Translate

Monday, May 11, 2009

Perak: Nijar akan mohon agar DUN Perak di Bubar?

Gambar: Pengosongan Laci MNJ tanpa relanya dapat
digunakannya untuk memenangi MP Bukit Gantang.
Apakah perbuatan Loke Chee Yan (DAP) ini mampu mengubah
precepsi rakyat Perak?
.
Selepas sahaja Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohd. Nijar Jamaluddin (MNJ) adalah MB Perak yang sah, MNJ terus bergegas dan memaklumkan media bahawa langkah pertamanya ialah menemui DYMM Sultan Perak dan memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan. (Ini mengikut lapuran awal media di Mahkamah Tinggi). MNJ sedar bahawa di DUN Perak mereka telah kehilangan majoriti. Barangkali MNJ perlu juga memohon ampun kerana dia pernah memohon menderhaka.

Seperti yang pernah saya utarakan pada posting lalu, sepatutnya strategi utama bagi mereka mengekalkan kuasa, sekiranya pembangkang benar-benar mempunyai sokongan majoriti rakyat Perak, ialah dengan membubarkan DUN sejak awal dahulu lagi untuk memberi ruang kepada PRU Negeri yang baru. Bukan dengan tergesa-gesa membentuk kerajaan dan meneruskannya dengan simple majoriti yang teramat sedikit. Sekurang-kurangnya ada "lesson" yang dapat dipelajari semua. Tindakan kerajaan Pembangkang dulu melengahkan PRU telah mengakibatkan "kemelut sebuah kerajaan yang tidak stabil" dan tersebarnya di pelusuk dunia tentang drama DUN Perak, Malaysia yang kecoh dan hodoh.

Dengan pengisytiharan mengenai kedudukan MB itu tidak semestinya kemelut DUN Perak selesai. BN masih mempunyai kerusi simple Majoriti. Masih banyak perkara yang tidak selesai. Agaknya para veteran politik telah terhidu perkara ini kerana itu DSAI, Najib dan LKS telah menyuarakan kesediaan untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian bagi merungkai kemelut politik Perak.

Barangkali juga MNJ akan memohon kepada Mahkamah Tinggi sekali lagi bahawa Persidangan DUN pad 7 Mei, 2009 tidak sah dan tarikh keramat yang hendak digapai, 13 Mei, 2009, akan membawa "good luck" kali ini?

Beberapa persoalan yang belum terungkai akan menjadi perhatian umum. Apakah DSAI dan LKS akan meneruskan niat untuk berbincang dengan PM mengenai kemelut politik Perak atau menukar niat setelah melihat sinaran mentari PRU Negeri? Apakah PR mampu mewujudkan kerajaan Perak yang stabil dan memperolehi 2/3 atau lebih kerusi. Apakah BN pula yang akan dapat menumbangkan PR jika PRU Negeri diadakan? Apakah PRU Negeri akan menjadi kenyataan?. Terlalu awal untuk dibuat analisa.

Related...
Latest...
ADA LAPURAN AKHIR PULA YANG LAIN.. Tak Nak Minta Bubar DUNlah pula. (Ada advice baru kee? atau nak pertahankan "Camry"): Baca link Berita Harian di bawah:-
MUNGKIKAH KEGEMBIRAAN Pakatan Rakyat ini sementara sahaja? Baca link Malaysiakini berikut:-

2 comments:

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Mantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

SOLYMONE said...

SenjaLiza,
Dengan izin, sekali lagi saya bagi komen dalam blog mu yang agak 'exotic' ini.
Kerana isu yang di ‘highlighted’ kan ada lah berita yang terhangat masa kini.

Pada pandangan saya, tindakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin (DSNJ) untuk membubarkan DUN Perak ada lah bijak dan terbaik untuk beliau dan rakyat Perak.

Mungkin tindakan ini sahaja 'option' yang beliau ada untuk menyelesaikan masaalah pokok..'Goes back to where it start'.

Kerana kalau tidak… pehak BN pun boleh juga melakukan hal-hal yang pernah PR lakukan semasa PR menjadi ‘ Pembangkang sementara.’
Justru itu, krisis politik yang mengerikan di Perak itu pasti akan berulang kembali.

However, dari segi moral, DSNJ boleh lah dikirakan menang. Walau pun pada hakikat nya, tiada juga maana nya.

Kecuali, barangkali 'privileges' untuk menggunakan kereta dan rumah resmi dan allowance dari kerajaan selaku penyandang Menteri Besar dikembalikan semula.
Ini termasuk pampasan dan 'kuasa ekeskutif sementara' sehingga Pilihan Raya Umum negeri Perak nanti.

Saya tidak tertarik untuk bergayut dan menyentuh hal-hal lain. Apa lagi isu yang melibatkan ‘associated politics’ kerana apa yang saya nampak, situasi ini ada lah ‘ lost-lost’.