Translate

Friday, December 4, 2009

Borneonisasi Dinafikan: Yong Mudah Lupa?


Apakah Semangat "Lawan Tetap Lawan" telah merobah "Semangat Konsensus" yang dilaungkan Yong semasa dia menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah?

Ada sesuatu yang Datuk Yong Teck Lee, Presiden Parti Progresif Sabah-SAPP, terlupa bila dia mengatakan bahawa Borneonisation Ignored dan konsep  merujuk HQ keterlaluan apabila calon ahli parliment  atau DUN terpaksa disahkan (endorsed) di peringkat Persekutuan. Barangkali kerana pada ketika ini, SAPP  merupakan satu-satunya parti "Pembangkang Negeri " yang  aktif  di mana pencalonannya tidak ditentukan atau dirujuk di Peringkat Pusat atau tidak perlu "concern"  pemimpin mereka. di Kuala Lumpur Parti-parti pembangkang lain seperti DAP, PKR dan PAS memang perlu endorsement dari Pusat. Lalu Yong membawa masyarakat Sabah untuk melupakan parti-parti  lain yang mengamalkan konsep ini termasuk melupakan UMNO, DAP, PKR, PAS, MIC, MCA, Gerakan dan sebagainya. Selanjutnya,  mereka mesti ingat SAPP.

Barangkali Yong cuba membayangkan bahawa Parti Pakatan Rakyat adalah juga opponents SAPP  menjelang PRU 13 nanti kerana Parti-Parti itu perlu menghormati keputusan Ibu Pejabat mereka di Kuala Lumpur? Yong juga melebel tindakan terpaksa merujuk Kuala Lumpur ini sebagai sehaluan dengan system kolonial. "As such it was not wrong to say that political control of Sabah has shifted from colonial capital London to national capital Kuala Lumpur (now Putrajaya)," Kata  Yong.

Yong juga barangkali lupa yang dia adalah penyanyi yang terlalu nyaring melagukan "Wawaasn 2020" dan lagu "Barisan Nasional Barisan Kita" ketika dia menjelajah Negeri Sabah  menjaja semboyan "Malaysia Boleh Sabah Boleh". Ketika itu ada juga pihak yang melaungkan "Yong Boleh" kerana "mengambil hati Ketua Menteri". Yong terlupa kerana jika jawatan Ketua Menteri yang bergilir tidak dirujuk ke Kuala Lumpur yang dianggapnya kini sebagai London, dia barangkali tidak disebut "Mantan Ketua Menteri Sabah" pada hari ini.

Lagu yang dinyanyikan oleh Yong kini adalah lirik lagu Dr. Jeffrey Kitingan.? Majoriti rakyat Negeri ini tahu bahawa "Lagu Borneonisasi"  adalah karya Jeffrey Kitingan. Apakah "Lagu Borneonisai" ini  sengaja dinyanyikan oleh Yong, beriring buluh perindu, untuk mengubat hati Jeffrey yang dilukai Dato Seri Anwar Ibrahim setelah Ahmad Thamrin Haji Jaini dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Sabah? Jika demikian, maka Yong mengundang konfrontasi dengan Pakatan Rakyat khasnya PKR dan DAP. Atau pun memangnya Yong mesti berkonfrontasi dengan mereka (PKR dan DAP) kerana mereka adalah Parti yang terpaksa merujuk "Kuala Lumpur @ London"!! dan berkongsi "kawasan sasaran" dalam Pilihanraya.

Kita menyoal demikian kerana dengan tiba-tiba, Yong sebagai seorang pakar  jurusan undang-undang tiba tiba menjadi sejarahwan. Memanglah kita tidak memperkecil keupayaan Yong mengenali sejarah. Tetapi penggunaan fakta sejarah untuk memperkuat hujahnya dengan bertubi-tubi, bagaikan satu wadah dan wacana yang  menjelma merobah selera seorang peguam menjadi sejarahwan.

Yong juga lupa bahawa dulu dia dilihat sebagai ikon yang mampu mengikat penyatuan komponen Barisan Nasional. Dia layak menjadi bapa pelopor kepada "Konsep Konsensus" ketika itu. Dia pernah mengatakan bahawa parti kecil seperti SAPP mempunyai suara yang "sama besar" melalui konsep konsensus yang diamalkan Barisan Nasional di Peringkat Nasional. Apa agaknya yang membuatkan Yong lupa semua ini?

Yong memang berhak "to change his mind" dalam negara yang berpegang kepada konsep demokrasi berperlembagaan. tetapi melihat kepada perubahan besar pendirian Yong yang terlalu jauh berbeza, dan mendadak, membuat kita bertanya apa sudah jadi dengan Yong?. Yong berhak melupai atau sengaja melupakan atau terpaksa melupakan semua itu. Tetapi sebahagian Rakyat Sabah, terutama di Likas,  masih mempunyai daya ingatan yang kuat.

Apakah "Change of mind itu juga bererti Change of principle" bagi Yong?

6 comments:

YANG GAMBI said...

Salam Senja Liza, sudah resam manusia, bila sudah mencapai kesenangan dan tak perlu lagi pertolongan, mereka sudah lupa darimana asal mereka.....

Anonymous said...

halo senjaliza, mungkin BN gentar sedikit kalau SAPP, DAP, Dr. Jeff (Parti baru), dan PKR, bergabung dalam PRU-13. Lebih kuat lagi kalau PBS dan UPKO ada PACK dengan parti-parti pembangkang, "PR PLUS".

Senjaliza said...

Lebih kuat lagi "kalau" PBS dan UPKO ada PACK dengan parti-parti pembangkang, "PR PLUS".

Meaning "kalau tidak" Pakatan Rakyat di Sabah akan terus lemah dan lemas.

Jeffrey dan Christina pun "PKR BUANG". Siapalah rakyat biasa Sabah. Ini yg "Anon Dec 5, 9.11PM" PERLU FIKIR. Penggunaan perkataan "kalau" itu tidak lagi diterima pakai dalam zaman ICT dan zaman ilmu.

Senjaliza said...

Salam Yang Gambi,
Sebenarnya saya tidak terkejut jika Yong TYeck Lee akan kembali ke Barisan Nasional jika BN bersungguh-sungguh merobah dan merombak sistem kepimpinan BN dalam Negeri.

Yong memang "subscriber" corak dan formula BN. Masalah Yong adalah kerana PM dulu dan Kepimpinan Negeri kini.

Anonymous said...

YTL memang pandai main opera cina, jadi.. apa yang hendak diherankan. Kalau dia cakap besok mahu langgar tu tiang lampu, biarlah... kita mahu juga tengok macammana keras tu kepala gundul. Sup Anjing Panas-Panas (SAPP) kini sudah tinggal nama atau arwah.. nak cerita atau beri perhatianpun dah tak berbaloi dik oiii. Biarkanlah siLUNCAI terjun dengan Labu-Labunya... BIARKAN,BIARKAN....

Senjaliza said...

Salam JomoSama, Jangan menghjilang lama-lama. nanti abis saya punya kopi tenom ndak ampit kau.

Biarlah dia terjun makan SUP atam panas-panas.. Kita mangan raru. Ha ha. ujung-ujung diurang makan "telul" itu