Kenyataan yang terbentang di hadapan kita ialah Ahmad Thamrin Haji Jaini adalah Pengerusi Perhubungan Parti KeADILana Rakyat (PKR) Sabah.
Bila ditanya media suatu waktu dulu samada pelantikannya sebagai Pengerusi PRK Sabah adalah berasakan kepada "loyalty"nya kepada parti, Ahmad Thamrin tidak menjawab dengan spontan. Dia seakan terbaca bahawa ada kecenderungan pihak tertentu yang cuba mengait dan mengheretnya sebagai individu yang "mengikut telunjuk" kepimpinan PKR pusat. Namun akhirnya, sambil menghirup kopi tanpa susu bersama teman-teman, dia mengatakan "I am loyal to the party.. kenapa harus persoalan itu ditanya dengan saya. Orang tahu tahap loyalti saya kepada perjuangan party, pucuk pimpinan parti faham dengan struggle saya.. sepatutnya soalan seperti itu ditanya kepada pucuk pimpinan PKR yang memilih saya". Dia lantas tersenyum mengakhir hujahnya yang serius. Dia lebih tahu dan masak dengan politik Sabah.
Bagaimanapun pemilihan Thamrin masih dipersoal hingga kini, terutama pihak yang menyokong Dr. Jeffrey. Mengikut Thamrin, sebelum keputusan melantik Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, semua pihak bersetuju terhadap bakal keputusan PKR Pusat masa itu. tetapi bila keputusan diumumkan ada pula yang tidak bersetuju. Seolah-olah menolak persetujuan yang mereka sendiri telah berikan.
Apapun yang terjadi dengan PKR Sabah, samada ahli-ahlinya di Papar dan yang menyokong Dr Jeffrey akan meninggalkan PKR, perjuangan PKR di bawah Thamrin akan diteruskan. Akhirnya rakyat akan membuat keputusan selaras dengan amalan sistem demokrasi.
Dr. Jeffrey yang bercuti.
Keputusan samada Jeffrey dan penyokongnya meninggalkan PKR hanya akan diketahui pertengahan Januari , 2010 apabila cuti berisytirehat Jeffrey berakhir. Namun ramalan dan justifikasi sudah direncana umum bahawa untuk bersama ke pangkuan PKR sudah tiada lagi jalan kembali. Jeffrey sudah dikatakan berkerat rotan dan berpatah arang dengan PKR. Jambatan yang dibakar dulu, kini jadi arang dan abu. Tak mungkin Jeffrey meratapi "susu yang tumpah". Persoalannya apakah mungkin Jeffrey dan penyokongnya melayari politik Sabah sehingga ke PRU 13 tanpa bantera?
Penyokong fanatik Jeffrey gah mengatakan "Not to know Jeffrey, is not to know the politics of Sabah". Seolah-olah politik Sabah adalah politik yang dicorakkan Jeffrey. Seolah-olah perjuangan tokoh-tokoh politik yang agung terdahulu seperti Tun Mustapha Datu Hatun, Tun Fuad Stephen, Datuk Peter Mojunting, GS Sundang dan lain-lain, malah abangnya sendiri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, telah diatasi dan dibayangi Jeffrey. Jika demikian halnya, jika politik Sabah di hujung jari Jeffrey, kenapa pula dia tidak pernah menang dalam pilihanraya setelah meninggalkan PBS, NOT even DUN Bingkor yang pernah dimenanginya atas tiket PBS?
Realitinya, memang sukar bagi PKR menerima corak kepimpinan Jeffrey. Tidak mungkin Deklarasi Tambunan menjadi asas perjuangan politik PKR untuk seluruh Sabah.Tidak mungkin ada autonomi polilik PKR di Sabah dari PKR Pusat. Sistem pentadbiran parti berautonomi seperti ini tidak pernah terjadi atau diamalkan dalam sejarah politik Malaysia. Malah jika Jeffrey sendiri mempunyai parti pimpinannya, tidak mungkin dia sendiri terbuka hati untuk memberikan "autonomi" kepada Perhubungan Partinya di Negeri lain. Langkah segelintir penyokong Jeffrey yang masih mengharapkan sokongan dengan menggunakan "janji manis", janji di bibir mengenai autonomi politik hanyalah usaha yang sia-sia.
Toe the line or leave the parti" kata Dato Seri Anwar Ibrahim yang direstui Presiden PKR Malaysia. Barangkali ini juga yang dikatakan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Atau barangkali dia akan mengatakan bahawa dia lebih faham dan matang dengan selok belok politik Sabah dari Jeffrey kerana itulah dia dipilih menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Sabah.
ARTIKAL BERKAITAN......
Serik bersama pembangkang kini sertai BN

5 comments:
Senja Liza, waima sesiapa pun yang menjadi pemimpin PKR, mereka adalah spesis yang tamak dengan jawatan.... perosak bangsa, agama dan negara....
salam kak liza....
au r u?
saya stjuh dgn yang gambi..pemimpin pkr kebanyakannya tamak jawatan..
I don't like Ahmad Thamrin Jaini therefore i will vote SAPP.
you can check here Dolabuy Bottega Veneta check here dolabuy.co Going Here replica gucci bags
l8u71i7m17 v5p13f4j74 p9i33e8r73 y4m56z5n52 g6w31w1w30 f6d88a3v97
Post a Comment