Translate

Tuesday, October 13, 2009

PRK-TIRIS.

Sejak Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak jatuh dengan melompatnya DUN PKR dan DAP ke kapal Barisan Nasional, PKR terus mengalami ketirisan. DSAI yang selalu menegaskan isu ketirisan dan mengutamakan wacana pembendungan "ketirisan budget" serta dana kerajaan, tidak dapat membendung ketirisan dalam parti pimpinannya sendiri. Satu demi satu meninggalkan PKR dengan alasan yang juga menegaskan "telah kehilangan kepercayaan terhadap halatuju perjuangan serta hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR".

PKR Sabah mengalami krisis. setelah diamanahkan DSAI kepada Azmin Ali, anak emas DSAI, untuk menyandang kerusi No 1 PKR Sabah. Krisis ini merupakan krisis besar. Maka itu ianya satu ketirisan besar yang tidak mudah dibendung. Ikuti link ini: http://sabahkita-ii.blogspot.com/2009/10/krisis-kepimpinan-pkr-sabah-dilema-dan.html (TQ Sabahkita atas izin)

Ketirisan juga berlaku apabila Muhamad Radzhi Salleh, Mantan ADUN PKR dari Negeri Kedah, menyatakan "sudah tidak sanggup lagi bersama PKR" dan meninggalkan parti itu atas nama dasar dan prinsip perjuangan. Kenyataan Radzhi pula mendapat pembelaan peribadi dari MP Kulim Bandar Baru, YB. Zulkifli Nordin, seorang YB yang lantang mengkritik kebejatan sesetengah pemimpin DAP.

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang menyaksikan tindakan menungkah arus ahli-ahli bahagian PKR Negeri Sembilan. Ketuanya telah memberi amaran akan memecat mana-mana ahlinya yang bertanding sebagai calon Bebas setelah Saharuddin Abdul Hamid, ahli PKR, menyatakan hasratnya untuk menungkah arus untuk bertanding sebagai calon Bebas. Walaupun ianya tidak terjadi tetapi bibit-bibit penentangan mula tersingkap. Mungkinkah kemenangan besar calon BN, TS Isa Samad adalah menifistasi dari ketirisan itu?.

Datuk Kamarul Baharin Abbas, Ketua Perhubungan PKR Negeri Sembilan, juga terpaksa tampil menyatakan pendirian dan menerangkan keadaan sebenar sebagai menepis penyataan bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR yang disebut-sebut itu ialah ADUN Sikamat, Aminuddin Harun dan ADUN Ampangan, Rashid Latiff diwar war akan meninggalkan PKR. Walaupun demikian, umum masih melihat bahawa "pokok masih bergoyang" kerana kedua-dua ADUN yang disebutkan itu sendiri tidak muncul menafikan penyataan itu. Jika Mohd. Radzhi di negeri yang diperintah PR boleh terjadi penungkahan arus, maka munsabahlah jika di Negri Sembilan yang diperintah BN juga "boleh" terjadi sedemikian.

Faridatul Azlina Ahmad Tanjizi Ketua Penerangan Wanita Ipoh Barat menunjukkan dokumen yang menjadi punca krisis sehingga dia membuat keputusan meninggalkan PKR.

.Terkini, Ketua Penerangan Wanita PKR Ipoh Barat, Faridatul Azlina Ahmad Tanjizi, membuat keputusan untuk keluar parti. Peletakan jawatan itu dikatakan berikutan krisis antara Ketua Wanita PKR Perak Fatmawati Salim dengan Pergerakan Wanita PKR Cabang Ipoh Barat. Perlu diingat bahawa status kerajaan BN di Perak sudah tidak dapat digugat PR dengan mudah.
.
Ketirisan yang disebutkan ini hanyalah sekelumit dari ketirisan yang melanda PKR. Ini tidak termasuk hentakan meja dan laungan menuntut keadilan dan layanan yang saksama di kalangan ahli-ahli PKR yang melihat layanan yang istimewa dicurahkan lebih kepada kelompok tertentu meskipun mereka BUKAN ahli PKR. Makkal Sakti yang sering dikumandangkan DSAI kini sudah beralih arah. Parti Makkal Sakti telah terdaftara dan menyatakan sokongan kepada BN. Golongan erdorgan yang disemai PKR ke laman PAS sudah dikenalpasti golongan ulamak yang menolak dasar-dasar liberalisasi yang PR hajati untuk disuburkan. Malah tidak kurang yang membuat penilaian bahawa PAS kini telah beransur-ansur diselewengkan dari perjuangan asal yang shumul ke landasan yang disenangi oleh DAP dan PKR atas nama innovasi.
.
Apakah PKR mampu membendung ketirisan ini atau "tangki hikmat yang dipuja-puja" dengan mentera reformasi dan Malaysian Malaysia atas nama kesaksamaan hak akan kontang sebelum menjelang PRU13?

3 comments:

YANG GAMBI said...

PKR akan dijadikan tempat longgokan bekas-bekas pemimpin MCA dan MIC yang merasakan sudah tidak ada tenaga nak bersaing dengan kepimpinan baru dari parti mereka.

Juga bekas-bekas kepimpinan UMNO yang sudah terlalu banyak buat dosa dan ingin membersihkan diri dengan berjumpa tok-tok guru PAS untuk masuk syurga.

PKR akan tinggal Anwar dan beberapa orang kuncu-kuncu Melayu sahaja selebihnya akan dipenuhi dengan kereta-kereta buruk dari MCA dan MIC....

Adam said...

kita lihat di sidang perak yang akan datang ini apa pula cerita daripada politik perak pakatan.

Senjaliza said...

Sdr Yang Gambi Dan Dakjaat,
Ramai pihak yang meramal dan menganalisa bahawa anwar sendiri akan abandone perjuangan PKR.

Haluannya ialah kembali berbincang dengan PM dan jadi ambassador atau totally quit politik dengan syarat dia dibebaskan dengan aman.

DSAI merasakan bahawa PRU13 dia sudah kehilangan pengaruh atau hilang hak bertanding.