Translate

Friday, June 26, 2009

DSAI Nak Tumis Jantung dan Hati BN Untuk Hidangan Makan Malam BN

Satu masa dulu, pencuri memasuki kebun sayur nenek saya dan mencuri hasil tanamannya. Bila pencuri tertangkap, pencuri itu berkata "siapa suruh nenek kamu tak pagar baik-baik tanamannya". Ini kata nenek saya: "lain juga...dia masak jantung dan hati kita, kemudian dia suruh kita makan".. Saya pinjam kata-kata nenek saya untuk melihat tomahan DSAI mengenai peruntukan Kerajaan Persekutuan di Negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat yang tersiar di Harakah Online seperti berikut:-
Gambar Hiasan: Agaknya Kalau BN tak bagi Peruntukan, George Soros sedia sign check! Tian Chua boleh nanti persembahkan ke Negeri-negeri yang DSAI nak!!.

"Saya beri contoh, mengikut peruntukan per kapita mengikut negeri-negeri, negeri-negeri yang terbawah peruntukan, paling rendah ialah Pulau Pinang, kedua rendahnya Kedah, ketiga rendahnya Kelantan, keempat Selangor, kelima Perak. Negeri-negeri Pakatan Rakyat duduk di tahap paling rendah dari segi peruntukan Kerajaan Persekutuan".-DSAI

DSAI mahukan peruntukkan Kerajaan Persekutuan ke Negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat ditambah. Agaknya kerana Negeri- Negeri ini ingin dibuktikan Anwar sebagi negeri yang lebih progress dari Negeri-Negeri yang di Perintah BN. Lalu Anwar meminta BN untuk naikkan peruntukkan. Dia gunakan perkataan "peruntukan perkapita" yang sukar difaham orang biasa supaya dia dapat membalun BN secara putar belit bahawa negeri-negeri ini didiskriminasi dalam pemberian peruntukan.

Pelik kerana DSAI mahu duit BN tetapi dia mahu kuasa kekal di tangan Pakatan Rakyat. Ini adalah gambaran bahawa Negeri-Negeri di bawah Pakatan Rakyat tidaklah sehebat Negeri-Negeri di bawah BN. Pulau Pinang, Selangor dan Perak adalah antara Negeri yang kaya di Malaysia. DSAI tak perlu minta lebih-lebih. Gunalah MB atau KM untuk minta dengan mengikut saluran dan prosedur tertentu BUKAN saluran yang salah. Lagipun agensi dan jabatan Persekutuan di sana boleh minta peruntukan seadil-adilnya. MB Perak BN. Tak perlulah Anwar ajar!! Ataupun DSAI lupa PERAK itu BUKAN negeri diperintah PR. BN taulah macam mana nak tadbir!!!.

Janganlah "tumis jantung dan hati BN untuk dihidangkan sebagai makan malam BN. BN tahu apa yang terbaik untuk rakyat Malaysia. BN tidak mengapi-apikan semangat rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum untuk mencurigai sesama mereka demi mendapat kuasa.

9 comments:

Anonymous said...

Kan DSAI tu orang maha kaya tetapi dia berpura-pura sebaliknya. Kenapa nak gunakan taktik menyalahkan BN yang saya kira dah basi?

Kepada negeri-negeri di bawah PR, janganlah malu-malu minta DSAI yang jadi pujaan itu. Atau mungkin mereka sendiri berpura-pura tak cukup duit dan salahkan BN. Lagi pun, tak payahlah minta Kerajaan Persekutuan sebab mereka kata mereka hebat dan boleh menjana wang sendiri dan boleh berdikari.

anaklangkawi said...

salam..
DSAI mmg berpura2 & tak boleh dipakai..
walau apapun yg dickp..

sanggup mempergadaikan maruh demi DAP

TAAVEEKUN PERAK said...

betol,dsai duit mmg byk.tak kurang 5 billion.mana pegi nya duit2 tu?dah disonglap ke?

Unknown said...

Page d'accueil dolabuy visitez répliques de sacs 7a en gros Aller ici répliques de sacs 7a en gros

mcshesea said...

click for more info try this out click here for more try these out click to investigate Goyard Dolabuy

Unknown said...

k5p59p9k50 y2q53g1r07 i0i37p4s58 x1d05p5a01 t5c51h6a20 d4u73k3o16

sismithe said...

b2d82k7q56 v7d56j1e70 s2y84l3s40 t8b15b9t08 j1v47l5c70 g2w85f2s96

thidaph said...

x7x84l5y82 s0h56u2i49 p2u05h7g89 l4h89h2d16 d2s11t2d53 l2s37y8y00

Anonymous said...

تسديد قروض