Translate

Sunday, May 10, 2009

ROMBAKAN KABINET SABAH: Japlin tersingkir?


Kenyataan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mengenai rombakan Kabinet Negeri Sabah berikutan penyertaan Datuk Raymond Tan Su Kiah ke dalam Parti GERAKAN membuat umum meramalkan sesuatu dan membuat pelbagai spekulasi. Lawatan kerja selama dua hati Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, ke Sabah juga menjadi asas kepada spekulasi bahawa rombakan kabinet itu akan dilakukan Musa selaras dengan kemahuan dan kehendak Najib yang inginkan gagasan 1Malaysia yang bersih dari kepimpinan kontrovasi dan rasuah. Sesuatu bagaikan telah dibisik Najib ke telinga Musa.

Raymond Tan sudah melepasi halangan kontovasi setelah Tan Sri Ko Su Kon, Presiden Gerakan dan Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan bahawa Raymond Tan telah secara resminya menyertai Gerakan. Berikutan dengan penyertaan itu, level “partyless” terhadap Raymond Tan dengan sendirinya lenyap dan “null and void”. Pengkritik Raymond Tan seakan terpaksa menelan pahit. Yang tinggal cuma persoalan kenapa ahli Parti Gerakan yang terbaharu dan terkini masih terus memegang jawatan senior, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perhubungan dan Kerjaraya Negeri Sabah?. Oleh kerana ini proregatif Ketua Menteri Sabah, maka pengkritik Raymong Tan terpaksalah menelan air liur yang lebih pahit.

Kontrovasi yang masih menyelubungi Musa ialah kedudukan Datuk Japlin Akim sebagai Pembantu Menteri Perhubungan dan Kerjaraya dan Naib Ketua Bahagian UMNO Kota Belud. Ketua Bahagian UMNO Kota Belud pula ialah Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said, mantan Ketua Menteri Sabah, mantan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, mantan Ahli Parlimen P.169, Kota Belud dan Mantan ADUN Usukan. Salleh digugurkan Musa pada PRU12 dengan menggantikannya dengan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Japlin juga adalah ADUN N.8-Usukan masakini, kawasan yang pernah diwakili Salleh semasa dia memegang tampuk Ketua Menteri Sabah. Dalam masa yang sama Japlin adalah Naib Ketua Bahagian UMNO Kota Belud yang diketuai Salleh Tun Said. Dalam beberapa keadaan, Salleh seakan membayangi kedudukan Japlin. Kerana itu ramai yang meramalkan bahawa Japlin akan tersingkir, bukan sahaja sebagai Pembantu Menteri, malah sebagai ADUN N.8-Usukan dan Salleh akan diberi tanggungjawab oleh Musa memandangkan Salleh kini adalah Timbalan Musa, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Langkah ini, menurut spekulasi umum, adalah sebagai “menebus” kesilapan Musa yang telah menggugurkan Salleh sebagai calon MP Kota Belud pada PRU 12. Dengan berbuat demikian, kononnya Musa akan kembali dikelilingi pasukan yang kuat yang selari dengan kehendak Perdana Menteri melalui gagasan 1Malaysia.

Salleh pula, setelah dilantik Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, awal-awal lagi telah berikrar bahawa status Sabah sebagai “Fix Deposit” kepada Barisan Nasional khasnya UMNO, akan dipertahan. Namun demikian, mobiliti dan keberkesanan Salleh untuk merealisasikan ikrarnya akan terpaksa menghadapi rintangan dan halangan kerana Salleh BUKAN ADUN atau MP. Dia hanya Pengerusi Perbadanan Kraftangan Malaysia. baca link berikut:http://sskeruak.blogspot.com/2009/04/salleh-ikrar-kekalkan-sabagai-sebagai.html

Melihat senario politik kini, kedudukan Japlin semakin menjadi kurang relevan lagi dengan Musa. Japlin menghadapi tuduhan rasuah dan terbukti melakukan rasuan politik wang sekaligus dijatuhkan hukuman. Keahliannya digantung selama tiga (3) tahun. Sekiranya kes Japlin ini dibandingkan dengan kes Tan Sri Isa Samad, mantan Naib Presiden UMNO, mantan Menteri Besar Negri Sembilan dan mantan Menteri Wilayah Persekutuan; Kes Japlin lebih terang dan bersuluh. Dia terpaksa membayar jaminan sebanyak RM100,000 sebelum dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Seorang kontraktor tempatan, Limus Juri (Pemuda UPKO) yang juga ditangkap SPRM bersama Japlin terpaksa membayar RM300,000 sebelum dibebaskan dari tahanan. Berdasarkan fakta ini, apakah kesalahan Japlin sekadar politik wang?

Melihat akan senaro ini, Musa akan terpaksa menghadapi kritikan besar dan berterusan kiranya dia mengekalkan Japlin. Kiranya Japlin pula terpaksa dikekalkan dalam barisan kabinet Musa, maka Japlin terpaksa membersihkan diri dan membebaskan statusnya dari rasuah. Kes mantan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohamad Fairus Kamaruddin, perlu dijadikan tauladan dan diambil iktibar oleh Ketua Menteri Sabah dan Japlin sendiri. Kiranya Japlin meletakkan jawatan dengan sukarela atas dasar prinsip, barangkali mudah masyarakat dan rakyat memahaminya. Tetapi kiranya diingin kekal maka dia terpaksa menghadapi kritikan yang berterusan. Dalam masa yang sama dia terpaksa bertamengkan Musa yang akan terpaksa menerima serangan bertubi-tubio dan bertali arus pihak lain terutama dari pembangkang.

Fakta dan keadaan yang tidak memihak kepada Barisan Nasional, UMNO, Japlin, dan Musa ini, menguatkan spekulasi bahawa Japlin akan tersingkir dan disingkirkan dari Barisan Kabinet Sabah setelah Musa membuat rombakan Kabinet. Kedudukan Japlin sebagai ADUN juga terguggat dengan sebenar-benar guggatan. Walahuwalam.
Related story. Please click the link below:-

No comments: