Translate

Monday, October 12, 2009

CERITA ANAK MURID SAYA: KURA-KURA MERAYU MONYET


Makkal Sakti sudah beralih arah. Mereka tahu bahawa kaum mereka diperalata dan sudah tidak terbela dalam Pakatan Rakyat.

Cerita anak murid saya mengenai kura-kura yang ditangkap monyet kerana memakan buah pisang yang gugur ke bumi. Konon ini hak milik Keluarga Monyet. Maka dihukumlah kura-kura. Ada monyet yang mengsyorkan untuk dibuang ke sungai kerana konon akan tenggelam seperti batu dan mati. Ada juga yang mengesyorkan untuk dibuang ke dalam api yang membara.

Tapi kura-kura merayu agar dibuang saja ke dalam api kerana konon kulitnya yang tebal akan menyelamatkannya dari kepanasan api. Dengan tidak berfikir panjang Ketua Monyet melemparkan kura-kura ke dalam sungai dan menyumpahnya. "kali ini mati lemaslah engkau sang kura-kura yang bodoh"... Apa bezanya dengan berita MB Kelantan di bawah ini. Bukanlakah komitmen menyokong BN oleh Makkal Sakti akan menenggelamkan harapan PR dalam PRU 13..ikuti berita ini....

Nik Aziz anggap Makkal Sakti menyusahkan Barisan Nasional

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan penubuhan Parti Makkal Sakti tidak berupaya menjernihkan keadaan politik di negara ini, malah akan memberikan banyak masalah terutamanya kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, sekiranya Makkal Sakti duduk di bawah BN yang sendiri tidak kukuh, ia akan mewujudkan masalah sehingga mencetuskan perbalahan di kalangan parti komponen.

"Semakin banyak buat parti, semakin banyak masalah dan dijangka akan berlaku perbalahan. Berlakunya perpecahan dalam parti disebabkan perbalahan itu. BN sendiri tidak kukuh dan bila parti baru itu duduk di bawahnya, bagaimana BN hendak selesaikan masalah," katanya selepas merasmikan Pasaraya Nirwana Jaya, semalam.

Beliau mengulas penubuhan Makkal Sakti yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Serdang, kelmarin.

Makkal Sakti yang ditubuhkan sejak Mei lalu mempunyai hampir 57,000 ahli memohon menyertai BN-Dari Berita Harian 12/10

2 comments:

Anonymous said...

Salam......
Dari cerita itu, JomoSama teringat pula lagu Kura-Kura..aduhhh, lagi syahdu!!
MCA dah mula tukar kulit?? MIC pula, bila lagi?? Jangan pula nanti Makkal Sakti yang mempunyai lebih ramai ahli kaum India dari MIC...!!! Itu Samy Vellu...bila nak duduk rehat saja, sambil makan sireh????

Senjaliza said...

JomoSama Tuaran, alahai kejap ada kejap takde..ako ni ngagad betah bana..alaid kopio denakan.

Hiduuupp JomoSama..marilah buat serangan selalu kalo tidak susah mau dapat gol..Jangan makan sireh saja sama Samy dia tiada suntil, kiti eko bana..Terima kasih JS.