Translate

Thursday, December 18, 2008

MABUL-PEMBANGUNAN MENYISIHKAN MASYARAKAT


Pembangunan Mabul: Kelihatan Penempatan masyarakat mabul semakin terasing dan tersisih. Teori Pembangunan semata-mata dan Retorik eksekutif hanya akan tambah menyisihkan mereka.

Pembangunan yang menyisihkan komuniti adalah antara pemangkin utama yang menggalakkan jurang perbezaan taraf hidup dan pendapatan antara masyarakat. Keadaan ini ternyata jelas tidak selaras malah bertentangan dengan konsep dan dasar "Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat" yang pernah di gariskan sebagai "Dasar" dan "polisi" kerajaan.

Keadan semasa menunjukkan bahawa masyarakat Pulau Mabul "terasing" dari "iklim pembangunan" yang sedang berlaku di Pulau Mabul.

Industri Pelancongan tidak mungkin dapat disertai oleh Penduduk sebenar Pulau Mabul secara berkesan dalam erti kata yang sebenarnya. Meskipun tertulis dalam perancangan pembangunan dengan menggunakan "istilah yang berat-berat" dan "menjadi kebanggaan" seperti "limpahan pembangunan", "fringe Benefit", "pembangunan in-situ" dan pelbagai lagi istilah; namun pada hakikat sebenar-benarnya, temtasi untuk "mengabaikan masyarakat" dan menguasai keseluruhan Pulau Mabul untuk pembangunan di atas matlamat mencipta dan menjana "kekayaan" amat ketara. Masyarakat Pulau Mabul yang rata-rata miskin dan bergantung hidup pada hasil laut "mungkin hanya dilihat sebagai "belalang di padang".

Keadaan semasa kini menceritakan segala-galanya.

Begitulah yang berlaku dengan isu kemiskinan dalam Negeri Sabah. Ianya berada di hadapan mata setiap kita. Setiap hari ianya menghiasi layar kehidupan samada di kota atau di desa. Pelbagai pendekatan dan program yang "lemah" dicanangkan. Pelbagai graf dan stastistik semakin jelas dan berwarna-warni dengan bantuan kepesatan IT. Namun semuanya berunsurkan subjek yang "menunding jari kepada masyarakat miskin itu sendiri" apabila setiap pendekatan dan program itu gagal mencapai matlamatnya.

Sesekali kita perlu menyoal diri kita sebagai pencipta kepada pendekatan dan program yang lemah dalam pelaksanaan "pembasmian kemiskinan"...."Kenapakah memperkayakan yang kaya lebih diutamakan untuk di realisasikan dari memberikan peluang kepada masyarakat berpendapatan rendah dan miskin untuk mengejar dan mengecapi erti kemerdekaan secara vital dan serius?"..dan "Kenapakah isu kemusnahan alam sekitar dan ekosystem diletakan lebih teratas dari kemusnahan kehidupan dan masa depan masyarakat?

3 comments:

Ajin b. Gagah said...

Salam Senjaliza
Bagi saya pembangunan exclusive saperti di Mabul Semporna ini ada lah merupakan satu perancangan yang tidak seimbang. Walau pun pada dasar nya tujuan membangun Mabul ada lah untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negeri.
Tujuan baik untuk menambah pendapatan negeri . Disamping itu barang kali ia nya dapat juga membantu masyarakat zone Tawau ( Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu) dari aspek peluang pekerjaan.

Namun Projek mega lagi changgih saperti Mabul ini tidak akan mengimbangkan kehendak rakyat Sabah masa kini.
Saperti yang liza tekankan, buat masa ini rakyat lebih berminat kepada pembangunan yang melibatkan mereka secara direct. Pembangunan asas, Industri, kilang-kilang dan pembangunan yang berunsurkan pertanian dan perladangan yang bertempat.

Memang tepat pendapat liza bahawa pembangunan coastal yang exclusive ini hanya dapat di nikmati oleh segolongan yang sedia mampu sahaja. Tidak lebih dari itu.Sudah banyak contoh yang kita lihat dan tahu..more..

Program mega saperti ini patut di referendum kan atau di bincangkan dehulu di perengkat Dewan Undangan atau pun Parlimen kalau perlu. Lagi pun projek saperti di Mabul ini bukan nya mendesak sangat. Ia nya tak akan menghuru harakan negeri kalau ia nya dilambatkan atau pun di ketepikan terus.

Kes-kes begini lah yang mengundangkan ‘Pembangkangan’. ‘Interest group ‘ yang pada mula nya tidak minat berpolitik, terpaksa turun padang untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindak tanduk pemimpin yang tidak telus dalam perjuangan untuk rakyat.

Suka atau pun tidak, isu ini terpaksa melibatkan kewibawaan ketua Menteri negeri Sabah , Datuk Musa Aman; Selaku ketua Eksekutif pembangunan negeri Sabah.

Satu yang jelas beliau gagal dalam perancangan dan pembangunan asas untuk rakyat. Selama ini kita jarang mendengar beliau melaungkan projek untuk rakyat. Apa yang kita tahu beliau lebih berminat pembangunan yang bercirikan ‘corporatizations’. Yang mana saperti biasa, benefit nya hanya dapat di nikmati kan oleh segelintir sahaja.

Kerajaan persekutuan telah memberi kita ‘ green light’ bahawa peruntukan telah di sediakan untuk membangun negeri Sabah.Dengan objektif untuk membantu membasmikan kemiskinan.
Namun hingga masa kini kita belum pun mendengar bahawa ‘ blue prints’ yang manfaatkan semua kawasan di Sabah ini telah dilaksanakan.

Pembangunan Koridor Sabah yang dehulu nya telah di luluskan sudah tidak relevan. Banyak perkara yang perlu di semak kembali dan diubah suai.

Kecuali daerah Tuaran ( yang telah saya sediakan) , daerah Kota Belud dan Tawau, daerah lain hingga kini maseh lagi terhuyung hayang dalam mengenal pasti Perancangan Pembangunan Bersepadu Daerah mereka. Hal ini pernah diungkitkan dalam Dewan Undangan baru-baru ini.

Kesimpulan nya, saya setuju dengan pandangan dan suara hati liza mengenai pembangunan Mabul ini.

Anonymous said...

Salam sis....
"Kenapakah memperkayakan yang kaya lebih diutamakan untuk di realisasikan dari memberikan peluang kepada masyarakat berpendapatan rendah dan miskin untuk mengejar dan mengecapi erti kemerdekaan secara vital dan serius?"..dan "Kenapakah isu kemusnahan alam sekitar dan ekosystem diletakan lebih teratas dari kemusnahan kehidupan dan masa depan masyarakat?
----------------------------------
Persoalannya......
Dapatkah erti kemerdekaan secara vital mengelakkan rakyat miskin mati kelaparan makanan dan terpinggir dari kemajuan?? Mana yang penting ni??
Persoalan kedua......
Kemusnahan kehidupan dan masa depan masyarakat bukan berpunca dari pembangunan alam sekitar dan ekosistem dik oooi....!! Manusia tentu lebih tahu mana yang baik dan mana yang susah...biasanya, mereka lebih suka yang senang dari yang susah...!! Kalau tak percaya, tanyalah sdr solymone...??
Jangan mare....!!

infinity downline said...

Great and really wonderful. i found this site really awesome.