Sebelum ini kita telah mendengar krisis awal PKR Sabah. Krisis dalaman sebenar belum lagi terdedah selain dari jari-jari telunjuk yang menunding bekas Setiausaha PKR Sabah, Awang Ahmadsah Dt. Haji Awang Saharin, dan Jalumin, ketua Bahgain PKR Kota Belud yang dikatakan menjadi arkitek kepada lobi melobi kepimpinan PKR Sabah.
Terkini adalah cabaran pertama PKR Sabah yang tergesa-gesa memanggil Ketua-ketua Bahagiannya bermesyuarat ketika musim ribut dan tengkujuh melanda PKR. Dari penilaian pemerhati politik, tindakan memanggil mesyuarat ini bagai "mengerah para nelayan ke laut ketika cuaca menggila dan mengancam keselamatan mereka". Tidak tepat dan belum cukup wajar. Kata mereka lagi, tindakan memanggil bermesyuarat ini kurang menepati taktik peperangan. Barangkali kerana membaca "The Arts of War" tak habis capter pertama!.
Dari 25 Bahagian PKR Sabah, hanya 6 bahagian yang hadir atau menghantar wakilnya. Keadaan ini tentunya dapat dijadikan modal peribadi oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Christina Liew bahawa "pengaruh mereka dalam PKR Sabah" tidak mudah diremehkan. Namun bagi mereka terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Jeffrey telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia telahpun membakar jambatannya ke PKR. Maksudnya bahawa dia tidak lagi mempunyai penghubung kukuh dengan PKR. Dia juga melonggokkan kemarahannya dan kekecewaanya dengan mengatakan bahawa dia dan penyokongnya sudah tidak lagi sanggup menjadi alat kepada politik luar (Kuala Lumpur) yang hanya bermatlamatkan merebut atau menggapai kuasa.
Christina Liew juga menzahirkan kekecewaanya dan keluarganya terhadap PKR yang tidak mengenang budi dan pengorbannya selama 9 tahun. Perletakkan jawatannya sebagai AMT pusat sudah cukup dilihat sebagai "menungkah arus".
Walaupun Jeffrey dan Christina masih mengekalkan keahlian mereka, namun pemerhati politik tempatan sudah mula membuat kesimpulan bahawa "kemusnahan yang telah terjadi" adalah sesuatu yang terlalu sukar marah hampir mustahil untuk diperbaiki atau dikembalikan seperti semula atau sedia kala.
Selain itu, Ketua Cabangg PKR Sepanggar, Datuk Haji Halik Zaman, seorang veteran politik juga bertindak meletakkan jawatan dan keahliannya dalam PKR. Namun sebagai seorang veteran politik, dia hanya memberikan alasan ingin menumpukan banyak masa menjaga perusahaan sarang burungnya di Kinarut. Well done Datuk. Selamat Maju Jaya.
Terdapat juga pihak yang ghairah melihat krisis ini. Merka ini tergolong dalam kumpulan yang sudah lama mengintai ruang dan peluang. Sekurang-kurangnya banyak ruang kosong untuk diisi. Datuk Kong Hong Ming yang baru dilantik menggantikan Christina Liew sebagai boss no. 2 PKR Sabah awal-awal lagi melepaskan sebutir pelurunya dengan mengatakan "This is not a one man political party". Kenyataan ini dirujuk sebagai menampan kenyataan umum yang berlegar di publik yang mengatakan bahawa" PKR Sabah adalah sinonim dengan Jeffrey Kitingan dan Tanpa Jeffrey Kitingan seolah-olah tiada PKR Sabah".
Cabaran kepada kepimpinan yang terkini ini merupakan ujian besar kepada barisan kepimpinan PKR Sabah yang baru (walaupun lama) yang menjadi pilihan DSAI, DS Wan Azizah dan Pucuk pimpinan PKR Pusat. Kata orang 'Kepimpinan yang besar dan sebenar hanya akan menonjol dan teruji keupayaannya apabila saat genting menjelma". Sama-sama kita tunggu....
Selamat menghadapi dan menyahut cabaran......

No comments:
Post a Comment