dengan itu aksi "bermasam muka berterusan dalam PKR Sabah" sehingga saat ini.

Di Sarawak, sebuah negera yang besar dalam Malaysia, PKR hanya berjaya mengenal pasti 5 orang (LIMA SAHAJA) calon-calon yang "berpotensi" untuk di ketengahkan. Ini adalah pertanda PKR lemah di Sarawak. Ramai yang sudah meuar-uarkan PKR di Sabah dan Sarawak akan "membakul telur" (dapat kosong)  dalam PRU13 nanti melihatkan keadaan PKR di Sarawak dan Sabah yang terlalu lesu. PAS memang ditunggu pengundi pribumi Sarawak yang pernah diaibkan dengan jolokan "pakai cawat" selepas kekalahan PKR di Batang Ai. So, Pakatan Rakyat diramal ramai sebagai kekeringan pengaruh di Bumi Kenyalang.


Di Kuala Selangor, Cabang PKR musnah dilanda "ribut taufan!" yang menyaksikan MB tersungkur tanpa jawatan Ketua Cabang. Cabangnya diterbangkan ribut taufan apabila majoriti besar AJK PKR meletakkan jawatan , temasuk Ketua Pemuda dan letua Wanitanya, kerana hilang keyakinanan terhadap kepimpinan ketuanya yang juga MB Selangor. Kejadian ini merupakan satu sejarah yang boleh dimasukkan dalam "Guinness Book of Political Record" di mana seorang MB dan Ketua Cabang tidak dipercayai oleh AJKnya sendiri. Apatah lagi pengundi dan rakyat biasa. Tidak keterlaluan jika dikatakan pemimpin seperti ini sudah "tidak masuk buku lagi".

Bila tiang-tiang PKR bermasalah, dan mulai reput, rumah raja PKR pasti goyah . Selain Kes Liwat, perbuatan mengaibkan negara Malaysia tercina di dunia luar, menjadi "make up" hitam yang terpalit di wajahnya. Dia kini kelihatan lebih hodoh dan semakin menghampiri tahap OKU Politik. Rasuah demi rasuah yang dipekikkannya dengan lantang kini melanda isi rumahnya. Perniagaan Pasir yang melonggok rupanya menyerlahkan pekung rasuah yang selama ini menjadi senjatanya menyerang kerajaan. Jika kerajaan sekecil PKR kini melakukan "Rasuah Besar", bagaimana nanti jika dia mejandi "Kerajaan Besar"? Barangkali menggunung rasuahnya?

Tidak mungkin pemimpin sebuah "rumah kecil" yang berantakan dipilih mempimpin sebuah "rumah besar: "Dia perlu bertaubat". Tambahan lagi dia sudah semakin tua. Usia sudah tidak mengizinkannya 'merrrrrrobbbbahhh" keadaan dan sesuatu dengan membanggakan. Oleh itu dia kena mengosongkan jawatan Ketua Pembangkang dan Ketua Pakatan. Dia perlu direhatkan. Siapa yang bakal mengambil alih?

Kemelut kepimpinan utama PAS sejak akhir-akhir dilihat mengelisahkan ramai pihak, BUKAN sahaja di kalangan ahli-ahli PAS, malah di kalangan penyokong PAS lama dan baru. TGNA dan TGHH hampir terjerumus ke lembah pertentangan dan krisis kepimpinan. Angkara siapa? Kalo tanya PKR dan DAP sudah pasti jawab mereka angkara UMNO-BN!!. Semua yang berkecamuk adalah angkara UMNO -BN. Aneh! urusan rumah-tangga sendiri, orang lain dipersalahkan.

Thumb Up TGNA kepada LKY itu angkara UMNO-BN?. Jika TGHH berjaya disingkirkan dalam kepimpinan PAS, siapa lagi yang layak menjadi "contender" Raja Pakatan setelah DSAI direhatkan?. "Politic is a game of possible". Sudah bersediakah PAS menerima kepimpinanan Uncle Lim sebagai peneraju Pakatan Rakyat atau "raja Pakatan Rakyat?. Inilah kemungkinan yang paling tinggi di hadapan kita semua.

RELATED....
1. Ada-yang-tidak-kena-dalam-PKR
2. Trend Hilang Kepercayaan Kepimpinan PKR Akan Terus Berlaku

No comments: