Pengerusi Parti KeADILan Rakyat Sabah Yang baru, Yang Berhormat Dato Seri Anwar bin Ibrahim.Gambar ini diambil ketika dia berucap merasmikan Konvensyen Barisan Nasional yang Pertama di Sabah yang bertemakan "Solidariti". Pemimpin yang menjadi sasaran ancaman dalam ucapannya ketika itu ialah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang dianggapnya bersikap "perkauman" dan anti-nasional.
PKR Pusat menjadi semakin kecut dengan tindakan dan penyataan umum dan terbuka Jeffrey ini. Seolah-olah waktu itu PKR sudah berada di ambang senja dan terus saja boleh melupakan niat untuk bertapak di Sabah, salah sebuah Negeri yang menyelamatkan Kerajaan Barisan Nasional selain Sarawak. Sudah pasti kesan politiknya amat besar dan berat terhadap pergolakan politik di Semenanjung Tanah Melayu yang amat negatif kepada PKR dan Pakatan Rakyat secara keseluruhan. Manakala peluang PKR di Sarawak yang bakal melangsungkan PRU akan bertambah malap sebagai tambahan kepada kepedihan PRK Batang Ai.
Jawatan Majlis Pemimpin PKR Negeri Sabah dan Sarawak (MPPNSS) dikurniakan DSAI kepada Jeffrey dan kembali sebagai Naib Presiden PKR Malaysia dilihat sekadar membersihkan arang yang terpalit di muka PKR Pusat yang bertindak menyingkirkan Jeffrey dan Christina Liew. MPPNSS adalah satu jawatan yang tidak wujud dalam mana-mana PKR negeri dalam Malaysia dan tidak termaktub dalam perlembagaan PKR perse. Jawatan ini hampir sama dengan Jawatan Jeffrey sebagai Penyelaras Majlis Mesyuarat PKR bagi Sabah dan Sarawak yang pernah dikurniakan kepadanya sebelum PRU12. Ianya hanyalah direkacipa atau rekaan atau dalam bahasa kegemaran DSAI, "rekayasa", bagi memujuk rayu Jeffrey agar tidak meneruskan niatnya menubuhkan parti baru yang mula disebut-sebut sebagai Parti Cinta Sabah-PCS dan tidak meninggalkan PKR selepas tamat tempoh cutinya menjelang pertengahan Januari, 2010.
Christina Liew juga meluahkan perasaan kecewanya dengan mengatakan PKR Pusat tidak mengenang jasanya yang berkhidmat selama 9 tahun dengan setia tetapi disingkir dari jawatannya sebagai naib Pengerusi PKR Negeri. Dia digantikan dengan Kong Hong Ming, yang bercita-cita besar menyingkir ADUN DAP, Jimmy Wong di Tawau, Sabah. Berikutan dengan itu Christina dan Jeffrey meletakkan semua jawatan dalam PKR kecuali keahlian yang ditangguh sehingga pertengahan Januari, 2010.
PKR Pusat sudah menyedari kesilapan dan kelemahan keputusan mereka yang menyingkir pemimpin pembangkang dari suku yang besar, Jeffrey dan Christina dari kaum Cina yang hampir memenangi ADUN dan MP dalam PRU12. PKR beranggapan dua suku kaum ini adalah berpotensi besar akan menyokong PKR. (Agaknya pemimpin PBS, UPKO, PBRS, LDP dan komponen BN, mula tersengih membaca penyataan ini. Saya kira SAPP dan DAP juga demikian)
Bukankan benar seperti yang dikatakan Jeffrey bahawa mereka hanya diperalat pemimpin KL untuk memberikan kerusi kemenangan di peringkat Pusat @ alat politik?
Lalu kita bertanya. Ke manakah perginya penyataan “patuh, tinggalkan parti atau disingkir” yang buat Anwar selepas PKR Pusat bermesyuarat mengenai struktur atau kedudukan pimpinan PKR Negeri-Negeri termasuk Sabah sebelum ini?
Sebahagian pemimpin dalam PKR mengatakan bahawa “Ada kemungkin Anwar "reappoint" Jeffrey just to help him dig his own burial deeper and deeper. Saya bersetuju dengan tuan that Anwar sudah masak dengan politik Sabah dan Jeffrey”.-Pemimpin PKR Negeri.
Pandangan Pemimpin PKR ini selaras dengan pandangan pemimpin-pemimpin KDM yang sememangnya melihat Jeffrey telah menjilat ludahnya, hilang kredibiliti dan “menjadi strike breaker” kepada gagasannya sendiri setelah kembali semula ke PKR tergesa-gesa sebelum cutinya tamat. Dia bagaikan kelabu mata menerima “jawatan tidak wujud” dalam Parti.yang ditawarkan DSAI. Bukankah sebelum ini sebahagian besar penyokong dan ahli-ahli PKR mengatakan bahawa :Gapari adalah risiko besar kepada PKR Sabah?
Konvensyen PKR yang diadakan di Sabah pada 20 Disember di Atlantis Restaurant dihadiri lebih kurang 2,000 orang (tidak semua penyokong PKR) itu bertemakan "PKR Sabah- Menerajui Cabaran Ke Arah Sistem Dua Parti". Jauh berbeza dengan matlamat dan tema Konvensyen di Kuala Lumpur yang menekankan gerakan “merintis jalan ke Puterajaya” @ mengambil alih pemerintahan, BUKAN berkongsi kerajaan. Kedatangan DSAI membawa utusan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dan Isteri DSAI. Antara lain untusan itu ialah:-
Bersama ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008:
1. Pahang – Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang – YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan – YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak – YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Menggantikan Ahmad Thamrin Haji Jaini-PKR Sabah)
6. Kedah – YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan – YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis – Encik Johari bin Shafie
9. Melaka – Encik Khalid Jaafar
10. Johor – Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak – Encik Osman Abdul Rahman
12. Terengganu – Encik Wan Rahim bin Wan Hamzah
Cumanya, utusan ini tidak menyatakan “Patuh, berundur atau disingkir”.
Selepas konvensyen itu, DSAI muncul dengan kenyataan bahawa “Krisis Kepimpinan PKR Sabah Selesai”.. Sesetengah penyokong PKR sendiri mengatakan “berkecai”.
Ahmad Thamrin Haji Jaini yang diberi kepercayaan mengetuai PKR Negeri Sabah dalam mesyuarat Penuh PKR Kebangsaan sebelum ini, tersingkir. Perlantikan Thamrin sejajar dengan perlembagaan-pkr dan jawatan itu wujud dalam parti. Dia yang telahpun merangka perjalanan parti menghadapi PRU13 telah membariskan barisan kepimpinan PKR Negeri dan jawatankuasanya sehingga konvensyen PKR Sabah dilangsungkan. Barangkali dengan penyingkirannya barisan ahli jawatankuasa itu juga “jumud” dengan sendirinya. Tidak perlu ditanya apa perasaan mereka. Kita tahu perasaan kita bila kepercayaan seumpama itu ditarik balik.
“Semua tahu, dunia tahu”, meminjam kata-kata Datuk Ghapur Salleh., kem Jeffrey plus kem Christina tidak sehaluan dengan kem Thamrin plus kem Kong Hong Ming. “Peperangan dua kem ini masih berasap bekepul kepul". Senapang yang berasap muncungnya masih di tangan masing-masing. Mereka berkumpul apabila “Maharaja PKR” datang bertandang. Pulangnya maharaja membawa cerita “selesai”, sedang yang ditinggalnya menanggung kecederaan yang berdarah. Luka mereka dilukai dan masih bersiap siaga mengangkat senjata..
RELATED STORIES....
Jeffrey Still UnhappySabah-PKR-Convention-2009-The Good The Bad and The Ugly.....
Omong Kosong Pembangkang Untuk Kuasai Sarawak
Anwar-tahu-siapa-Jeffrey-Kitingan
Teguran-Yusuf-Al-Qadawi-kepada-anwar
on-pakatans-big-day-najib-looks-the-winner-leslie-lau
8 comments:
Bila seseotang berkata "TRUST ME" pada ketika itu anda harus berwaspada kerna probability dianya berbohong dan melakukan muslihat terlalu tinggi. Bila DSAI berkata "selesai" pada saat itu anda memiliki hak bertanya "selesai apa Dato Seri?", muncung senapang dihala ke kepala kawan yg dianggap lawan.. selesai ke tuu?
Saya fikir jeffrey kini semakin "lemas". Adakah peluangnya menolak jawatan itu.
Jeffrey akan hanya mempunyai peluang untuk jadi wakil rakyat jika dia kembali kepada PBS. Dia tidak mampu menderhaka kepada asas perjuangan bangsanya yakni PBS.
salam ...
liiza...sia mau tanya knp cerita yg ko bawa ni semua pasal pkr???
knp nda cerita pasal...Altantuya,,jet skhoi..enjin jet hilang,,rosmah mansur kedapatan bw keluar duit rm600k ke india,,,komisen kapal selam....isu PKFZ..isu WAKIL RAKYAT SABAH BYK YG BELI IJAZAH padahal sekolah nda sampai tingkatan 5..mcm si bung..si shamsuddin,..c musa...dll
Salam Panglimasdk, Terima kasihlah berkunjung jk blog saya yang kerdil ini dan sebuah rumah usang. Kerdil2 dan usang2 pun sayalah tuan rumahnya.
Patut soalan itu Panglimasdk tuju sama PANGLIMASDK SENDIRI kenapa tak post perkara itu dalam blog sendiri. Salah tempat soalan itu.
Nanti saya lawat Blog Paglimasdk bia sudah ada isi. Pasti yg bernas bernas. Janganlah dibiar kosong.
Saya cadang terus jadikan PANGLIMA SANDAKAN.. macam?
Kasi baik sikit penyampaian itu dengan kualiti bahasa yg canggih supaya orang tengok Panglima ada wibawa ada klas!!.. Kankah Panglimasdk? jangan makan telur penyu. 1 biji telur penyu sama dengan 6 biji telur ayam-cholesterolnya.
menganggap PR menunjukkan fenomena merosot sementara BN di bawah pimpinan PM Najib Razak kini semakin terkeluar dari bayang PRU ke-12. Rakyat secara majoriti bertanggapan bahawa gagasan "1Malaysia", malah Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Najib untuk Program Transformasi Kerajaan semakin disenangi,dan Najib mula mengembalikan sokongan rakyat.
PR Hanya Mula beretorik dengan "Sistem Kerajaan Dua Parti. Apakah PR mau singkir PAS dalam kerajaan mereka?
salam liza...
perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata...
kalau semua org hanya berkata2 ( dlm blog) siapa yg akan melaksanakan kata2....
so biarla kami kumpulan AMS yg melaksanakan kata2
alam Liza,
Paglimasdk ini ketinggal dalam dunia ICT. Berkurung dalam kepompong dan tempurung yg tebal.
Inilah "TYPICAL" hit and run. Tidak bertanggungjawab terhadap idea sendiri. Tapi mau jadi pemimpin. Pemimpin bawah tempurunglah! Man Blog Kau Panglimsdk. Blog kao sama kepala otak kau wahai Panglimasdk sama..kosong!
salam liza...
jawap dulu knp??
knp nda cerita pasal...Altantuya,,jet skhoi..enjin jet hilang,,rosmah mansur kedapatan bw keluar duit rm600k ke india,,,komisen kapal selam....isu PKFZ..isu WAKIL RAKYAT SABAH BYK YG BELI IJAZAH padahal sekolah nda sampai tingkatan 5..mcm si bung..si shamsuddin,..c musa...dll
Post a Comment