Translate

Tuesday, May 12, 2009

DAP Perlu minta maaf kepada rakyat di Perak.

Agaknya Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah juga
menasihatkan mereka supaya beradap sopan.
Tidak beradab. DAP perlu minta maaf kepada rakyat
Perak kerana perbuatan ADUN mereka.

Perlakuan ADUN-ADUN DAP semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei, 2009 memperlihatkan perlakuan kebanyakan ADUN DAP yang luarbiasa ganasnya. Mereka menunjukkan perlakuan yang memalukan rakyat Perak apabila dua orang pemimpin DAP telah menghumban wang kertas kepada ADUN lain, YB. Hee Yit Foong, Timbalan Speaker, yang kurang upaya (OKU) dengan mengatakan kepadanya yang bermaksud "pergi mampuslah". Ini adalah perlakuan keterlaluan dan tidak beradab.

Seorang ADUN DAP pula naik ke atas meja dan menunjukkan aksi ganas yang dapat dilihat oleh BUKAN sahaja rakyat Perak tetapi juga seluruh dunia. Perbuatan ini turut menaibkan rakyat Perak yang memilih mereka sebagai pemimpin.

Perlakuan ini amat memalukan Negara di mata dunia. Rasanya perbuatan ini terjadi kerana tidak kepatuhan terhadap peradaban DUN yang mengikuti norma-norma pemimpin yang dipilih rakyat. Dengan ini DAP perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Perak sekiranya mereka menganggap bahawa mereka adalah pemimpin rakyat Negeri Perak Darul Redzuan.

Ingatlah "Pejuang nasionalis yang mempertahankan kemerdekaan negara sehingga ketitisan darah yang terakhir menunjukkan pejuang itu adalah Nasionalis Besar". Manusia yang memohon maaf atas keterlaluan dan kesilapan yang dilakukan menunjukkan bahawa manusia itu adalah "Manusia Besar". So, DAP minta maaflah kepada rakyat Perak.

7 comments:

Junah said...

Takdernye last-last dia suruh PAS yang mintak maaf. Bila PAS nak sedar?

Anonymous said...

Mana ada Nizar disitu ada Ngeh..fikir lah..sultan nak cak dengan nizar pon..ngeh nak intip..bodo..

Anonymous said...

Waktunya akan tiba di mana DAP akan benamkan dan menyingkirkan PAS. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Pemimpin PAS dahulu pernah menegaskan bahawa "Pemimpin dan orang Islam wajib mengenalpasti siapa yang boleh berada dalam "jamaah" mereka.

NIK SABAR said...

Ingatlah firman Allah Taala:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119].

Datu Sulaiman said...

Saudara Liza,
Ini pandangan yang jujur..Dr.zamry lah yang perlu meminta maaf kepada rakyat Perak kerana gagal menyelesaikan kemelut politik negeri itu.. Beliau takut menghadapi pilihanraya sebab itu mungkin beliau tidak pernah memohon pekenan sultan untuk bubarkan DUN. Politik takut untuk menghadapi pilihanraya baru, menyebab krisis di Perak sukar berhenti, dia pasti tahu melalui pilihanraya, kemelut politik Perak akan selesai dalam 3 atau 4 minggu tetapi dia takut menghadapi pilihanraya, mungkinkah beliau tidak yakin BN boleh menang..???

musli oli said...

apa juga nama parti politik. apa juga idealismanya. apa juga teras perjuangannya. selagi rakyat Malaysia berpolitik atas kepentingan kaum, maka selagi itu konsep 1Malaysia hanya tinggal slogan yang retorik untuk menang pilihan raya tetapi isu kaum akan terus menghantui kita.

JomoSamaTuaran said...

Budaya politik negara Taiwan sudah meresap dalam diri wakil-wakil rakyat DAP.

Jangan heran kerana rakan-rakan mereka di Taiwan itu adalah yang SEKUFU dengan wakil-wakil rakyat DAP Malaysia. Tak percaya...?? Tengoklah nanti......