12 Oktober, 2009 20:28 PM
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) mengenai cadangan membina loji tenaga menggunakan arang batu di skim Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah, dijangka siap selewat-lewatnya menjelang akhir tahun.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata keputusan laporan EIA itu penting sebelum kelulusan daripada keajaan negeri diperoleh untuk membina loji tenaga 300 megawatt terbabit.
"Keputusan laporan alam sekitar itu mungkin dapat disiapkan pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan. Jika laporan tersebut baik dan telah menimbang semua faktor, barulah projek itu dapat dimulakan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri TNB, di sini Isnin.
Syarikat yang dilantik untuk melaksanakan projek tersebut merupakan anak syarikat TNB yang akan bergabung dengan anak syarikat kerajaan negeri Sabah, katanya tanpa memberitahu nama syarikat tersebut.
Ketika ditanya bila perjumpaan antara TNB dan kerajaan negeri diadakan bagi membincangkan projek itu, Che Khalib berkata: "Kita akan cuba dapatkan tarikh daripada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dan pihak-pihak yang mahukan lebih penerangan."
"Yang penting untuk kita fahami ialah di sebelah timur Sabah, keadaan bekalan elektrik sangat meruncing (dan) selagi kita tidak dapat adakan janakuasa di timur Sabah, keadaan ini akan berlarutan," katanya.
Pairin dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan negeri mahu menemui syarikat utiliti itu secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai cadangan pembinaan loji itu.
Che Khalib baru-baru ini berkata dandang pertama untuk loji tenaga menggunakan arang batu itu akan siap menjelang 2013, dengan syarat TNB boleh memulakan kerja secepat mungkin.
Sementara itu, mengulas mengenai semakan tarif elektrik, beliau berkata kerajaan mengkaji semula harga gas secara berkala setiap enam bulan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai tarif elektrik.
"Saya berpendapat sudah sampai masanya harga gas dinaikkan secara beransur-ansur kerana selagi ada subsidi, kami akan terus menggalakkan ketidakcekapan dalam ekonomi," katanya.
Che Khalib juga berkata peralihan sepenuhnya daripada sistem sedia ada kepada tanpa subsidi secara serta-merta juga tidak mungkin, katanya.
"(Namun) bagi tenaga, jika harga gas meningkat, adalah adil untuk tarif elektrik juga disemak semula kerana kami mungkin tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar kos tambahan bahan api," katanya.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment