Translate

Saturday, May 16, 2009

Majlis Peguam Mahu Menteri Dalam Negeri dan IGP Meletak Jawatan.

Semuanya bermula dari krisis politik khasnya di Perak. Sukar dinafikan bahawa Wong Chin Huat, seorang aktivis Bersih, adalah seorang yang pro kepada parti pembangkang meskipun dia adalah aktivist Bersih. Bila dia dan Mat Sabu menyeru orang ramai memakai baju hitam dan mengadakan demonstrasi, ianya akan menggugat keselamatan awam sekalipun ia disebut, digelar dan dilebel “tunjuk perasaan secara aman”.
.
(Gambar Hiasan: Saya nak cari dalam buku ini kiranya terdapat peruntukan bahawa jika seorang kakitangan Jabatan Pendidikan melakukan rasuah maka Menteri Pelajaran dan TPM kini mesti meletakkan jawatan!).

“A candlelight vigil” hanyalah satu alasan yang terlalu mentah. Hanya orang yang “kurang menggunakan kewarasan dan cari pasal sahaja menilai dan mentafsir bahawa “a candlelight vigil” itu bukan satu bentuk demonstrasi.

Tiada yang lebih buruk dan tidak professional bila “orang professional” bertindak tidak professional dan berkelakuan memutar belitkan fakta. Salah satu muslihat yang lebih buruk apabila “musang berbulu ayam”.

Melakukan probokasi dengan mempengaruhi “publik” supaya berdemonstrasi dengan memakai baju hitam pasti akan berhadapan dengan pihak keselamatan terutama pihak polis. Di mana tempat di dunia ini demonstrasi diadakan tanpa pengawasan polis? Dan di mana di dunia ini bila para penunjuk perasaan yang mengancam keselamatan awam, pihak polis hanya berpeluk tubuh?. Bayangkan sekiranya keadaan di Perak pada 7 Mei 2009 tanpa kehadiran polis dan pihak keselamatan!.

Pada dasarnya Lawyer promotes accountability. Tetapi lawyer bukan malaikat. Uthaya Kumar juga demikian, bukan malaikat; dan ahli-ahli Majlis Peguam juga bukan malaikat. Dan para peguam dari “Legal Aid Center” juga bukan malaikat. Mereka adalah manusia biasa yang menpunyai “preference”, nafsu dan emosi. Ada kes di mana seorang lawyer gagal melindungi seorang penduduk kampung yang daif dan tidak tahu membaca dengan membiarkannya menandatangani "surat pindah milik tanahnya" kepada seseorang walaupun itu bukan kemahuan sebenar pemilik daif itu. Ada movie "Devil Advocate".

Apakah adil untuk meletakkan seluruh kesilapan kepada kepada Menteri Dalam Negeri dan IGP dan mendesak mereka meletakkan jawatan kiranya polis melakukan kesalahan dan kekasaran dengan menangkap lima peguam dari “Legal Aid Center” ?. Apakah ini yang tersurat dalam undang-undang Malaysia yang digunapakai oleh Majlis Peguam?. Apakah ada yang tersirat dari penyataan mahukan IGP dan Menteri Dalan Negeri meletakkan jawatan?

Sekiranya lima orang peguam dinafikan haknya oleh pihak polis, kenapa Majlis Penguam tidak bertindak mengikut “due process of the law” dengan mengemukakan tindakan makhamah ke atas mereka? Bukankah ini “norma dan etika” perundangan di Malaysia yang juga ditegakkan oleh Majlis Peguam?.

Apakah kerana keadaan politik dalam negara khasnya di Perak selepas PRU12 maka bila “polis salah” maka Menteri dan IGP mesti meletakkan jawatan? Kiranya ini satu yang menjadi amalan maka secara logikanya, bila seorang murid sekolah mencuri maka Guru Besar atau Pengetua besar sekolah itu “mesti letak jawatan” atau bila seorang guru atau kerani sekolah di dapati rasuah maka Menteri Pendidikan mesti letak jawatan?. Kalau begitu halnya, maka huru haralah sistem dan peraturan kita dan Negara kita amnya.
.
Majlis Peguam juga tidak "sempurna". Ada kesilapan yang dilakukannya mendapat bantahan rakyat; misalnya menganjurkan forum mengenai kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia yang dilihat sebagai usaha yang boleh mengakibatkan ketegangan masyarakat.
NOTA RENUNGAN:
Ramai pahlawan atau orang yang berjaya mengalahkan musuh yang ramai dan menakluki bangsa yang besar serta menawan negara yang luas tetapi tidak kurang juga yang gagal mengalahkan nafsu dalam diri.
Read more....
Bar Council wants Home Minister, IGP to resign.

6 comments:

Jeffry said...

SALAM ZIARAH SL
MAJLIS PEGUAM DAH MENJADI ALAT KPD PAKATAN UTK MENYERANG KERAJAAN MELALUI UNDANG2 WLU PUN MEREKA TAHU TINDAKAN ITU AKAN MEMBERIKAN IMPAK YG KURANG MENYENANGKAN. MEREKA AKAN CUBA "MENEGAKAN BENANG YG BASAH" MELALUI UNDANG2 DAN KERAJAAN TERPAKSA AKUR DEMI UTK MEMELIHARA DEMOKRASI

iam_khufu said...

Pertama sekali dapatkan cerita sebenar. Dalam kes itu Para peguam yang hadir bukan untuk terlibat dalam "Demonstrasi". Sebelum itu dah ada 12 orang ditangkap disebabkan "Demonstrasi". Peguam dari Pusat Bantuan Guaman itu hadir selepas tangkapan dibuat bukan mereka terlibat secara langsung semasa Demonstrasi dilakukan. Kemudian mereka menemui Pegawai Polis yang bertanggungjawab pada malam itu dan terus ditangkap selepas diberi amaran kerana disayaki terlibat dalam "perhimpunan haram". Masalah yang timbul Pegawai Polis di situ tak memberi peluang kepada mereka yang ditahan awal itu untuk berjumpa dengan Peguam dan minta borang berkenaan dengan 28A(8) of the Criminal Procedure Code (CPC). Sebab sekarang ini banyak terdapat perlanggaran hak asasi dan perlanggaran Prosedur penahanan dan semuanya sangat berkait rapat dengan politik.

Memang Peguam bukan Malaikat. Kalau kamu kata Peguam itu salah, mereka juga boleh kata pendapat kamu itu yang salah. Dalam Islam ada maxim Fajawabuhum Fajawabuna yang bermaksud kamu jawab macam tu maka jawaban kami begini. Kalau saudari kata peguam juga melakukan kesalahan, saya juga kata polis melakukan kesalahan. Kalau macam tu dua2 pihak lakukan kesalahan, Polis salah, peguam pun salah jadi sama-sama salah.

Jika macam tu siapa yang betul?

SOLYMONE said...

SenjaLiza,
Salam dan dengan izin sekali lagi saya ingin berkongsi pendapat berdasarkan pandangan liza yang saya rasa agak luar jangka.

Saya rasa, seakan-akan menampakkan kemarahan liza pada mereka-mereka yang bertanggung jawab mengadakan demonstrasi dsn.
Disamping tindakan mereka yang membuat petition terhadap Menteri Dalam Negeri dan IGP.

Bagi saya, persoalan yang liza ketengahkan memang ada logik nya. Terutama sekali aktiviti demonstrasi jalanan yang selalunya berkesudahan dengan kekasaran.
Sama ada melibatkan orang awam, harta awam atau pun pehak polis. Kerana terlalu jarang demonstrasi jalanan berakhir dengan aman.

Tidak dapat di nafikan bahawa ‘part and partial’ idea aktivis Wong Chin Huat dan Mat Sabu untuk mengadakan “tunjuk perasaan secara aman” ini bermula dari krisis politik khasnya di Perak.

However, mereka-mereka ini sabenarnya tahu apa yang mereka buat. Mereka sudah sedia untuk menghadapi resikonya.

Walau pun kita tak dapat menerimanya, namun mereka ini sememangnya ada lah ahli professional dalam bidang mereka.
Seseorang ahli professional tidak semesti nya disukai atau terdiri dari orang-orang yang baik. Contoh nya ‘ professional hired killer’ dsn…

Next, isu yang menarik liza persoalkan ada lah etika ‘ chain of command’. kata liza, “Apakah adil untuk meletakkan seluruh kesilapan kepada Menteri Dalam Negeri dan IGP dan mendesak mereka meletakkan jawatan kiranya polis melakukan kesalahan dan kekasaran dengan menangkap lima peguam dari “Legal Aid Center” ?.

Ada ‘belief’ yang menekankan bahawa apa-apa pun yang terjadi pada sesebuah organisasi, ketua juga yang dipersalahkan atas nama “accountability”.
Mungkin artikata ini lah yang “Majlis Peguam “ gunakan.

Kumpulan ini sabenarnya tahu undang-undang kan? However, ada lah juga kebebasan kita masing-masing untuk memikirkan apa yang kita suka.

Semua ini ada lah setakat pandangan saya saja liza..Sekadar mengisi masa lapang di hujung minggu ini.

Saiful KONON said...

Menyuruh menteri yang dipilih rakyat meletak jawatan adalah menyalahi demokrasi.

Anonymous said...

ASKM iam khufu.
Masalahnya perbuatan dan sikap Pra Peguam dalam memperjuangkan sikap liberalisasi dan idealisma mereka sering menjadikan diri mereka sebagai batu api dan membuatkan para petunjuk perasaan semakin merasakan ada "pemangkin" untuk mereka berdemonstrasi. Tapi kiranya berlaku konfrantasi dan pertumpahan darah..ke mana para peguam ini.."Duduk di bilik aircond".. "Bukankah secara logiknya mereka hanya sebagai "batu api". Jadilah pemerhati yang waras. Peguam selalu menganggap Polis itu "anjing kerajaan" kerana itu peguam tunjuk berang dan tidak dilayan sewajarnya..

Anak Bekas PKR. said...

Blog DSAI mula-mula post bertajuk Majlis Peguam Mahu Musa dan Menteri Dalam Negeri letak jawatan"..beberapa minit lepas tu dia tukar...Majlis Peguam mahu Prinsip Perlembagaan di Patuhi... Agaknya DSAI berhati-hati "MEMILIH PERKATAAN" yang menarik dimakan "ikan"..agar DSAI terus memegang tittle "Biawak Besar"