Translate

Monday, October 12, 2009

PAS YANG KALAH, LIM KIT SIANG YANG MELALAK..


"What was unexpected was Isa’s 8,013-vote and thumping majority of 5,435 votes sweeping all the eight voting streams – the result of gross abuses of power, money politics as well as the postal ballot chicanery."-Lim Kit Siang.

Siang-siang lagi Lim Kit Siang sudah mula melalak. PAS yang kalah di Bagan Pinang sudah mula menerima ketentuan Illahi. Tetapi Lim Kit Siang tidak boleh diam, dia terpaksa melalak kerana dibelik-beliknya keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang, semua Pusat Pusat Mengundi di situ PAS mengalami kekalahan teruk. Bagi LKS ini "unbelieveable".

LKS tidak menyalahkan seorang pemimpin dan penyokong DAP yang berucap kepada publik dalam keadaan "mabuk" di Bagan Pinang. Dia juga tidak memberikan komen ke atas kemuncak perjumpaan Pembangkang yang di terajui Ronnie Liau di Port Dickson yang menyinggung dan menguris perasaan pengundi PAS dan Melayu di Bagan Pinang. Dia terus melalak dan membangkitkan isu rasuah. Dia gagal melihat "darah" anak-anak Melayu yang menitis di Bagan Pinang.

Tuduhan ini "imply" bahawa pengundi Bagan Pinang, terutama pengundi pos yang terdiri dari penjawat awam dan pihak keselamatan adalah juga rasuah kerana konon menerima sogokan. BUKANKAH masyarakat Malaysia sudah matang dan kemerdekaan dan kebebasan mereka tidak lagi diperdagangkan?

Lalakan LKS ini dapat kita lihat dari sudut kerisauan dan kegelabahannya mengenai keputusan rakyat di Bagan Pinang. Ternyata pengundi-pengundi Bagan Pinang telah memancarkan sinar dan cahaya beramaran kepada Pakatan Rakyat bahawa mereka sudah mula menginsafi bahawa Pakatan Rakyat selama ini bersendiwara dan mengamalkan politik "main kasar".dan demonstrasi. PR minta dihormat tetapi tidak mahu menghormati orang lain.

Makkal Sakti pula sudah faham dan yakin bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu membela masyarakat India. DAP juga mula memperlihatkan ketidak hormatnya kepada perjuangan PAS yang menghala ke sistem pentadbiran Islam. Lalu LKS melalak sebagai gambaran kepada umum bahawa DAP akan kembali ke era kemerosotannya seperti tahun 2004. Melalaklah LKS kerana dia tahu Tsunami Politik kebanggannya kini bertukar hala menuju benteng PR. LGE di Pulau Pinang tidaklah sehebat Dr Koh Su Kon semasa dia menjadi MB dulu. LGE hanya pintar main "judi politik" yang menghalakan tanggungjawab kepada pihak lain "instead of" memikulnya sebagai kewajiban.

Anda pasti lebih tahu kenapa LKS melalak!!

6 comments:

SABAHKITA said...

Perkara yg membuat LKS melalak ialah undi PAS-PR 2008 ialah 4,097 manakala PRK Bagan Pinang undi PAS-PR hanyalah 2,578. LKS Melalak keran seramai 1,519 (4097-2,578) "penggali lombong emas" bagi DAP sudah hilang.

Anonymous said...

saya kagum dengan Makkal Sakti yang memilih untuk menjadi parti komponen Barisan Nasional. Jangan jadi bodoh seperti PAS yang rela bergabung dengan parti penghancur islam.

DARI KAWAN said...

Paling penting maklumat alternatif perlu sampai kepada rakyat dan bukan maklumat satu hala dari BN saja. Pengundi bukan Melayu perlu dijaga, pengundi Melayu mesti diburu. Tanpa undi bukan Melayu, PAS akan kalah teruk, dan tanpa undi Melayu, PKR dan Dap akan hilang semua kerusi di Negeri Sembilan.

ISAC said...

Biasalah...Adat pertandingan ada kalah & ada yang menang.

Cuma masalahnya dengan Pakatan ni ialah, kalau mereka kalah, X adil SPR, POLIS, UMNO, BN, ASKAR, MAHKAMAH, HAKIM, PENDAKWARAYA, SPRM dan lain2 semuanya tipu....

Itulah rupanya manusia yang bongkak!!! Takabur!!! Kononnya kemenangan hanya untuk mereka...

Bangunlah wahai rakyaat Malaysia!!! Buktikan anda semua ada pemikiran sendiri dan bukannya "lembu" yang dicucuk hidung!!!!

Rakyaat Bagan Pinang Menolak "Pakatan Rakyaat"!!!!

Rakyaat mana yang mereka ini wakili sebenarnya????

YANG GAMBI said...

Kenapa LKS tidak mahu pertikaikan bagaimana Teoh rela mati kerana malu dengan karenah rasuah, genster, kilang-kilang haram DAP.

Sebaliknya, SPRM yang menjadi mangsa tuduhan membunuh kerana menjalankan siasatan....

APAKAH DAP MENENTANG RASUAH ATAU MENENTANG PENCEGAHAN RASUAH ?

Senjaliza said...

Terima kasih Sabahkita, Media Cyber, Dari Kawan, Isac dan Yang Gambi.

Saya masih teringat Karpal Singh yang memberi amaran kepada PAS agar harus cermin diri kerana PAS bukanlah parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat. Maksudnya "jangan merasakan diri sebagai pimpinan utama" dalam Pakatan Rakyat. Selain over my dead body... ini membuatkan ramai yakin bahawa permuafakatan dalam Pakatan Rakyat amat vurnerable dan mudah berkecai.. Inilah isu yang sering saya ikuti.. saya tidak membenci atau menolak PAS tetapi saya tidak merelakan saudara ditipu dengan muslihat dan membiarkan diri diperalat.. Biar kita semua berfikiran terbuka mengenai isu ini. PAS pernah ditinggalkan DAP semasa Barisan Alternatif..Saya sukar memahami kenapa PAS mengikut telunjuk DAP kendatipun dalam soal-soal yang bertentangan dengan ideologi mereka..Contoh Hassan Alidengancerita beer..Eli..etc..

Salam saudara semua. Selamat berjuang