Translate

Wednesday, June 24, 2009

SELEPAS UG GAGAL, MANEK URAI JADI ”ANAK ANGKAT YANG MANJA”

Keputusan PRU12 N.41- Manek Urai.
Manek Urai akan jadi anak angkat yang dimanjakan oleh peraih undi yang pastinya ingin tahu samada ianya satu "variable" yang signifikan dalam menganalisa gelagat pengundi selepas idea UG yang digagalkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Selepas gagalnya Kerajaan Perpaduan, sebelumpun dibawa ke muzakarah, PAS meminta supaya isu ini ditutup. Memperkatakannya sudah tidak perlu dan tidak lagi relevant. Namun, ramai terus memperkatakannya, menimbang mengira akan untung ruginya idea ini digagalkan Pakatan Rakyat.

Malis Presiden Pakatan Rakyat memang berhasrat tinggi untuk menguburkan idea ini kerana ianya sesuatu yang fatalistik buat PR. Lalu, Mesyuarat Majlis Presiden perlu segera dibuat by hook or by crook, bila-bila masa dan di mana jua. Di bawah pokok sekalipun akan dihadiri DAP dan PKR, asalkan keputusan menguburkan UG dapat dicapai. Keputusan menolaknya awal-awal lagi sudah disimpulkan di kepala DSAI dan LKS. UG hanya perlu diendorse dan dimeterikan untuk disebarkan di media massa dan pengetahuan umum agar nafasnya putus. TGHH diletakkan pada kedudukan tidak boleh ada kata dua. Gear gostannya sudah dikunci Anwar. Malah tempat duduknya dipagari jauk-juak DAP dan PKR agar TGHH tidak lagi dapat lari dari sidang Mesyuarat Majlis Presiden PR.

Bukan sedikit ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli PAS yang merestui dan menyokong kerajaan Perpaduan ini. Ini tidak juga bermakna tiada pihak UMNO dan PAS yang menolaknya. DAP dan PKR tidak boleh mencebir bibir kepada BN dan UMNO dengan kegagalan ini kerana sebenarnya idea seperti ini akan kembali “hidup” bila-bila masa dan ketika yang sesuai sebelum PRU13 walaupun cuba dikuburkan oleh DAP dan PKR.

Perlu diingat bahawa hanya 10 MP PAS mendokong TGNA menolak UG. Bagaimana MP PAS yang 14 lagi? Adakan MP PAS ini akan didesak lagi oleh Majlis Presiden yang dikuasi DAP dan PKR untuk menyatakan pendirian mereka? Apakah benar DAP dan PKR hanya memperkuda PAS unruk memenuhi hasrat dan kemahuan mereka yang meluap untuk mendapat kuasa?

UMNO sejak awal lagi mahu menjadikan Manek Urai sebagai anak angkat kiranya UMNO memenangi PRK Manek Urai.

''Harapan kita dengan semangat yang tinggi akan mampu mengubah semangat desa di Manek Urai, di sini banyak orang kampung, infrastruktur dan taraf hidup perlu dipertingkatkan. ....Saya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan nasib rakyat Manek Urai terbela yang rata-rata memerlukan banyak bantuan dari Kerajaan Pusat,"-- Datuk Mustapa Mohamed.

Tentunya Kerajaan Perpaduan yang digagalkan Majlis Presiden PKR yang dikuasai DAP dan PKR akan menjadi isu UG sebagai “bubur caca” di PRK Manek Urai. Parti-parti yang bertanding pasti akan memanipulasi UG. Bahkan PAS sendiri yang mengatakan isu UG ditutup dan tidak perlu dibicarakan lagi kerana tidak releven akan mengeluarkan anak kunci emasnya membuka pintu bagi isu ini diuar-uar menjadi bubur caca yang lebih lazat.

Oleh itu jadilah Manek Urai ini anak manja yang akan dipujuk rayu dengan seribu satu tawaran yang istimewa-istemewa belaka. Semakin merajuk dan masam muka semakin Manek Urai perlu dimanja, kerana sebenarnya BN dan PR akan berusaha membeli hati mereka dengan “bunga-bunga harum dan berseri” di musim Pilihanraya.

4 comments:

mrakunman said...

Salam Ziarah Liza... betul juga.. dalam politik macam macam boleh jadi. Tetapi godaan Manek Urai.. jangan merungkai semuanya.. nanti ilmu pujuk rayu.. menjelama.. habis gerimis timbulah senja.

SOLYMONE said...

Salam Liza,
Rasa nya, isu kerajaan perpaduan yang hangat di persoalkan selama ini, tidak akan banyak memberi kesan kepada pengundi di kawansan PRK Manik Urai.

Cadangan kerajaan Perpaduan ini, boleh di kata kan isu nasional..dari Perlis hingga ke Sabah.

Sedang kan penduduk di Manik Urai ini lebih memikirkan hal-hal yang banyak berkaitan dengan sara hidup seharian mereka.

Kalau pun ada yang bijak pandai dari sana, kebanyakan nya sudah berhijrah ke Kota Bahru atau Kuala Lumpur.
Agak nya, mereka yang maseh tinggal di sana tidak banyak memikirkan sandiwara politik.

So, kalau sehingga hari ini Kerajaan PAS telah memenuhi selera mereka, rasa nya; kehadiran UMNO disana sekadar memenuhi syarat.

Suasana romantik persis “bunga-bunga harum dan berseri” itu, ada lah setakat sebagai gerimis di kala senja (ungkapan sdra mrakunman.
Atau pun (menurut sdra-sdra di Ranau) hanya saperti hembusan angin-angin surukan.

Fikir-fikirkan lah

Junah said...

Salam,

undi PAS=Undi DAP

Kumbang said...

PAS cakap tak serupa bikin.
Resmi lalang mengikut angin.
Pandai bicara tak tahu kota.
Ada hati tapi buta.
Tak kenal mana kaca,mana permata.
Kelak nanti habis putih mata.