Translate

Tuesday, January 25, 2011

PELANCONGAN DI SABAH BANYAK BERGANTUNG KEPADA IBU NEGARA..


"Perjalanan udara pula terhad kepada pelancong yang terbang ke ibu negara, untuk ke Malaysia Timur," katanya pada majlis sambutan operasi pesawat Boeing B737-800 Firefly Sdn Bhd, Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KKIA) di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun. ....Sepenuhnya di sini..

105 comments:

lin said...

memandangkan permintaan yang semakin meningkat, syarikat penerbangan haruslah menyediakan lebih jumlah perjalanan antara KL dan KK. ini bagi memajukan lagi potensi pelancongan yang ada.

lin said...

memandangkan Sabah merupakan negeri yang mempunyai potensi yang besar dalam industri pelancongan, maka usaha untuk memajukan lagi sektor pelancongan perlu dilakukan lagi. ini bagi menambahkan lagi pendapatan ekonomi yang sedia ada.

tombolo said...

lakukan untuk menarik lebih ramai pelancong termasuk memberi kemudahan perjalanan.

Anonymous said...

Musa Aman dan Masidi nda perlulah buat kenyataan2 pro-politik. Kalu betul apa yg diorg perkatakan, buat apa kasi besar itu KKIA, kalu setakat mengharap penerbangan dari KL sahaja? Ekonomi nda pandai nih! Mau bodek org Malaya untuk masuk kocek sendiri. Cari dana utk SPR-KIMANIS punya projek kah datuk?

Anonymous said...

Betul ke Sabah bergantung kepada Ibu Negara dalam sektor pelancongan?

Jason said...

Apapun, saya berharap sektor pelancongan di Sabah akan berkembang maju.

Batresiah said...

Alangkah baiknya jika ada penerbangan terus ke KKIA, Sabah. dan tidak perlu berhenti di KLIA. Lebih mudah dan senang. Pelancong dapat mengurangkan kos untuk penerbangan.

neji said...

jika bilangan penerbangan dapat ditingkatkan, maka secara tidak langsung jumlah pelancong yang datang ke negeri ini juga dapat ditingkatkan. itulah satu2nya kaedah pengangkutan yang mampu membawa pelancong ke negeri ini.

Paquin said...

Ya betul juga la... Makin banyak jadual penerbangan maka makin mudah lah pelancong berkunjung ke Sabah.

Paquin said...

Semoga sarana CM ni diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan pertumbuhan industri pelancongan Sabah bertambah pesat.

Paquin said...

Potensi pelancongan di Sabah jangan dipersiakan. Pastikan ia terus berkembang:)

Paquin said...

Jika Sabah tidak perlu bergantung lagi pada ketibaan pelancong dari KL, rasanya pasti banyak impak positif di Sabah dlm bidang pelancongan kan. Secara tak langsung ekonomi pun boleh berkembang.

Paquin said...

Apapun sama2 lah kita mengharapkan hasil postif daripada saranan ni nanti.

Jonny said...

Harap sektor pelancongan Sabah akan berkembang pesat.

Anonymous said...

mohon link http://wicararumi.blogspot.com

Mohd Ishak said...

Mungkin lebih baik jika boleh direct flight ke Sabah.

Anonymous said...

Sabah adalah tempat yang baik untuk datang melancong. Marilah.

Anonymous said...

compliment the image youve just carved. You are done. Now how [url=http://www.designwales.org/isabel-marant-outlet.htm]Isabel Marant outlet[/url] Associates, then simply contact us directly by phone or email. [url=http://www.designwales.org/mbt-outlet.htm]Cheap MBT shoes[/url] you ever heard of the "say my name, say my name" game? Let me [url=http://www.designwales.org/nfl-outlet.htm]Nike NFL Jerseys[/url] His unrivalled exploits in this notorious industry and hunger
light glows in green this symbolizes that the base unit is [url=http://www.designwales.org/mbt-outlet.htm]http://www.designwales.org/mbt-outlet.htm[/url] equipped receiver units. It is desirable to provide a means for [url=http://www.designwales.org/nfl-outlet.htm]NFL Jerseys outlet[/url] contracted pharmacy network-based delivery of Public Health [url=http://www.designwales.org/isabel-marant-outlet.htm]http://www.designwales.org/isabel-marant-outlet.htm[/url] about living and leaving like Jack LaLanne. I know you are tired
people, you possibly can have a look at this juicer overall to [url=http://www.designwales.org/isabel-marant-outlet.htm]Isabel Marant[/url] can be difficult. Doing small study prior to buying a great idea, [url=http://www.designwales.org/nfl-outlet.htm]NFL Jerseys sale[/url] advantages to telephone users, especially where standard [url=http://www.designwales.org/nfl-outlet.htm]Nike NFL Jerseys[/url] to think of your mower jack the way you would a car or another

Anonymous said...

Sabah adalah destinasi terbaik untuk pelancongan

Anonymous said...

Di sebalik insiden pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, industri pelancongan di negeri ini masih menunjukkan perkembangan positif dari segi jumlah ketibaan pelancong.

mantera said...

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri, Datuk Raymond Tan berkata melihat kepada peningkatan jumlah pelancong yang semakin baik, beliau percaya industri pelancongan di negeri ini akan meningkat.

mantera said...

Katanya, pada tahun ini sasaran ketibaan pelancong datang ke Sabah adalah seramai 3 juta orang dan daripada jumlah itu, ia dijangka akan menyumbang sebanyak RM5.4 bilion kepada industri pelancongan.

mantera said...

Pada tahun lalu, ketibaan pelancong ke negeri ini adalah seramai 2.84 juta dengan jumlah penerimaan pelancong hampir RM5.2 bilion.

mantera said...

Oleh itu, beliau berharap orang ramai melupakan insiden yang berlaku di Lahad Datu kerana ia sudah berakhir.

mantera said...

“Pujian harus diberi kepada anggota keselamatan yang terlibat dalam menjaga keselamatan di negeri ini.

mantera said...

Walaupun kita tidak dapat menjaga keselamatan setiap pelancong tetapi kita akan memastikan tempat kita selamat terutama dengan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone) untuk memastikan keselamatan negeri ini terjamin.

mantera said...

Keadaan di Lahad Datu juga sudah kembali seperti biasa yang mana kehidupan masyarakat di sana kembali normal seperti sebelum ini,” katanya.

mantera said...

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta Fair 2013), di Suria Sabah, di sini kelmarin.

Menyentuh mengenai Matta Fair 2013 itu, Tan berkata pameran itu sudah semakin berkembang dan menjadi salah satu pameran utama pelancongan di seluruh negara.

mantera said...

“Adalah menjadi harapan saya agar pameran itu akan terus berkembang dan menjadi salah sebuah acara tahunan di Sabah.

mantera said...

“Saya mengalu-alukan penganjuran pameran seperti ini kerana ia menjana perkembangan pernigaan dalam bidang pelancongan serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

mantera said...

Beliau berkata, Matta Fair tahun ini diharap lebih baik berbanding tahun sebelumnya dan ia boleh dilihat dari segi jumlah gerai pameran yang bertambah dua kali ganda kepada 100 buah gerai berbanding tahun lalu.

mantera said...

Katanya, Sabah mempunyai hutan, pulau dan juga gunung yang begitu cantik, namun ia terpulang kepada ejen pelancongan bagaimana mereka ingin menyediakan pakej untuk ditawarkan bagi menarik pelancong datang ke sini.

mantera said...

Dengan itu, standard yang sedia ada perlu ditingkatkan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

mantera said...

Tan berkata, melalui pameran itu juga orang ramai berpeluang untuk mengetahui tawaran pakej pelancongan yang disediakan oleh ejen pelancongan serta syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dalam pameran itu.

mantera said...

Dalam pada itu, beliau berkata industri pelancongan di Asia Timur dan wilayah Pasifik terus menyumbang kepada pertumbuhan global dan ia menyumbang sebanyak 40 peratus pada tahun lepas.

mantera said...

Menurut Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Irene Charuruks berkata berdasarkan jumlah kedatangan pelancong sepanjang tempoh lima bulan pertama tahun ini (Jan-Mei), ia meningkat sebanyak 14.8 peratus iaitu daripada 1,014,543 pada tahun 2012 kepada 1,164,453 tahun ini.

mantera said...

Dari segi kedatangan pelancong pula, seramai 1.25 juta orang pelancong telah berkunjung ke negeri ini dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 9.8 peratus.

mantera said...

Daripada jumlah itu, pelancong dari China dan Hong Kong yang datang ke negeri ini menunjukkan peningkatan sebanyak 77.3 peratus, iaitu daripada 71,152 kepada 126,150 orang.

mantera said...

Selain China, jumlah pelancong yang menunjukkan peningkatan yang ketara berkunjung ke negeri ini adalah dari Jepun, iaitu meningkat sebanyak 38 peratus, dari 8,839 orang kepada 12,202 orang.

mantera said...

Kemudian diikuti dengan pelancong dari Korea Selatan. Pelancong dari Korea Selatan yang datang ke negeri ini meningkat sebanyak 33.9 peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun 2012.

mantera said...

Daripada seramai 30,137 orang pelancong dari Korea Selatan ke Sabah, ia meningkat kepada 40,344 orang.

mantera said...

Rasa kurang yakin terhadap kemampuan kerajaan dalam merancakkan semula sektor pelancongan Sabah selepas insiden pencerobohan di Lahad Datu bukan sahaja dirasai oleh penulis sendiri, malah mungkin majoriti rakyat di negeri ini.

mantera said...

Pandangan itu ada asasnya berdasarkan logik akal bahawa bukan mudah sesebuah negara membangunkan semula sektor yang terjejas lebih-lebih lagi apabila insiden itu mendapat liputan meluas di dalam dan luar negara.

mantera said...

Kerajaan melalui kementerian pelancongan tentunya lebih merasai cabaran ini kerana tugas memulihkan sektor tersebut memerlukan kementerian berkenaan berhadapan dengan persepsi negatif dikalangan masyarakat antarabangsa, malah jika dilihat dari peranan sektor ini sebagai penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negeri Sabah, sudah tentu penyelesaiannya juga lebih kepada bersifat mendesak.

mantera said...

Selain itu, pihak yang terlibat aktif atau berkepentingan dalam sektor ini juga turut berkongsi cabaran dan kerisauan yang sama kerana sumber pendapatan mereka turut akan terjejas jika insiden itu gagal atau lambat ditangani.

mantera said...

Namun berkat usaha kerajaan melalui kementerian pelancongan samada di peringkat negeri mahupun persekutuan akhirnya berjaya menamatkan kerisauan pihak-pihak yang berkepentingan dalam sektor ini apabila jumlah ketibaan pelancong menunjukkan peningkatan berbanding tempoh yang sama sebelumnya.

mantera said...

Menurut Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Irene Charuruks berdasarkan jumlah kedatangan pelancong sepanjang tempoh lima bulan pertama tahun ini (Jan-Mei), ia meningkat sebanyak 14.8 peratus iaitu daripada 1,014,543 pada tahun 2012 kepada 1,164,453 tahun ini.

mantera said...

Berdasarkan statistik terbaru tersebut, penulis sendiri mengagumi bagaimana kementerian yang terlibat dapat memulihkan sektor pelancongan Sabah dalam waktu yang singkat.

mantera said...

Timbul juga persoalan, apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam merancakkan semula sektor pelancongan negeri ini. Mungkinkah disebabkan oleh tertubuhnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone), atau mungkinkah atas inisiatif Tourism Malaysia dalam usaha menarik serta membina pemahaman media asing berkaitan negeri ini memlalui Mega Familiarisation (Mega Fam)? Atau sememangnya negeri ini mempunyai daya tarikan tersendiri merangkumi semua produk pelancongan?

mantera said...

Walau apapun langkah yang diambil kerajaan dalam memulihkan semula sektor pelancongan Sabah, bagi penulis "jenama" Malaysia itu sendiri cukup memberikan keyakinan kepada masyarakat dunia bahawa negara ini mampu menangani apa juga konflik dalam negara.

mantera said...

Kebolehan dan kepakaran negara dalam menangani krisis negara-negara yang bergolak disamping mengekalkan keamanan dalam negara sudah disaksikan oleh penduduk seluruh dunia. Sebab itu, ketika pencerobohan berlaku di negeri ini, kehadiran pelancong tidak pernah berhenti walaupun jumlahnya sedikit terjejas.

mantera said...

Secara jujurnya, penulis mengagumi keberkesanan dan kecekapan kerajaan dalam menangani masalah-masalah yang timbul dalam negara bukan hanya kerana kejayaan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan di Lahad Datu, sebaliknya merangkumi semua aspek termasuklah ekonomi dan politik.

mantera said...

Jika bukan kerana kestabilan sosial, ekonomi dan politik, penulis yakin bahawa negeri ini tidak akan dikenali melalui lambang gunung Kinabalu dan Orang Utannya. Walaupun diduga dengan pelbagai bentuk cabaran, samada ancaman dari luar mahupun dari dalam, kerajaan tetap mampu menanganinya dengan baik sekalipun wujud pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mencetuskan provokasi.

mantera said...

Industri pelancongan merupakan suatu sektor yang penting bagi Sabah. Industri ini menyumbangkan hasil dan pulangan yang banyak kepada Sabah dan merupakan sumber pendapatan kedua Sabah selepas industri kelapa sawit.

mantera said...

Sepanjang BN memerintah Sabah, banyak usaha dilakukan dalam memastikan sektor pelancongan di Sabah berkembang. Kerajaan BN banyak menggiatkan promosi untuk merancakkan aktiviti pelancongan di Sabah dan lakukan banyak promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik.

mantera said...

Sehingga kini Sabah begitu dikenali di serata Dunia dan menjadi tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Sabah begitu dikenali dengan Pulau pulau yang indah, hutannya yang terpelihara dan gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara.

mantera said...

Kehadiran pelancongan ke Sabah juga makin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun lalu, ketibaan pelancong ke negeri ini adalah seramai 2.84 juta dengan jumlah penerimaan pelancong hampir RM5.2 bilion.

mantera said...

Sasaran ketibaan pelancong pada tahun ini pula adalah seramai 3 juta orang dan daripada jumlah itu, ia dijangka akan menyumbang sebanyak RM5.4 bilion kepada industri pelancongan.

mantera said...

Sasaran ini pasti akan dapat dicapai kerana kehadiran pelancong ke Sabah antara Januari hingga april adalah 967,183 pelancong. Ini merupakan satu perkembangan yang amat baik walaupun terdapat pencerobohan insiden lahad datu, namun, ia tetap tidak menjejaskan kahadiran pelancong ke Sabah.

mantera said...

Datuk Masidi Manjun merupakan wakil rakyat DUN Karanaan di dalam Parlimen Ranau, Sabah dan juga merupakan Menteri Pelancongan, kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

mantera said...

Dalam pembentukan kabinet negeri baru baru ini, Masidi sekali lagi dilantik sebagai Menteri pelancongan, kebudayaan dan Alam sekitar. Ini merupakan berita baik kepada sektor pelancongan Sabah Kerana dengan ini pembangunan pelancongan di Sabah akan terus meningkat. Sepanjang Masidi menjadi Menteri pelancongan, kebudayaan dan Alam sekitar, dia banyak membawa pembangunan terhadap pelancongan Sabah.

mantera said...

Masidi juga menggalakkan kerjasama dengan semua pihak sperti agensi pelancongan untuk bersama menggalakkan perkembangan pelancongan negeri. ini juga membolehkan kementerian menggubal atau mengubah strategi mengikut keperluan semasa.

mantera said...

kerjasama semua pihak, terutama sekali dari sektor swasta sebagai pengerak dalam pembangunan pelancongan amat penting untuk memastikan pembangunan dan hala tuju sektor ini dapat dicapai dan berkembang.

mantera said...

Lembaga Pelancongan Negeri Sabah akan terus jadi rakan dengan memberikan kerjasama kepada pihak penganjuran Borneo Safari Xtreme Trus Madi ke-23.

mantera said...

Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata kerjsama dalam bentuk bantuan-bantuan akan diusahakan bagi melancarkan lagi perjalanan penganjuran itu.

mantera said...

Katanya, penganjuran yang dilaksanakan boleh bantu industri pelancongan di Sabah khususnya eko-pelancongan diperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa.

mantera said...

Perlaksaan ini sekaligus mampu menarik pelancong dari luar negara ke Sabah dan boleh menjana pendapatan kepada negeri ini,” katanya ketika pada sesi taklimat oleh Borneo Safari kelmarin.

mantera said...

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Negeri Sabah (SFWDA), Ir Edward Lingkapo berkata pihaknya akan menyimpan rekod perjalanan yang dilakukan menerusi kordinat-kordinat dengan alat GPS.

mantera said...

Menurutnya, pembukaan laluan baru itu mampu membolehkan destinasi baru eko-pelancongan dikenalpasti.

“Seperti jelajah sebelum ini, kami juga akan merekodkan perjalanan baru ini untuk tujuan eko-pelancongan.

mantera said...

Kami dalam usaha mendapatkan permit ‘green land’ daripada Jabatan Perhutanan Sabah untuk jelajah kali ini dan kerjasama juga dijalankan dengan Taman Kinabalu untuk tujuan yang sama,” katanya.

mantera said...

Ujarnya, kordinat yang direkodkan itu boleh dimuat turun oleh pelancong untuk menggunakan jalan itu untuk adakan ekpedisi sendiri.

mantera said...

Edward juga mensasarkan Xtreme Trus Madi 2013 akan disertai 10 perserta dari luar negara berbanding tahun lalu sebanyak 6 buah sahaja.

mantera said...

Sementara itu, Pengurus Promosi dan Tajaan Borneo Safari 2013, John Kong berkata ekpedisi kali ini dijangka memberikan satu cabaran baru kepada para peserta.

mantera said...

Ujarnya, jelajah itu akan diadakan pada 27 Oktober hingga 3 November tahun ini untuk meneroka Hutan Simpan Trus Madi.

mantera said...

Selain itu, kami juga akan mengadakan projek komuniti kepada masyarakat tempatan ketika dalam ekpedisi itu.

mantera said...

“Kali ini, seramai 20 peserta diberikan peluang untuk mendaki gunung kedua tertinggi di Sabah iaitu Gunung Trus Madi dengan ketinggian 2, 642 meter,” ujarnya lagi.

mantera said...

Menurutnya, satu kempen kesedaran pemuliharaan hutan dengan menanam 300 batang pokok kecil di kawasan hutan simpan Trus Madi yang musnah disebabkan kebakaran.

mantera said...

Katanya, projek penanaman semula pokok adalah sebahagian daripada projek amal Borneo Safari dan mereka cuba mendapatkan derma RM100 untuk sebatang pokok yang ditanam semula.

mantera said...

Jumlah kutipan itu akan diserahkan kepada Persatuan Penjagaan Paliatif Kota Kinabalu,” tambahnya lagi.

mantera said...

Penyu Hijau (Greenback turtle) dan penyu Sisik (Hawksbill turtle), yang kini mula mendarat di Pulau Mabul dekat sini, dilihat berpotensi menjadi ikon pelancongan baru dalam membantu memacu industri pelancongan di Sabah.

mantera said...

Bagi memanfaatkan tarikan ini, pihak yang terbabit bercadang menjadikan Sambutan Hari Penyu Sedunia di pulau itu sebagai acara tahunan.

mantera said...

Pihak yang berkenaan ialah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan Lembaga Pelancongan Sabah menerusi kerjasama Taman-Taman Sabah dan Jabatan Hidupan Liar selain Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta resort Uncle Chang's Sipadan Mabul Dive Lodge di Pulau Mabul.

mantera said...

Antara pengisian yang dicadangkan bagi menjayakan visi kerajaan itu adalah menganjurkan program bancian populasi penyu di perairan Pulau Mabul, aktiviti menangkap, mengambil gambar, mengukur dan memasang 'tag' kepada penyu sebelum melepaskannya semula ke laut.

mantera said...

Objektif sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran umum di samping meningkatkan pendidikan, penyelidikan dan pemuliharaan populasi penyu laut di perairan Pulau Mabul yang adalah satu daripada syurga aktiviti menyelam terkenal di dunia.

mantera said...

Pulau Mabul, yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan bot dari pekan Semporna, memiliki lima tapak menyelam bertaraf antarabangsa termasuk Pulau Sipadan yang terletak berhampiran.

mantera said...

Pelbagai usaha sedang diambil untuk meletakkan Pulau Mabul sebagai destinasi menarik di persada antarabangsa.

mantera said...

Sambil menyatakan keyakinan bahawa spesies penyu itu bakal menjadi tarikan pelancong yang khususnya menggemari hidupan marin selain pencinta alam, Pensyarah Kanan Institut Penyelidikan Marin Borneo UMS, Dr P.Pushpa berkata terdapat keperluan untuk memperhebatkan program terutama pemuliharaan dan pemeliharaan penyu bagi mengelakkan ancaman kepupusan.

mantera said...

"Kerja-kerja konservasi yang dijalankan di Taman-Taman Sabah sejak tahun 1960-an mendapati bilangan penyu yang mendarat pada 2011 adalah tertinggi dalam rekod," kata beliau yang terlibat dalam penyelidikan selama dua tahun sejak 2010 ke atas reptilia itu.

mantera said...

Pushpa berkata peluang pembiakan populasi penyu di Pulau Mabul semakin cerah dengan perubahan mentaliti dan tahap kesedaran masyarakat yang semakin mengambil berat terhadap kelangsungan hidupan spesies-spesies marin.

mantera said...

Menerusi penyelidikannya, beliau mendapati lebih 700 ekor penyu Hijau dan penyu Sisik ditanda di Pulau Mabul dan Pulau Sipadan yang menjadi lokasi pendaratan bagi populasi spesies ini, yang diancam kepupusan.

mantera said...

Setakat Mei lepas, sebanyak 150 ekor penyu telah ditanda di Pulau Mabul dan 535 ekor di Pulau Sipadan yang dianggar berumur lapan hingga 20 tahun.

mantera said...

Semasa acara pra-sambutan Hari Penyu Sedunia pada Mac lepas, sejumlah 18 ekor penyu daripada spesies penyu Hijau dan penyu Sisik ditanda," katanya.

mantera said...

Puspha berkata hasil penyelidikan beliau mendapati Pulau Mabul dan Pulau Sipadan sesuai sebagai persekitaran hidup spesies itu kerana kawasan laut berkenaan amat luas dan mampu menampung populasi penyu yang banyak pada satu-satu masa.

mantera said...

Selain keunikan spesies penyu di pulau itu, terdapat tarikan lain di sekeliling perairan pulau itu termasuk suku kaum Bajau Laut yang dikenali sebagai 'Pela'uh' yang mengamalkan kehidupan nomad di laut.

mantera said...

Mereka juga dikenali sebagai 'Gipsi Laut' dan boleh ditemui di pesisir pantai Semporna selain di sekitar laut Tawau dan Lahad Datu.

mantera said...

Bagi pengasas, yang juga pemilik Sipadan Mabul Dive Lodge di Pulau Mabul, yang dikenali mesra sebagai 'Uncle Chang' berkata, beliau mewujudkan pusat peranginan itu untuk menyokong usaha kerajaan menjadikan Semporna, khususnya Pulau Mabul sebagai antara destinasi utama tarikan pelancong di Sabah.

mantera said...

Sipadan Mabul Dive Lodge menyediakan penginapan pada harga berpatutan selain menawarkan persekitaran yang bersih serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk pengangkutan bot.

mantera said...

"Pasukan kami dan saya sendiri adalah komited untuk melindungi alam sekitar dan menggalakkan kelangsungan eko-pelancongan. Ini bermakna mengendalikan sebuah pusat menyelam yang menggunakan sumber yang minimum dan meninggalkan kesan minimum ke atas alam persekitaran," kata Uncle Chang. Beliau berkata pihaknya menyediakan tenaga pengajar menyelam atau 'dive masters' yang berpengalaman.

mantera said...

Dianggarkan kira-kira 1,000 hingga 3,000 orang terutama penyelam scuba dan pencinta alam sekitar mengunjungi resort itu setiap bulan untuk melihat keindahan dasar laut dan hidupan marin di sekitar pulau berhampiran.

mantera said...

Beliau bercadang mengadakan program membersih dasar laut bermula dari jeti Semporna, kampung-kampung berhampiran hingga ke Pulau Mabul-Kapalai dan Sipadan yang bermula pada akhir tahun ini. "Mereka yang membantu dalam usaha itu akan menerima penginapan dan pengangkutan secara percuma di resort itu," katanya yang juga pencinta alam sekitar dan hidupan marin.

mantera said...

ESSCOM Sejak kejadian pencerobohan militan Sulu dari selatan Filipina awal tahun ini, para pengusaha pelancongan melihat inisiatif penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sebagai satu elemen penting dalam menjayakan sektor pelancongan di pantai timur Sabah.

mantera said...

Kini, ESSCOM yang merangkumi kawasan sepanjang 1,400km persisir pantai timur Sabah termasuk daerah Semporna akan menempatkan kabin balai polis di Pulau Mabul, sekaligus menjamin bahawa kawasan pelancongan di pantai timur Sabah terus menjadi destinasi yang selamat untuk dikunjungi.

mantera said...

Selaras dengan itu Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bertekad untuk menggiatkan usaha mempromosi produk pelancongan yang berpotensi memikat pelancong ke pantai timur Sabah.

mantera said...

Pembantu Menteri kementerian itu Datuk Pang Yuk Ming, yang merasmikan sambutan Hari Penyu Sedunia 2013 di Pulau Mabul baru-baru ini, berkata program seperti pemuliharaan penyu adalah antara produk kecil yang dilihat mampu menjadi daya tarikan pelancong terutama di Semporna, Tawau, Kunak dan Lahad Datu.

mantera said...

Pang, yang menyambut baik inisiatif program Sambutan Hari Penyu Sedunia, turut berkata para penyelam skuba dari seluruh dunia memilih pulau-pulau di Sabah, khasnya Pulau Sipadan dan Pulau Mabul, sebagai tempat beriadah paling popular.