Translate

Thursday, November 5, 2009

Biduk Lalu Kiambang Bertaut


"Blood is thicker than water". Inilah gambaran antara dua beradik, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan  yang berada dalam dua bahtera politik yang berlainan."Biduk lalu kiambang bertaut", "Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga".


Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang terlibat dalam kancah pergelutan tampuk kepimpinan PKR Negeri Sabah kelihatan sebagai underdog. Kepimpinan PKR Pusat ternyata menyebelahi Ahmad Thamrin Haji Jaini (TJ). Walaupun Jeffrey adalah Naib Presiden PKR Malaysia berasal dari Sabah, pemegang jawatan paling senior anatara pemimpin PKR Sabah, namun dia dinafikan untuk menjawat jawatan itu.

Sejak perlantikan Azmin Ali, MP Gombak, Selangor, sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Jeffrey yang mengidamkan jawatan itu sudah mula sedikit terkilan. Ada yang mengatakan bahawa pemimpin PKR Sabah sudah berputih mata selepasa DSAI melepaskan jawatan itu. Menyedari kedudukan Azmin dalam PKR Sabah bersifat sementara, Jeffrey menerima kenyataan itu dengan berlapang dada.

Bagaimanapun bila ada ura-ura bahawa Azmin berhasrat menamakan Dr. Haji Hamzah Amir , Ketua Cabang PKR Kalabakan, Tawau, sebagai bakal dinobatkan sebagai pengganti Azmin, Jeffrey mula kepanasan. Bahang juga turut dirasakan oleh Cabang-Cabang PKR di seluruh Negeri Sabah yang menyokong Jeffrey untuk mengepalai PKR Sabah. Atas dasar "demokrasi" mereka menyusun stategi dengan mengadakan mesyuarat sesama mereka dan membuat syor kepada pucuk pimpinan PKR pusat agar Jeffrey dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Sabah. Bagaimanapun syor mereka dinafikan PKR Pusat.

Perlantikan Thamrin menggantikan Azmin mengejutkan ramai pihak. Jeffrey dan Christina Liew, antara pemimpin Senior PKR Sabah bertindak balas. Mereka meletakkan jawatan senior mereka dalam PKR.

Ke mana haluan Jeffrey dan Christina membawa penyokong mereka?.

Di saat-sat kemelut PKR Sabah memuncak dan "jambatan" perhubungan Jeffrey dengan PKR marak menggila, Sabah Progressive Party-SAPP, parti yang telah bertindak lebih awal keluar dari Barisan Nasional, telah mengumumkan bahawa SAPP akan bertanding 40 Kawasan DUN menjelang Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13). Seolah-olah satu isyarat kepada Jeffrey dan Christina bahawa pintu SAPP terbuka luas untuk menjadi bahtera pelayaran politik baru bagi mereka.

Perkiraan awal, campur tolak, umum melihat bahawa Jeffrey tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan. Dia masih "cedera politik". Dia pasti akan bercuti-cuti politik seperti kebiasaan yang dilakukannya. Perkiraan awal, ke mana saja Jeffrey melompat, pastinya Christina akan bersama-samanya memandangkan "kecederaan politik" mereka adalah sama. Christina yang pernah bertanding di DUN Luyang menentang YB. Melanie Chia (SAPP-Ketika itu calon BN), sudah pasti tidak menarik bagi Christina menyertai SAPP. Barisan Nasional sudah kehilangan kawasan itu setelah Melanie Chia (SAPP) keluar dari Barisan Nasional. Nyatanya terdapat ruang yang terbuka bagi Christina di situ. Tetapi apakah pilihan Christina?

Jeffrey pula sudah tidak mampu lagi menentang perjuangan abangnya, Pairin dan PBS. Jeffrey hanya pernah menang dalam PRU semasa dalam PBS yakni di DUN Bingkor. Selainnya, Jeffrey terus mengalami kekalahan walaupun dengan majoriti yang amat sedikit. Jeffrey juga pernah berhentap dengan abangnya, Pairin, di Parliment Keningau yang menyaksikan mereka berdua memang menpunyai penyokong yang ramai. Namun Jeffrey tewas.

Biduk lalu kiambang bertaut. Demikian peribahasa. Pada ketika Jeffrey mengalami kecelakaan Jalanraya, dalam menunaikan perjuangannya mempopularkan PKR di Sabah, abang Jeffrey, Pairinlah yang memberi perhatian yang konsistan kepada Jeffrey, BUKAN Anwar Ibrahim. Batas politik tidak menghalang hubungan mereka. "Blood is thicker than water". Kiambang kini harus bertaut dengan rapi setelah biduk berlalu. Jeffrey yang terjebak dengan kancah pergelutan politik dalam PKR Sabah tidak harus berjalan "going around the bushes" yang memenatkan. Pendapat umum menyatakan bahawa Jeffrey perlu kembali ke PBS bersama-sama Christina dan penyokong mereka. Meskipun Jeffrey pernah dilaporkan berkata bahawa tiada guna dia kembali ke Barisan Nasional, tetapi ungkapan itu bukannya versi kitab suci yang tidak mampu diubah.

Apakah Christina Liew @ Oi Liew Jin akan diberi peluang "rematch" dengan Melanie Chia di Luyang jika dia bersama Jeffrey apabila Jeffrey bertaut dengan PBS semula? Pertembungan ini amat menarik diikuti jika ianya benar-benar akan berlaku kerana Melanie dulu calon BN menewaskan Christina PKR, Apa pula yang akan terjadi jika Christia calon BN dan Melanie Chia pula calon pembangkang?

Persoalannya kini ialah bahtera mana yang Jeffrey akan pilih untuk pelayaran seterusnya? Apakah Christina akan bersamanya jika Jeffrey menyertai PBS?... Kita ikuti perkembangan selanjutnya....

5 comments:

Anonymous said...

nak tanya.. sekarang SAPP sokong Barisan Nasional bukan?

YANG GAMBI said...

Salam S.Liza, satu paparan yang baik untuk diketahwi.......

Perlu diingat, PAS dan PKR yag mengajar persaudaraan sedarah, seagama berpecah........, kepada yang sedar harus menjauhi mereka,,,,

Senjaliza said...

Salam MCyber, SAPP telah keluar BN tahun 2008 sebelum 16 September, 2008. Salah perkiraan konon Anwar nak jadi PM.

YgGambi, Itulah yg perlu disedari PAS Kena fahama dan sedar siapa sebenarnya jamaah seperti kata TGHH.

BAKAR BIN JAMBATAN said...
This comment has been removed by a blog administrator.
BAKATR BIN JAMBATAN said...

Jika Christina ikut Jeffrey masuk PBS. Lawan Melanie Chia @ Pembelot di DUN Luyang. Yong Teck Lee (Bapa Pembelot) tolong Melanie Pembelot. Dr. Yee Moh Chai tolong Christina @ Oi Liew Jin kerana sudah satu perahu...nahh..putih mata Melanie..SAPP golong tikar oleh DAP sebab YTL ikut telunjuk AnWar al-juburi yg bertuankan DAP..Buka mata, buka minda. Berapa kawasan SAPP tanding 40? wahhh nafsu besar!!!