Translate

Sunday, November 29, 2009

Dua orang kuat PKR sertai Umno

PAPAR: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Papar, Sabah), Awang Mumin Awang Marali dan Ketua Pemuda bahagian itu yang juga Setiausaha Pemuda PKR negeri, Faizal Julaili hari ini mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai Umno.

Kedua-dua ‘orang kuat’ PKR Papar itu menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Papar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail di dua majlis yang berbeza, dekat sini.

Pada majlis itu, Awang Mumin dan Faizal berikrar akan taat setia kepada Barisan Nasional (BN). Baca selanjutnya....

Related Article...
‘Orang kuat’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bahagian Papar bersama-sama ahli hampir 200 orang

4 comments:

Anonymous said...

As Salam...
Selamat pulang kepangkuan kepada dua orang ini, dan diharap yang lain tu akan menyusul secepat mungkin. PKR Sabah sepatutnya cepat-cepatlah dibubarkan, untuk memudahkan ahli-ahlinya mengatur langkah dan strategi mereka untuk menyertai mana-mana komponen BN yang terdapat di Sabah ini.
Jangan pula nanti... sudahlah paling uncit masuk, terus potong jalan, makan garisan..mahu jadi ketua. Siapa yang duluan dan berkaliber..itulah yang patut didahulukan. betul tak kak SenjaLiza???

Madey said...

2 orang kuat PKR sertai UMNO tetapi 2000 pula orang UMNO tinggalkan UMNO. Mana untung???

YANG GAMBI said...

Salam S.L, Allah telah memberi pertunjuk kepada mereka....... kemungkaran PKR dan kepimpinannya sudah semakin jelas.....

Datu sulaiman said...

Salam Sdr.Liza.

Selamat kembali kepangkuan UMNO kepada mereka berdua ini. Inilah yang dikatakan demokrasi,bilamana semua orang mempunyai kebebasan untuk menyokong sesiapa yang mereka fikir bagus untuk mereka. Syabas..! Sekarang ini dunia politik sudah berubah, rakyat juga sudah semakin cerdik dan pandai menilai.Semoga maju jaya untuk mereka ini...