Translate

Saturday, October 17, 2009

Gigi Rimau Azmin Ali Mula Menajam...

"Azmin, rimau yang giginya mula menajam"

Azmin Ali, MP Gombak dan Naib Presiden PKR sudah mula menampakkan taring rimaunya. Sedikit masa lalu, dia meminta Abdul Khalid Ibrahim (PKR), MB Negeri Selangor supaya melakukan satu rombakan EXCO Negeri Selangor. Tindakan Azmin bagaimanapun tidak disenangi mereka yang bergelar "senior exco" seperti Teresa Kok (DAP) dan Ronnie Liu. (DAP) Cadangannya itu akhirnya masuk telinga kiri MB Khalid dan keluar telinga kanannya. Khalid yang dikatakan lebih mendengar cadangan DAP telah tidak melayan syor ADUN PKR, Azmin Ali walaupun dari PKR dan Naib Presiden partinya sendiri. Hanya Dr. Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS yang menyokong syor Azmin itu.

Selepas PRK Bagan Pinang, calon PAS, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan mengalami kekalahan teruk, Azmin Ali, Naib Presiden PKR telah menunjukkan kemarahan "berlebih-lebih" dengan gigi rimaunya yang mula menajam ke atas rakyat, para pengundi Bagan Pinang. Marah Azmin mengatasi marah orang PAS yang calon partinya sendiri yang mengalami kekalahan. Anda tidak hairan dan rasa ganjil kee dengan sikap Azmin sejak akhir-akhir ini?

Terbaharu dalam satu mesyuarat biro politik PKR Selasa lalu, Azmin yang gigi rimaunya mula menajam didakwa melepaskan lagi kemarahannya terhadap bantahan 16 Ketua-Ketua Bahagian PKR di Sabah. Azmin mengaum pula ke arah pemimpin PKR Sabah. Sebilangan mengatakan bahawa perbuatan mengaum ke atas 16 Ketua Ketua Bahagian ini "TIDAK" menjadi masalah kerana mereka "Memang Makanan Azmin". Ketua Ketua Bahagian itu dilaporkan mendesak Azmin supaya meletakkan jawatan Nombor 1 PKR Sabah dan mereka menolak kepimpinan Azmin yang dikatakan memaksakan Tuan Haji Hamzah Amir untuk memimpin PKR Sabah dan menggantikan tempatnya sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah. Bila Azmin mula marah dan mengeluarkan gigi rimaunya yang mula menajam, diberitakan Anwar Ibrahim sendiri sukar menenangkannya. Wah hebat rimau ini!!

Apa sudah jadi dengan Azmin ini? Apakah ini pertanda bahawa kejatuhannya sebagai pemimpin sudah menghampirinya dan gigi rimaunya yang menajam ini bakal tumbuh memanjang dan semakin tajam sehingga rakyat akan takut atau akan melihatnya sebagai "haiwan ganas seperi rimau" ?

Pada firasat anda, apakah pemimpin yang mula mengaum dan menyalahkan rakyat ini mampu untuk bertahan lebih lama? Atau gigi itu akan mula sakit membengkak menjelang PRU13?.
Baca juga..
DAN INI JUGA...

No comments: